Separuh kopi, separuh manusia.



"Berapa second kalau ikut buku?"

"21-24"

"Sekarang?"

Dia menghalakan jam rindik kearahku sehingga mata kami terhenti pada pandangan yang sama. Tangan kanannya masih kemas memegang group handle. Perlahan-lahan espresso turun memenuhi ruang cawan hitam bersaiz sederhana, grande.

24s, 25s, 26s, 27s...

Bepppp..  "27s"

Melaju dia gerakkan grind adjustment wheel ke nombor lebih kecil untuk dapatkan standard finegrind coffee. Suis onn ditekan. Kata dia, logiknya begini — semakin halus serbuk kopi, semakin cepat masa yang diambil untuk diekstrak menjadi espresso. Begitu sebaliknya. Apabila serbuk kopi itu kasar; masa yang diambil untuk air panas menembusi serbuk di group handle juga akan lebih lama. Untuk nampak lebih bijaksana,

Pembolehubah Malar: Air panas
Pembolehubah Manipulasi: Jenis serbuk kopi
Pembolehubah Gerak Balas: Masa yang diambil untuk ekstrak jadi espresso

***
Hari ke-16, minggu 8.

Aku masih bertahan dan akui.. kerja bancuh kopi itu ngak gampang! Walaupun bait-bait penyerahan diri itu dari awal sudah jelas kelihatan; aku yakinkan diri untuk tetap berada di jalan ini. Aku kira kalau aku tiada sebab yang kukuh; mungkin aku sudah lama berhenti. Gila apa mahu susah-susahkan diri buang waktu cuti? Bahkan aku punya kerja yang tetap dan makan pun cukup.

Dalam buku The Pilgrim, tulisan Paulo Coelho — mengisahkan perjalanan seorang laki-laki yang mencari pedangnya dan menghadapi pelbagai ujian semasa melalui Jalan Menuju Santiago; ya, pada awalnya matlamat laki-laki itu adalah mencari pedang semata dan mau lekas-lekas pulang di Brasil (tempat asalnya) sebelum bertukar menjadi sebuah pengembaraan yang penuh hikmah dan pengajaran. Kata-kata popular it's not about destination; it's about journey mungkin sudah lali kau mendengar. Matlamat aku, menjadi Barista. Ya. Pada akhirnya, aku boleh menjadi seorang Barista. Sesiapa sahaja boleh menjadi Barista. Tetapi Barista yang bagaimana? Itu yang membezakan setiap satu daripadanya.

Jalan ini penuh dengan cabaran. Kau bukan setakat bancuh kopi, kau juga belajar cara bekerja dalam area F&B. Pengurusan makanan, cucian, pengemasan, stok up, rutin yang tidak habis-habis. Esok bangun pagi, pengulangan yang sama akan kau lakukan. Tak. Aku tak menyesal. Aku tak fuck up dengan benda ini. Ini merupakan salah satu pekerjaan yang aku cita-citakan dari zaman sekolah kau tahu. Kira wildness dream come true.

Bar dan office working culture macam pluto dengan venus bezanya.

Aku akui makan minggu juga mau dapatkan rentak. Dengan daya ingatan aku yang lembab nak menghafal resepi dan tahap lambat pick up. Sudah tentu memualkan rakan sekerja. Adakala buat aku sebel dan give up dengan diri sendiri. Itu belum masuk environment working yang tidak sihat. Aku tidak mahu kritik hal ini, cuma aku pelajari bahawa wujud golongan-golongan ini. Dan golongan-golongan ini membuatkan aku sedar akan kelemahan diri sendiri; aku ada masalah attitude.

Tiap kali berlaku pergolakan dalam jiwa, aku cari balik niat kenapa aku ada kat sini. Fahamkan diri nak bina sesuatu itu bukan sekelip mata sahaja boleh dapat. Time heals everything. Satu je aku terkilan; kesian kat family,  kawan, orang sekeliling rasa tempias stress, tak cukup tidur, kerja banyak. Sabar sikit sahaja lagi. Tahun depan kita gembira-gembira minum sake, kayuh basikal puas-puas!

Aku berharap aku tidak terlalu memikirkan dan bergembira menikmati pekerjaan ini. Orang-orang datang membuat pesanan kopi, duduk-duduk gembira, makan kek, baca buku, buat kerja, belajar — harmoni! Ia bukan sekadar kedai minuman, ia ada jiwa. Ada yang tiap-tiap minggu datang dan duduk di tempat yang sama dengan pesanan kopi yang sama. Ada anak kecil yang kunjung hanya mau main game sahaja. Ada yang datang untuk tidur semata. Ada!

