Separuh kopi, separuh manusia.

Khamis, Ogos 17, 2017 Mai Radhiallah 0 Comments



"Berapa second kalau ikut buku?"

"21-24"

"Sekarang?"

Dia menghalakan jam rindik kearahku sehingga mata kami terhenti pada pandangan yang sama. Tangan kanannya masih kemas memegang group handle. Perlahan-lahan espresso turun memenuhi ruang cawan hitam bersaiz sederhana, grande.

24s, 25s, 26s, 27s...

Bepppp..  "27s"

0 ulasan:

Drown

Isnin, Ogos 07, 2017 Mai Radhiallah 1 Comments


"Never commit a mortal sin, it will curse you,"

At the end of the day, aku masih percaya agama adalah salah satu radas bagi menyelamatkan seorang depression survivor. Akhirnya mereka akan kembali kepada Tuhan. Punk, anarki, skinhead, pelacur, munafik, pencuri, apa sekalipun pegangan yang kau anuti; Tuhan akan depakan tangan seluas-luasnya untuk kau berlari kembali berdakapan dengan-Nya.

Kau pernah dengarkan cerita seorang pembunuh yang membunuh 99 orang; berkeinginan untuk bertaubat? Kemudian angka itu meningkat menjadi 100 apabila orang yang dirujuk adalah seorang penghukum; memberitahu tiada lagi jalan keluar. Ya. Sadis. It will lead to depress. Dan satu hal yang aku kagum dengan pembunuh ini, he doesn't lose hope. Dia masih cari harapan-harapan untuk pulang kepada Tuhan.

(Senyum)

Katakan, "O hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (berbuat dosa), jangan kamu berputus asa dengan rahmat Tuhan. Sesungguhnya, Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Peyayang. Dan kembalilah kepada Tuhan kami, dan berserah diri kepada-Nya, sebelum azab mengunjungimu; kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)."

Committed a mortal sin. 

Repent (Hope).

Live happily. 

Okay. Is enough to write all saddest part I guess. For the next post, let talk about something else like book? Music? Oh Damien Rice! His back okay. His back :)

(Credit photo: Google)

1 ulasan:

Gerabak Terakhir Menuju Klang

Selasa, Julai 25, 2017 Mai Radhiallah 0 Comments



Waktu gerabak kereta api perlahan-lahan meninggalkan stesen KL Sentral, hari sudah terlalu malam. Jarum jam pendek juga telah lama berganjak dari titik 9. Abu telah aku parkir sandar pada bangku biru di sisi kananku. Kami berpegangan tangan sambil duduk-duduk menikmati bunyi rel-rel kereta api berlaga.

0 ulasan:

Selamat Ultah, Perempuan Yang Dilewatkan Kewanitaannya

Selasa, Mac 28, 2017 Mai Radhiallah 0 Comments



Kau tahu, life satisfaction peaks at age 23. Hari ini aku telah berada di portal 23 dan aku berpuas hati dengan life-style aku (sekarang). Balance life. Kerja dan hal-hal menjadi dewasa. Asal kau tahu menghargai orang sekeliling, rasa bahagia itu akan sendiri datang. No one will stay forever. Tiada. Keluarga, kawan, kerja sekalipun. Tiada yang kekal. So live on. Pada titik kau berlapang dada untuk takdir inilah, bahagia datang meresapi jiwa.

Senyum/Senyum.

0 ulasan:

Port Dickson - Kita adalah sebahagian daripada sesuatu yang istimewa

Jumaat, Mac 24, 2017 Mai Radhiallah 0 Comments

Dari kiri: Farid, Epi, Rafi, Hiro, Tikus, Naim, Mok, Rashid

1. Bermula daripada Tuhan Rabbul 'Alamin; pertemukan aku dengan Tikus dan Farid di Pedalasia. Boleh dikatakan Pedalasia ini ala-ala Baitul Daraja Hawaiya yang menyatukan jiwa-jiwa yang menggunakan basikal sebagai radas untuk menjelajah. Lagi pula scene touring bike di Malaysia masih kecil. Masih dalam kategori pasaran niche. Alih-alih kau jumpa orang yang sama. Moga usaha wujudnya ruang ini; ada ganjaran dilorongkan dalam buku kanan pelopor Pedalasia, Che Wan. Pada mulanya kami hanya berborak kosong perihal route dan basikal. Kemudian Tikus memaklumkan idea mereka mau ke Port Dickson. Peluang datang sekali je bro!

0 ulasan:

Melor Radhiallah & Jamal Soya (3)

Khamis, Mac 09, 2017 Mai Radhiallah 0 Comments


Sub: Ulang Tahun Kematian Perempuan Anggun

6 tahun ke belakang..

