Resolusi 2018


Lagu Selamat Malam - Faizal Tahir penuhi ruang. Selamat Malam 2017. Tahun banyak buat kawan, jumpa orang-orang baik, hidup aman, ya terima kasih atas segalanya Tuhan! Giliran 2018 menjadi saksi untuk pertaruhkan impian baru. Don't give a damn on apa yang masyarakat suruh kau buat. Tiada siapa yang lebih faham diri kau selain diri kau sendiri. Tidak kiralah apa resolusi kau sekalipun, bila mana ia datang dari hati, let's make it happen in 2018!

(Senyum)

2018 bakal jadi another wild year untuk aku; tercampak jauh dari zona nyaman.

1. Eat healthy

Ada suatu hari aku berborak-borak dengan kawan maya perihal kasyaf dan sunnah Rasululallah. Perbincangan itu tidak sentuh pun hal pemakanan; bila aku duduk-duduk sendiri dan imbas kembali perbualan kami; aku merasakan untuk mengikut sunnah Rasulullah yang paling mudah adalah hal berkaitan pemakanan. Makan dengan cara Islam. Dalam masa yang sama mahu perbanyakkan lagi makan sayur. Nak kata 100% vegan masih jauh lagi. Cuma statistik tidak pernah menipu perihal krisis makanan peringkat dunia, penindasan terhadap haiwan ternakan, penyalahgunaan bahan pengawet, isu kanser, penyakit yang berleluasa dll. Dengan harapan apabila resolusi ini ditiupkan, aku akan lebih sihat dan terpelihara daripada penyakit-penyakit unknown ini.

2. Stop procrastinate

Ini masalah terbesar aku setiap tahun dan tidak pernah ada penambahbaikan. Aku masih letak dalam list supaya kali ini aku lebih serius untuk hapuskan sifat malas dan bertangguh. Aku buat okay, aku buat. Cuma aku akan betul-betul buat bila masa itu tiba dan aku akan mengeluh untuk minta lebih masa; walhal aku boleh buat dari awal supaya masa itu wujud. Ntahlah. Aku kena berhenti bertangguh.

3. Read more book!

Tiap hujung tahun Goodreads keluarkan pool tanya berapa bilangan buku yang kau nak baca tahun akan datang. Dan tiap tahun aku perbahurui niat, tiap tahun itu jugalah tidak pernah tercapai. Jadi untuk tahun ini aku tidak akan letak berapa bilangan yang aku kena baca. Aku beri kebebasan kepada diri sendiri untuk baca sebanyak manapun yang kau mahu baca, Mai!

Last but not least,

4. Be a good muslim

Akhir-akhir ni makin menjadi-jadi aku fikir kehidupan selepas mati. "Hang sekarang ni hidup dalam ilusi. Kena perlu perbaiki diri untuk jaminan akan datang. Sifat manusia tu kuat menyesal." Tahun ini inshaa Allah aku berazam untuk zero 'mortal sin'. Tolong aku ya, Tuhan.

Bismillah,
Mai.

Catat Ulasan

0 Ulasan