Lagi pula, aku penggemar Amerikano. Bau dan sebuk kopi yang melekat dipakaianku adalah kegembiraan. Pesan Tim, kalau dibanding-bandingkan; kita tidak akan jumpa bahagia. Nah Mai, mana mungkin rasa kerja di pejabat itu akan sama dengan rasa kerja di bar? Kumpulan berbeza, skop kerja berbeza. Semua berbeza. Jadi nikmatilah ketidaksamaan itu agar ketemu bahagia. Lupakan hal-hal yang negatif, kerana hidup itu pendek, seni itu panjang!

Song of the day: Indie Art Wedding / Hidup itu Pendek, Seni itu Panjang

Bakal CEO coffeeshop(berangan),
Mai Radhi

Gerabak Terakhir Menuju Klang



Waktu gerabak kereta api perlahan-lahan meninggalkan stesen KL Sentral, hari sudah terlalu malam. Jarum jam pendek juga telah lama berganjak dari titik 9. Abu telah aku parkir sandar pada bangku biru di sisi kananku. Kami berpegangan tangan sambil duduk-duduk menikmati bunyi rel-rel kereta api berlaga.

Isnin nan penat, keluhku.

Suasana sekeliling begitu lembab dan yang tinggal hanya sisa baki energi. Semasa mendapatkan kepastian perihal angkut basikal ke dalam gerabak tadi pun; malas-malas sahaja petugas kaunter mahu tangani. Akhirnya aku buat kesimpulan sendiri  bawa Abu turun menggunakan lif dan berjalan tuju tempat menunggu di ruang gerabak pertama.

Sebenarnya aku baru sahaja selesai weekend-ride ke Port Dickson bersama sekumpulan orang gembira yang menamakan diri mereka sebagai Radpacker. Kemudian kami berpecah; aku dan Rafi bawa haluan ke Melaka. Sampai Melaka, Rafi pula putuskan mahu terus pulang ke Klang (pada hari yang sama). Kami bersetuju untuk berpisah di stesen bas Melaka Sentral dan kayuhan diteruskan ke Bukit Katil. Biasalah kalau sudah berada di Melaka. Mana lagi tak aku tuju kalau tidak ke rumah Ben. Dan Ben selalu sahaja menang pujuk aku. Kalau ikutkan keesokan harinya (iaitu hari ini) aku mahu masuk Muar.

"Mai stay lama sikit. Nanti Ben hantar pulang ke kereta api Stesen Tampin,"

Termakan.

Dan begitulah rentetan hal yang membawa aku terduduk di bangku biru sekarang ini. Kira-kira 40minit sahaja lagi hendak sampai ke destinasi. Aku lebih banyak berkhayal sejujurnya. Berfikir. Kerana setibanya di Bandar Klang nanti, aku masih perlu mengayuh dalam jarak 27km untuk sampai ke Pekan Meru, Klang. Bandar Klang boleh tahan sesak lalu-lintasnya dan aku masih belum pernah buat kayuhan malam. Masih tiada apa-apa perancangan untuk ini. Melayang. Sedar tak sedar, bunyi suara operator pun penuhi ruang memaklumkan kereta api akan membuat hentian di Stesen Pantai Dalam.

Berhenti.

Pintu gerabak kereta api pun terbuka.

Tidak banyak penumpang yang keluar masuk. Sekadar ada.

Muncul laki-laki berkulit bersih warna coklat pekat, tinggi, kemas dengan rambut potongan askar. Tertib mengambil tempat duduk di sebelah kiri ku. Selang dua bangku. Kami bertukar senyum.

"Dari mana?," Tegur pemuda itu.

"Tampin," Sahutku. Nama tempat stesen pertama aku dan Abu berangkat.

Dia mengangguk faham.

"Naik basikal?" Tanya pemuda itu lagi.

Nampaknya begitulah. Tidak dinafikan apabila bersama Abu, aku lebih mudah didekati. Kami bertukar dua tiga cerita perihal Abu dan Melaka. Kenapa, bagaimana, siapa, bla.. blaa.. blaa.. Seperti gerabak ini yang melepasi satu stesen ke satu stesen, begitulah juga soalan-soalan yang dikemukakan oleh laki-laki ini. Bertali-tali. Sudah terlalu malam untuk menjadi seorang peramah, Mai, getus hatiku.

Kemudian dia ternampak pula buku yang aku selitkan pada pannier Abu.

"Kalau baca buku, sedikit-sedikit atau terus habis?"

