"Kalau kau berani ambil keputusan untuk bunuh diri, kenapa kau tak berani ambil keputusan untuk teruskan hidup?!" makin rancak pula drama mandarin pung pang pung pang bergaduh fasal hutang di siaran TV2. Tangan aku yang tadi lancar menyumbat segala pakaian masuk ke dalam pannier jadi terberhenti dek ralit tengok drama ini. Seluruh konsentrasi aku tertumpu kepada aktor di televisi. Ah.. sudah.. aktor utama tak jadi kerat lengan sendiri. Tangan kanannya longlai menjatuhkan pisau ke sisi. Berlutut terduduk. Musik sedih salut dialog menyesal mulai kedengaran macam closing cerita Detektif Conan tu. Fuhh... drama. Getus hati aku yang kembali menyambung kemas barang apabila iklan apollo keluar. Jarum jam di dinding nak tunjuk pukul 12 tengahari. Kejap lagi Farid akan datang menjemput. Aku kena siap lekas nak pulang ke Meru, Klang selepas 4 hari bercuti di Perak.
Abu (baca: basikal) telah aku parkir di luar bilik. Pannier pun telah aku susun rapi. Senyum puas! Tidur pun cukup. Aku sampai di Zamita Guesthouse sebelum pukul 12 tengah malam semalam. Oleh sebab semalam tiket direct ke Klang habis, aku tak fikir panjang untuk proceed idea Farid ambil tiket bas dari Ipoh ke Teluk Intan (RM11 - free of charged untuk muatan basikal). Dari Teluk Intan, Epi datang rescue dan bawa kami makan malam di restoren ikan bakar sebab sejak kayuh masuk Ipoh lagi si Farid ngidam ikan bakar dan air asam. Selesai makan, Epi hantar ke sini. Kos RM50/malam mungkin boleh tong-tong kalau kau transit kayuh Klang-Teluk Intan.
Sebenarnya boleh sahaja kalau nak kayuh pulang dari Sabak ke Meru, Klang yang berjarak ±100km. Cuma rasa malas telah menyelubungi diri dan semalam Farid ada tawarkan diri. Pucuk di cita, ulam mendatang; aku rasa terpanggil untuk luangkan sehari lagi tahan lawak dia. Aku gunakan faktor jalan raya di Sabak yang herot-berot dan bizi dengan kerja-kerja pembinaan sebagai batu loncatan. (Alaaa aku rasa keji pula tulis macam ni. Tapi the main reason dia memang aku nak kill time dengan diorang lagi.)
Tok.. tok.. tok..
Pintu bilik berbunyi. Muka toya Farid muncul depan pintu. "Kau lapar tak?" Tanya Farid. Apa punya soalan ni, of course lah lapar!!! Tak. Ini aku sebut dalam hati. Di luar aku cakap penuh sopan, aku keluarkan sandal dan kami bergerak ke food court Sabak. Sedang enak lahap meggi goreng, Epi muncul pakai baju kotak-kotak hitam putih. "Eh.. macam mana kau tahu kami kat sini?" tanya aku dengan meggi penuh di mulut. Epi ambil tempat duduk berhadapan dengan aku seraya berkata "Aku di Sabak ni sejak kecik, Mai. Dari gambar aku dah boleh tahu." Dalam berlagak tu mata dan tangan dia tertumpu pada skrin iPhone 6 sebelum disua kepada Farid. "Farid cuba kau tengok gambar ni. Okay tak aku edit?"
(Narator: kejap.. aku tak tahu kenapa cerita ni mendatar dan bosan gila. Amende opening panjang berjela? Apa sebenarnya kau nak beritahu, Mai? Mungkin kena tukar jalan cerita. Contohnya.. macam cerita hantu.)
Rewind..
Tokkk! tokkk! tokkkk! Tokkkkk. Tokk tokk tokkkk!