Mak meninggal dalam keadaan yang sangat epik setelah seminggu bergelut nyawa melawan bakteria jahat. Yang tiba-tiba datang menghinggap di akar urat pernafasan otak kanan. Tanpa sebarang tanda, tanpa alamat. Di suatu malam yang terlalu tua, malapetaka telah berjaya menerjah masuk mengganggu letak tidur Melor. Sebetulnya gigitan nyamuk yang terlebih dahulu membangunkan Melor sebelum dia benar-benar terganggu dengan bunyi suara dari arah ruang tamu.

"Mak masuk hospital..," kata Nek Manis apabila ternampak kelibat Melor muncul dari arah belakang. Terlihat Kabi yang tergesa-gesa memasukkan barang ke dalam beg sandang. Satu kereta sedang menunggu di luar laman. Melor masih dengan muka toya. Muka busuk menahan ngantuk. Mungkin pagi terlalu pagi untuk dia menghadam berita yang disampaikan oleh seorang nenek. Apabila bau asap kereta beransur hilang, satu panggilan keluar segera dibuat.

Abah. Abah saksi pertama yang mendapati mulut Mak berbuih selepas beberapa minit Mak mengadu sakit kepala. Itu pun setelah mendengar dengusan nafas Mak yang tidak teratur. Garau. Tidak banyak sangat yang dibualkan kerana Abah sedang menunggu di ruang kecemasan. Bersama dua tiga pesanan dari seorang Abah kepada anak paling tua yang berada di rumah, Melor dipaksa jalani rutin pagi seperti biasa - sekolah. Sekolah tetap sekolah. Abah agak tegas dalam hal melibatkan pelajaran. Cuma bezanya rutin pagi ini diselang-selikan dengan esak tangis kecil. 

'Pagi yang ribut anata'

Pembedahan menutup saluran darah yang pecah berjalan dengan lancar. Separuh tempurung kepala ditebok. Boleh jadi Doktor telah menggergajinya untuk capai masuk ke dalam otak seperti video-video pembedahan ngeri yang pernah Melor nonton sebelum ini. Mungkin. Jahitan sepanjang dua jengkal boleh jelas kelihatan di atas telinga sebelah kanan Mak. Tiada rambut. Sembab. Muka Mak membengkak beralih ke warna ungu menyebabkan wajah Mak sukar dikenal pasti.

Mak terlantar di wad kecemasan. Koma. Sejujurnya, tidak banyak yang Melor tahu akan keadaan Mak melainkan dengan mencuri-curi dengar perbualan Abah dengan pelawat yang datang untuk melawat Mak. Kata Abah, doktor maklumkan peratusan hidup Mak adalah sipi-sipi, 50/50, separuh masak. Kalau Mak dapat teruskan hidup sekalipun, Mak akan hidup merana.

Dalam gusar hati Mak tidak sedarkan diri, Melor masih gigih angkut beg berat tong gas ke sekolah. Masih bergurau dengan teman-teman. Adakala dia cuba-cuba juga untuk mencari seseorang dijadikan tempat meluahkan apa yang terbuku di hati, but what do you expect from a classmates? Akhirnya, niat ini dibatalkan begitu sahaja dan diteruskan dengan bergelak ketawa.

"Tuhan, sekiranya kesakitan itu dapat disembuhkan dengan kematian, sila ambil Mama. Aku bersedia," Disujud terakhir Melor bercakap dengan Tuhan.

1 Ramadhan

Tuhan makbulkan.

Perempuan Anggun pulang dalam keadaan tersenyum.

Image: Google

0 ulasan:

Cah'ya espresso di kolam mata-mu, Ro

Sabtu, Mac 04, 2017 Mai Radhiallah 0 Comments


Aku lagi sedang duduk-duduk menikmati kopi panas di coffee-shop kegemaran kita. Barangkali kegemaran aku seorang yang kemudian engkau ikut terjebak atau cuma berpura-pura mahu menang hati aku. Wallahualam. Lalu aku keluarkan komputar jinjing dari tasku dan mulai menaip karangan ini; Cah'ya espresso di kolam matamu, Ro.

Kau tahu, pada mulanya rencana aku ke sini adalah mau mengunjungi kedai peralatan seni yang aku temui semasa membuat carian di google tempoh hari; aku kehabisan benang kristik. Hampir sebulan kerja-kerja menjahitku tergendala. Tetapi hasilnya mengecewakan. Item yang dicari kehabisan stok dan layanan penjaga kedai juga dingin. Semacam tidak mahu melayan pertanyaan aku. Lalu aku tinggalkan kedai itu dengan hati bungkam dan terus memesan kopi favorite-all-time, Amerikano.