Aku bawa mata ke buku tulisan Ahmad Iqram Muhammad Nor. Ikut keadaan, jawabku lurus. Selalunya kalau aku terlalu suka akan sesuatu buku itu, aku menjadi kedekut; baca satu per satu. Kadang sampai berminggu, tak habis lagi. Sayang mahu habiskan. Sampai buku itu lunyai tak serupa buku. Dia mengangguk-anggukkan lagi kepala tanda faham. Seperti aku jangkakan dia pula akan mengulas pendapat perihal buku.

"Ya. Betul tu. Buku bersifat untuk dinikmati. Bukan siapa cepat, dia power. Kira kualiti bukan kuantiti. Bila baca kita kena fahamkan. Yada.. Yada.. bla.. bla.. blaa.." Ulasnya panjang lebar perihal buku. Aku iyakan sahaja. Sebelum kami sama-sama diam. Baki lima buah stesen lagi. Ntah sudah keberapa kali enjin kereta api ini dimatikan kemudian dihidupkan kembali.

[Narator: Ahh aku tak pasti bagaimana mahu hubungkan perenggan di atas dengan perenggan di bawah ini, aku habis buntu dan mula merasakan penulisanku ini jelek dan comot. Sebetulnya laki-laki itu pandai mencambah topik-topik baru. Ia tidak hanya bertanya perihal Abu dan buku, ia juga tajam mengkritik aku, mempersoalkan cita-citaku, impian aku; sebelum tiba-tiba sahaja membuat sebuah pengakuan yang aku kira gila!]

"Dua kali saya terlepas daripada tuduhan hukuman gantung. Pertama, kes dadah. Kedua, kes pukul orang."

Perbualan yang tadi aku fikirkan sudah selesai rupanya masih tersisa lagi. Mendengar pengakuan tadi lekas-lekas aku berlagak tenang. Dia menambah kenyataan pada pengakuannya.

Tuduhan Pertama: Dadah. Kalau ikutkan dari sosok tubuhnya. Dia tidak kelihatan seperti penagih dadah. Dia sihat-sihat sahaja. Bahkan dia kelihatan seperti seorang pengawai anggota. Dia maklumkan kepada aku bahawa dadah tersebut bukan milik dia. Ada seseorang yang telah mengenakannya.

Tuduhan Kedua: Pukul orang. Sejujurnya sewaktu dia menerangkan tuduhan kedua ini. Aku sudah hilang fokus. Mata aku mula melilau cari bahan. Nama tempat, masa, kawasan sekitar; semua aku rakam dalam kepala. Cuak juga aku. Tiada angin, tiada ribut buka cerita serbagini.

"Jangan terlalu percaya kawan/orang," Ini sahajalah satu-satunya nasihat dia yang aku ingat dan sadar. Yang lain telah terhapus lenyap dalam kepala aku. Aku menganguk-angguk faham sebagai tanda terima kasih atas nasihat tersebut.

Kemudian, ntah bagaimana dia tunjukkan pula laman facebooknya. Katanya dia banyak menulis. Lagi dia ingatkan, hidup ini jangan terlalu selesa. Selesa itu tidak menjamin masa depan. Sepanjang sesi terima nasihat itu aku senyum sahaja. Sempat dia pesan sebelum turun di Stesen Shah Alam,

"Jangan lupa follow facebook saya,"

Aku angguk.

Pintu tertutup.

Aku pegang Abu.

Keretapi perlahan-lahan tinggalkan stesen itu; menuju Klang.

Selamat Ultah, Perempuan Yang Dilewatkan Kewanitaannya



Kau tahu, life satisfaction peaks at age 23. Hari ini aku telah berada di portal 23 dan aku berpuas hati dengan life-style aku (sekarang). Balance life. Kerja dan hal-hal menjadi dewasa. Asal kau tahu menghargai orang sekeliling, rasa bahagia itu akan sendiri datang. No one will stay forever. Tiada. Keluarga, kawan, kerja sekalipun. Tiada yang kekal. So live on. Pada titik kau berlapang dada untuk takdir inilah, bahagia datang meresapi jiwa.

Senyum/Senyum.

Tahun lepas adalah tahun tough untuk aku. Tahun peralihan dari pegang tittle student kepada pekerja dewasa. Boleh dikatakan segala-galanya tunggang-langgang. Haru biru. Semua hal yang melibatkan proses menjadi pekerja dewasa adalah sial dan membosankan. Ntah macam manalah Generasi X settlekan hari-hari mereka. Bangun pagi untuk lakukan hal-hal yang sama sahaja. Tak adventure betul. 

