Lewat Februari lalu, aku keluarkan mini-zine pertama dengan tajuk 4hari di Perak; yang aku sendiri akui isi kandungnya langsung tidak memuaskan. Ada banyak ruang untuk penambahbaikan. Kalau diberi peluang aku mahu menulis perihal perjalanan pulang dari Ipoh ke Teluk Intan. Entahlah, perasaan aku pada waktu tu berbeza. Walhal waktu itu sepatutnya aku perlu gelabah huru-hara sebab tiket bas balik dah tak ada. Perasaan dikejar tu tak ada. Tenang dan bersahaja. Barangkali aku tahu tiada siapa tunggu (terutamanya kerja) di hari berikutnya. Aku rasa bebas.
30 naskah terjual. 30 beb. Untuk permulaan ini 30 pembaca ini adalah orang yang tidak akan aku sia-siakan. Aku akan pastikan keluar lagi satu buku sama ada untuk Laos atau pun Vietnam nanti. Moga serpihan kebaikannya nanti dapatlah disambungkan kepada orang-orang yang telah mati.
Mendahului,
Mai

0 Ulasan