Amerikano.

Rasa kopi ini masih sama. Masih pekat. Masih hitam. Masih seperti hari aku cicip-cicip menghirup cawan biru di hadapan kamu. Masih aku ingat memek muka kau yang sebel melihat aku berlagak moden mengonsumsi kopi gaya amerika yang muncul lewat zaman Perang Dunia ke-2. Waktu itu sardadu-sardadu Amerika bertebaran di negara bernama Itali; menaruh air panas pada cangkir espresso bagi mendapatkan rasa kopi seperti di negara sendiri. Weak-coffee; ajuk orang Jepun. Boleh jadi juga kerana dalam nisbah 1:3 Amerikano terdapat sedikit sahaja kafien. Selebihnya adalah rasa kopi yang keras membuatkan bau mulut pengumsinya dipenuhi aroma kopi.

Kata kau, kopi hipstur kapitalis ini sama sahaja rasanya dengan kopi instant kedai runcit nan mak-mak kita hidang buat sarapan pagi, minum petang. Berulang-ulang kali kau tekankan pada aku. Tiap-tiap bebelan itu aku masukkan ke dalam lapisan kek keju; yang kau juga sekeras mengatakan betapa jeleknya rasa keju. Ah baru kali ini aku sadar betapa banyaknya ketidaksamaan kita.

Kerana kerasnya kepala kita untuk saling mengaku menyimpan rasa; aku teguh mempertahankan amerikanoku. Aku tegas memberitahu bahawa amerikano dan kopi runcit sama sekali berbeza! Meskipun mereka sama-sama hitam, cara penyajian yang menjurangkan rasa setiap satu. Pembuatan amerikano perlu dimulakan dengan espresso yang kemudian baru disatukan dengan air panas. Krema pada permukaan cangkir menyebabkan kepekatannya seperti di sorga. 

Siapakah diantara kita yang akhirnya mengalah dalam perbalahan ini? Aku fikir tiada kerana diakhirnya masing-masing terdiam dan saling merenung mata (dengan mengumpul rasa tidak puas hati). Ah sialnya masa itu.

Hari ini di hadapanku adalah kerusi kosong.

Namun rasa kopi masih masa. Masih pekat dan berwarna hitam.

Bezanya, kau tiada.

0 ulasan:

Random: Aku & Buku

Selasa, Februari 28, 2017 Mai Radhiallah 0 Comments


1. Semasa aku di usia belasan tahun, aku sering pulang dari toko buku dalam keadaan kecewa kerana tidak mampu memiliki buku yang aku ingin baca. Pada tahun itu juga, ntah kenapa tiba-tiba toko-toko buku ini mula membalut buku mereka dengan plastik lut sinar. Duh sebel betul. Aku masih ingat aksi curi-curi membuka pembalut di penjuru ruang untuk habiskan membaca buku Mitch Albom: The Time Keeper.

0 ulasan:

Baju Kurung Kuning & Kg Temenin Baru

Selasa, Februari 28, 2017 Mai Radhiallah 0 Comments



1. Kenal dari usrah, bertemu wehdatul qalbi di permaj. Jannah, nama-nya. Tapi tak nak cakap fasal Jannah haha (nanti aku buka ruang cerita perihal Jannah di penulisan yang lain, berbudi orangnya), nak cakap fasal baju kurung yang terletak elok menutupi tubuhku.

2. Baju kurung ini pemberian oleh keluarga angkatku yang duduk di daerah terpincil, Kg. Temenin Baru, Johor. Jenis kain dia old-skool gila! Kata orang, kalau orang tua-tua menghadiahkan seberangkat pakaian - ada maksudnya tu. Ya. Memang mendalam betul sehinggakan hari terakhir keberadaan aku di sana sebelum berangkat menaiki bas; Mak masih memaut tanganku dengan manja.

3. Berborak dengan orang-orang tua sama seakan berborak dengan anak kecil - mereka suka didengar, suka diberi perhatian. Cerita-cerita mereka pun kebanyakkannya tidak lari dari topik anak. Mereka sering memuji betapa bagusnya anak mereka. Sekolah, kerja, pangkat, rumah, menantu, cucu. Setiap kali berborak dengan mereka, unsur pengulangan itu berlaku. Maksudnya, ia akan menceritakan hal yang sama berulang-ulang kali.