Ketika aku dirundum resah menjawab setiap persoalan yang menghentam kuat ke tubuhku, Tuhan hadirkan bait-bait penyembuhan. Aku mulai merasakan ada betulkan kata Pak Hamka - kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau kerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja. Kerja-kerja itu tidak akan pernah habis, jadi? Jadi persetankan hal-hal yang merosakkan ketenangan hakiki milik manusia sejati, bersenang-senanglah!

Langkah pertama yang aku ambil adalah keluar berbakti kepada masyarakat. Sekadar isi malam hujung minggu di Dapur Jalanan. Dalam masa yang sama cari circle baharu. Disini aku bertemu Hadi dan Safiyah. Ya. Aku all out gila pada malam itu. Tak cukup di dapur, aku layan joget lambak. Malam itu, aku telah jumpa kembali jiwa aku. Mai yang lama.

Tidak berhenti disitu, Tuhan hantar Rafidah pula. Dia datang dalam hidup aku ketika aku betul-betul tenat dan tiada semangat untuk hidup (jadah apa kalau tiap hari kerja dari jam 8, balik jam 10, hadap komputer, officemate sibuk bergosip - ulang sampai mati) Epiknya, Kami berjumpa di Surabaya, Indonesia. Kawan kepada sepupu aku. Dari perempuan genit ini pula, Tuhan datangkan Abu dalam hidup aku. Abu is my alter ego.

Harapan aku untuk ulang tahun kelahiran ini, aku diberikan kesihatan yang baik, keuangan yang lancar, ketenangan jiwa. Aku akan terus belajar dan meletakkan diri dalam masyarakat. Banyakkan membaca dan stay humble. Inspire young people yang stuck macam aku. Aku berharap orang-orang sekeliling aku juga berasa senang dengan kehadiran aku. Kemudian, aku berharap Tuhan aku bukakan lagi jalan-jalan untuk aku lalu. Akhir sekali, aku berharap di tahun ini, Tuhan akan membuka rahsianya; perihal orang-dalam-simpanan.

Mai Radhi, Menuju 24.

Cah'ya espresso di kolam mata-mu, Ro

Aku lagi sedang duduk-duduk menikmati kopi panas di coffee-shop kegemaran kita. Barangkali kegemaran aku seorang yang kemudian engkau ikut terjebak atau cuma berpura-pura mahu menang hati aku. Wallahualam. Lalu aku keluarkan komputar jinjing dari tasku dan mulai menaip karangan ini; Cah'ya espresso di kolam matamu, Ro.

Kau tahu, pada mulanya rencana aku ke sini adalah mau mengunjungi kedai peralatan seni yang aku temui semasa membuat carian di google tempoh hari; aku kehabisan benang kristik. Hampir sebulan kerja-kerja menjahitku tergendala. Tetapi hasilnya mengecewakan. Item yang dicari kehabisan stok dan layanan penjaga kedai juga dingin. Semacam tidak mahu melayan pertanyaan aku. Lalu aku tinggalkan kedai itu dengan hati bungkam dan terus memesan kopi favorite-all-time, Amerikano.

Amerikano.

Rasa kopi ini masih sama. Masih pekat. Masih hitam. Masih seperti hari aku cicip-cicip menghirup cawan biru di hadapan kamu. Masih aku ingat memek muka kau yang sebel melihat aku berlagak moden mengonsumsi kopi gaya amerika yang muncul lewat zaman Perang Dunia ke-2. Waktu itu sardadu-sardadu Amerika bertebaran di negara bernama Itali; menaruh air panas pada cangkir espresso bagi mendapatkan rasa kopi seperti di negara sendiri. Weak-coffee; ajuk orang Jepun. Boleh jadi juga kerana dalam nisbah 1:3 Amerikano terdapat sedikit sahaja kafien. Selebihnya adalah rasa kopi yang keras membuatkan bau mulut pengumsinya dipenuhi aroma kopi.

Kata kau, kopi hipstur kapitalis ini sama sahaja rasanya dengan kopi instant kedai runcit nan mak-mak kita hidang buat sarapan pagi, minum petang. Berulang-ulang kali kau tekankan pada aku. Tiap-tiap bebelan itu aku masukkan ke dalam lapisan kek keju; yang kau juga sekeras mengatakan betapa jeleknya rasa keju. Ah baru kali ini aku sadar betapa banyaknya ketidaksamaan kita.

Kerana kerasnya kepala kita untuk saling mengaku menyimpan rasa; aku teguh mempertahankan amerikanoku. Aku tegas memberitahu bahawa amerikano dan kopi runcit sama sekali berbeza! Meskipun mereka sama-sama hitam, cara penyajian yang menjurangkan rasa setiap satu. Pembuatan amerikano perlu dimulakan dengan espresso yang kemudian baru disatukan dengan air panas. Krema pada permukaan cangkir menyebabkan kepekatannya seperti di sorga. 

Siapakah diantara kita yang akhirnya mengalah dalam perbalahan ini? Aku fikir tiada kerana diakhirnya masing-masing terdiam dan saling merenung mata (dengan mengumpul rasa tidak puas hati). Ah sialnya masa itu.

Hari ini di hadapanku adalah kerusi kosong.

Namun rasa kopi masih masa. Masih pekat dan berwarna hitam.

Bezanya, kau tiada.

Malam terlalu malam

1. Akhir-akhir ini aku kurang membaca dan menulis. Selalunya pulang dari seharian di luar akan dilangsaikan dengan terbongkang tidur. Begitulah hari-hari yang berikutnya. Ya. Masa berjalan dengan pantas sekali sehingga bulan Oktober pun hampir menyelimutiku dengan lagu hujannya.

2. Kurang sebulan lagi untuk menemuni hari graduasi. Awal-awal lagi aku beritahu teman yang telahku jemput datang supaya jangan hadiahkan jambak bunga; aku ada alahan. Lagipun daripada bunga, aku lebih ghairah dengan kek. Bawa kek.

3. Semalam aku baca blog alepfgz, dia kata tiap kali dia mula ayat dengan perkataan 'entahlah', seekor anjing mati kena langgar. Pagi tadi masa dalam perjalanan ke tempat kerja ada seekor anjing mati kena langgar. Jadi aku memasang harapan agar dia berhenti mulakan ayat dengan 'entahlah' demi kesejahteraan anjing-anjing liar di luar sana.

4. Quote of the day: The best way to kill an idea is to take it to a meeting.

5. Song of the day: N/A

6. Outfit of the day: Tudung bawal flip belakang, kasut hitam  seluar slack guna dua kali, baju hitam, stokin kaler warna warni, buh blusher, buh kening, buh gincu pelembab; settle.

7. Feeling of the day: Hungry chicken.

8. Status of the day: N/A

9. Whatsapp message of the day: Sihat?

10. Wish of the day: Please December come true!

Melati & Lebah Madu

"Honey bees are the only species of bees to die after stinging."

Then apa relatednya dengan manusia? Tanya aku terpinga-pinga. Dengan tenang Melati jelaskan pada aku bahawa lebah madu ini diibaratkan seperti toxic people. Selepas dia menyakitkan hati, diakhirnya dia akan mati - Melati memaksudkan mati ini adalah berlalu pergi. Aku jadi teruja dengan gelojoh bertanya betul ke toxic people ini akan mati? Yang betul-betul mati tu?

Haha aku masih ingat wajah Melati bertukar riak memarahi aku. Kata Melati dilarang sama sekali mendoakan keburukan atas orang lain sebab Melati percaya kalau kau doa yang tidak-tidak untuk seseorang, Tuhan akan kembalikan doa itu kepada kau. Aku ingin meluahkan pada Melati bahawa aku manusia. Hati aku kotor. Cuma diakhirnya aku simpan sendiri dan tersenyum sendiri.

Mai, mai. 

Keep loving yourself,
Mai Radhiallah.

Di tebing - yang engkau lepasi garis.

Malam sudah terlalu malam dan rasa penat telah mengelabui mata kita. Di waktu-waktu ini, kita lebih menghargai tilam dan selimut nan empuk daripada meneliti perbualan panjang. Aku akui kerap kali menggantung perbualan kita lalu memilih terus terjun dalam mimpi. Yang mana engkau berlembut menikmati kelemahanku; terus berdikit-dikit mengajar aku mencintai kelemahan kita kang.

Hari-hari dan masa-masa kita tiada titik pertembungan. Aku dengan duniaku, bahkan engkau tidak aku tahu kondisinya di mana. Kita hanya berhubung lewat laman decip yang mana itupun telah kita simpulkan pelbagai persoalan aneh perihal hidup. "Aku pasti kecekalan akan menuntunmu kang,"

Di tebing - yang engkau telah melepasi garis. Kalau kematian nan datang menjemputmu, itu biasa. Kalau engkau yang menjemput datang kematian; berat sekali sumpahanmu kang. Raikan bukan selalu dengan kebahagiaan menipu diri. Raikan dengan sabar; kebahagiaan akan datang. Mengucup pipi engkau kang.

Yang Tekun Belajar Perihal Manusia,
Mai Radhiallah


Separuh kopi, separuh manusia.

" Berapa second kalau ikut buku? " " 21-24 " " Sekarang? " Dia menghalakan jam rindik keara...