Pintu bilik diketuk kuat. Aku yang sedang cangkung nak selitkan deodorant di poket kiri pannier jadi terkejut memandang pintu. &*%! Dah lama hidup ke? Makin bertalu ketukan pintu menggerakkan seisi bilik. "Mai, mai! Bukak pintu! Cepat!" Jerit Farid dari luar bilik. Belum separuh pintu terbuka, Farid menolak laju. Udara dingin menerpa muka. Langit gelap. Malam? Bukan tadi pukul 12 tengahari ke? Aku tengah tengok drama mandrin kan tadi? Getus hati aku sambil menghantar mata ke muka televisi. Siaran tamat. Tinggal semut serabut dan bunyi radio rosak. "Mai! Kita kena keluar sekarang!" desak Farid sambil tuju ke kereta dia. "Cepat! Cepat!" Tabur Farid lagi. "Sabak kena se.." belum sempat Farid habiskan ayat, seluruh kawasan Zamita Guesthouse blackout. Satu-satunya cahaya yang tinggal adalah dari Range Rover Luxury SUV limited edition kaler merah milik Farid. Farid terdiam dan terus junamkan diri ke tempat duduk pemandu. Aku yang masih blur berkaki ayam lari laju ke pintu penumpang.
"Sabak kena serang, Mai."
Conner maut Farid yang kalah Giuseppe Farina buat aku diam. Berdesup laju. Aku masih tak dapat tangkap amenda yang kelam kabut sangat ni. Kenapa Sabak jadi gelap gelita? Mana masjid, sekolah, restoran, Carwash Epi yang berada di kiri dan kanan jalan utama Sabak? Tak akan sudah tenggelam dimakan cahaya gelap. Bahkan satu kenderaan pun tak kelihatan. Mana pergi semua orang? "Kita kena ambil Epi." Maklum Farid seakan dapat membaca isi hati aku. Dalam masa yang sama masih fokus memandu. Pedal minyak ditekan semahu-mahunya.
Apabila mendekati simpang utama, Farid memperlahankan kereta. Cahaya api membara-bara membakar keseluruhan kawasan bermula dari kedai 7eleven hingga ke jalan besar Kapar-Teluk Intan. Dummmm.. Bunyi runtuhan bangunan kedengaran. Kami melintas kawasan ini dengan penuh berdebar. "Siapa yang serang Sabak?" Soal aku apabila melihat dengan mata kepala sendiri Sabak 'diserang'. Cahaya api yang menjulang tinggi menampakkan sedikit raut wajahnya. Aku masih menunggu jawapan. "Aku tak tahu nak terangkan kat kau macam mana, Mai. Tapi aku dan Epi yakin The Last Outlender of Sabak will shield Sabak. Dan.. " Ujurnya dengan suara yakin sebelum menggantung kata sebab nak conner maut kali kedua untuk memasuki kawasan rumah Epi. Epi yang memakai baju kotak hitam putih, berseluar jeans, berkasut coklat kelihatan sudah bersedia lama menunggu kami. Aku memandang Farid tunggu dia habiskan ayatnya tadi.
"Dan...
The Last Outlender of Sabak tu... kau."
Bersambung....
(*Gambar di atas hanyalah hiasan. Plan nak guna untuk zine, tapi zine guna method lain pula.)
Apabila mendekati simpang utama, Farid memperlahankan kereta. Cahaya api membara-bara membakar keseluruhan kawasan bermula dari kedai 7eleven hingga ke jalan besar Kapar-Teluk Intan. Dummmm.. Bunyi runtuhan bangunan kedengaran. Kami melintas kawasan ini dengan penuh berdebar. "Siapa yang serang Sabak?" Soal aku apabila melihat dengan mata kepala sendiri Sabak 'diserang'. Cahaya api yang menjulang tinggi menampakkan sedikit raut wajahnya. Aku masih menunggu jawapan. "Aku tak tahu nak terangkan kat kau macam mana, Mai. Tapi aku dan Epi yakin The Last Outlender of Sabak will shield Sabak. Dan.. " Ujurnya dengan suara yakin sebelum menggantung kata sebab nak conner maut kali kedua untuk memasuki kawasan rumah Epi. Epi yang memakai baju kotak hitam putih, berseluar jeans, berkasut coklat kelihatan sudah bersedia lama menunggu kami. Aku memandang Farid tunggu dia habiskan ayatnya tadi.
"Dan...
The Last Outlender of Sabak tu... kau."
Bersambung....
(*Gambar di atas hanyalah hiasan. Plan nak guna untuk zine, tapi zine guna method lain pula.)
0 Ulasan