4. Ironinya, sedang mereka memuji betapa bagusnya anak-anak mereka - diakhirnya mereka akan terdiam merenung sesuatu. Kalau kau tak mampu tangani kerapuhan seorang orang yang telah tua, jangan kaget, jangan turut masuk dalam situasi ini. Bawa perbualan ini keluar dengan bertanyakan soalan-soalan luar alam seperti 'Hari ini mak ajar Mai buat kuih tepung pelita ya?,'

5. Empty nest syndrome - it may caused depression. Ia adalah suatu perasaan sedih dan kesunyian yang dirasai oleh segelintir ibubapa apabila anak-anak mereka tidak lagi duduk serumah. Sindrom lebih mudah menyerang golongan ibubapa sepenuh masa berada di rumah; seperti Mak.

6. Waktu-waktu petang adalah masa terbaik untuk duduk di anjung rumah menikmati udara nyaman sambil menjamu jemput-jemput kentang dan milo panas. Kalau ada kesempatan, duduk tepi mereka untuk mendengar cerita (lagi) sambil mengurut kakinya. Sentuhan kulit-ke-kulit memang memberi kesan kepada manusia. Baik anak kecil sehingga ke peringkat warga tua; ia menyamankan.

7. Ah hahaha untuk orang yang tiada mak seperti aku, senang betul terjatuh hati kepada mak orang lain.

Terima kasih untuk bajunya, Mak.

0 ulasan:

Adaa satu hal yang kita inginkan selain kehidupan.

Sabtu, Januari 07, 2017 Mai Radhiallah 0 Comments


Seperti Ka yang hilang kebolehan menulis puisi ketika terbuang ke Frankfrut, Jerman; begitulah aku yang menjajau di sekitar gelap mencari potongan ayat buat permulaan tulisan di bulan Januari. Aku sedang mengeluh sebetulnya. Kalau di akhirnya apabila Ka bertemu dengan perempuan yang dicintai di kota miskin, Ipek namanya, beliau tersampuk dan kemudian puisi-pun terlahir lewat salju yang turun; barangkali aku juga perlu lahirkan rasa cinta untuk melancarkan rutin ini.

Sekali lagi aku pertaruhkan cinta dalam resolusi tahun baru. Mengikut web ramalan masa depan yang aku curi-curi baca di waktu kerja (aku bukan ateis seperti Ka, cuma keinginan untuk tahu apa di masa depan selalu melangkaui keimananku. Aku kekal menyimpan Tuhan dalam saku nadiku.) Beralih kepada web masa depan, katanya aku akan menjumpai cinta ketika puing-puing September mampir kunjung rumahku. Baguslah, gumamku. Aku perlu siap sedia dengan kertas dan pensil. Biar tak kejar-kejar bila cinta datang dan aku sambutnya dengan potongan puisi. Macam Ka. 

Seterusnya, hari minggu boleh sahaja dikatakan hari yang aku mau cepat-cepat sampai kedalam pelukan-nya. Baring berbungkus selimut sejuk sambil menari-nari anak mata di dada buku. Nanti bila matahari mau tegak - terus aku kejarkan diri bersiap menikmati sukan kegemaran baruku, berbasikal. Nah tanggal satu januari lalu telahpun aku mencatat 28.04km jauh perjalanan.

Orang yang sombong akhirnya akan disimbah kesunyian, tulis Ka dalam catatannya. Ahhh.. Ka, kau mahu memalukan aku sahaja seperti kau malu apabila berbicara tentang hal menua dan mati kepada Muhtar. Ka, menentang kesunyian ini sahaja aku merasakan cukup baik sekiranya aku berbagi. Aku masih senyum kepada keponakan yang selisih bahu ketika petang adalah waktu terbaik untuk aku sendiri-sendiri di taman olahan Setia Alam. Tempatnya bagus walaupun air tasiknya keruh. Kebanyakan imigran daripada tanah seberang mengerumuninya dengan berbatang mata kail. Ia juga menjadi tempat tumpuan pasangan cinta abadikan foto kenangan. Aku senang mencari diri aku disini, ada masa aku habiskan dengan membaca tulisan kau Ka. Ada masa lagi aku menyulam tulisan atau melukis atau mencorak atau apa-apa sahaja yang membuatku senang.

Ka, nampaknya penulisanku kembali lancar. Selancar kau menulis berbaris-baris puisi, seolah-olah seseorang membisikan sesuatu ditelinga, seperti kau juga Ka. Waktu kau menulis perihal anjing hitam nan berkeliaran, sajlu, wajah Ipek - begitulah aku menceritakan hal-hal aku.

Terima kasih, Ka.

Imej: Google

0 ulasan: