Lagu Kid Cudi pakai genre remix pop disco berdesir di ruang telinga. What a bless Monday! Kaki kiri aku cuba untuk mengikut beat lagu Pursuit of Happiness (Project-X). Selamat sejahtera ke atas-mu wahai negara berideologi Marxis! Aku punya masa lebih kurang dua minggu untuk menyelusur masuk ke lorong-lorong hitammu. Bermusafir di negara yang rata-rata penduduknya tidak pernah mendengar nama Malaysia, yang mempunyai populasi 0.1% penganut beragama Islam (Sumber: Vietnam Demographic 2018), negara kelahiran Bapak Komunis Asia Tenggara: Ho Chi Minh. Dari utara Vietnam turun ke bawah, aku mahu melihat sebuah negara berkiblatkan kerajaan komunis; pakai mata kepala sendiri.
***
Waktu itu sekitar awal dhuha. Aku terjaga dikejut pengumuman isyarat pemasangan tali pinggang oleh pramugari. Katanya kapal terbang bersedia untuk mendarat. Namun di luar tingkap tiada tanda-tanda kapal mendekati kawasan darat. Berkabus. Barangkali kerana suhu musim bunga di Hanoi telah menutup seluruh lantai bumi. Tinggal kepulan awan yang terbentang infiniti. Menghilangkan landskap lautan biru, tanaman hijau, dan rumah-rumah yang selalunya sinomin aku lihat untuk sesebuah negara ASEAN tiap kali jasad aku tergantung di langit.
Jam 9.00pagi waktu tempatan, Vietnam menyambut aku dengan kabut tipis dan hujan dingin.
Bas Proletariat: Bas No.17 yang menghubungkan Noi Bai International Airport dan Hanoi
Aku melepasi kaunter imegrision dengan mudah. Beg galas belakang yang sama berat macam sekampit beras di bawa naik ke bahu. Bersurai ke luar bandara apabila segala hal berkenaan pertukaran wang, pengaktifan kad sim, pembuangan bedasing dalam badan, dll telah selesai. Mengikut Al-Sahih Imam Google, Bas No.7 dan No.17 akan menghubungkan Lapangan Terbang Noi Bai ke Bandar Hanoi. Kalau keluar dari pintu bandara, tuju terus ke sebelah kanan. Nanti akan ada bas-bas bernombor. Ambil bas No.17. Bas ini kelihatan lama dan lusuh, namun keadaan dalamnya masih bersih dan teratur. Apabila pemandu bas berpuas hati dengan bilangan penumpang yang memenuhi ruang tempat duduk, perjalanan dimulakan menuju ke satu destinasi ke satu destinasi. Setiap destinasi akan ada mesin suara yang maklumkan nama tempat. Sama macam naik Keretapi Tanah Melayu. Cuma ini versi bas. Bas Proletariat No. 17.
Perjalanan ±25km kira macam free tour di kawasan luar pusat bandar. Dari awal aku perasan bendera bintang dan tukul kuning penuh berderet-deret di pasang di setiap rumah. Meriah. Barangkali ini cebisan kemeriahan perayaan terbesar di Vietnam yang berlangsung pada Februari lalu. Perayaan menyambut kedatangan musim bunga atau lebih dikenali sebagai Tet Eve. Untuk aku, kewujudan bendera tukul kuning yang megah berkibar di merata tempat ini; buat aku rasa sesuatu yang aku sendiri tak dapat gambarkan. Selama ini aku hanya melihat bendara tukul kuning dan cerita-ceritanya melalui filem arahan Riri Reza. Misalnya filem Gie (2015). Diadaptasi dari buku berjudul Catatan Seorang Demostran. Aku rasa senang bila dapat tengok live depan mata. Dekat sejam jugalah kepala aku merewang sepanjang free tour sebelum betul-betul sampai di tengah bandar Hanoi. "Welcome to Hanoi, Mai."
Mengunjungi pasar basah, tiap ceruk lorongnya ada orang gigih berniaga.
Bunyi hon berselerak sana sini. Bandar sibuk. Bandar hiruk pikuk. Mujur azab usung beg berkilo-kilo telah tamat apabila sampai di Hanoi Rocks Hotel. Sedang elok aku jejak kaki di jantung Vietnam ini, jam menghampiri waktu makan tengahari. Perut minta diisi. Rata-rata pengunjung luar mengangkat tinggi kebolehan Hanoians dalam pembuatan dan rasa makanan. Lihat sahaja kiri dan kanan bandar; Pho(mee sup), Xoi (pulut), Bun Cha (seafood roll) dan pelbagai jenis makanan bertebaran di sana sini. Bukan sahaja di restoren mahupun gerai-gerai kecil, di lorong-lorong juga ada orang gigih berniaga Pho dan Bun Cha. Pelanggannya akan duduk di kerusi kecil menghurungi peniaga; menikmati makanan tengahari.
Untuk aku, sekadar tahu kewujudan makanan tersebut pun sudah cukup baik walaupun sejujurnya aku pernah rasa makanan tradisi Vietnam versi Laos dan Thailand. Aku faham peratusan nak dapatkan makanan halal memang rendah. Kalau ada sekalipun barangkali harganya melonjak naik gila babi. Jadi awal-awal aku sudah lupakan bab rasa-makanan-dari-sorga dengan menyediakan mini stove, beras dan gear camping. Mindset aku; benda mudah, jangan disukarkan. Yang kau tak boleh makan cuma daging yakni haiwan yang perlu disembelih ikut rukun (disklaimer: termasuk makanan yang absolute haram). Selain daripada makanan tersebut, kau masih ada beribu-ribu lagi makanan nabati halal yang boleh dimakan seperti udang, sotong, ikan, sayur dan buah-buahan. So guys, avoid overthink and lets take a walk like a Vietnamese. Kid Cudi music on repeat (Senyum).
Aku masih ingat dua tahun yang lepas, Tok Pa datang UKM Bangi untuk bentangkan gerakan kefahaman TTPA dalam sebuah rapat yang berjudul TPPA: A Malaysian Perspective. Dalam pembentangan ini, Vietnam dipuji dengan pelaksanaan Doi Moi (Dasar Keterbukaan) pada tahun 1986 telah mendatangkan pulangan yang memberangsangkan iaitu peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 8.6% (1991-1998). Kesan kemasukkan kilang produksi melalui Dasar Buka Pintu ini; dapat aku saksikan di bumi komunis. The North Face, Gucci, Champion, Nike dijual merata-rata. Suasana ini jarang sekali aku nampak di Malaysia. Jenama baju yang aku rasa tahap cekik darah dijual di Malaysia di pakai basahan oleh penduduk di sini. Harga pun harga durian runtuh. Terjungil biji mata aku tahan sabar.
"Jom beli mangga, makan dengan cili!"
"Wei macam nak hujan je,"
"Ambil tikar tu, tutup kepala!"
"Korang.." Panggil Rafi. Dua pasang mata tertumpu pada dia, "Kita makan depan toilet!"
(Bersambung...)
Akan datang...
→ Piknik meggi berkuah hujan di Hanoi Botanical Garden
→ Raikan rel keretapi bersama segelas soda dan wain
→ "Aduh! Lupa nak letak nama negara kat poskad tadi!!!!"

![]() |

The photo of the Bia Hoi Beer corner is by the talented Robert M.

0 Ulasan