Jumat, Juli 22, 2016

Roadtrip - All I want is nothing more

1. Aku masih bekerja pada tanggal sembilan; berderu-deru pesanan masuk meminta-minta kata putus dari aku perihal roadtrip ke Johor. Malam datang, sementara nunggu sup sayur keluar dari dapur jepun, aku segarakan sambung talian ke Sungai Besar. Khabar bahawa roadtrip yang sepatutnya akan ada 5 orang ikut serta, tinggal kami berdua. Aku dan dia. Dengar keluh dari hujung ganggang. Aku beritahu dia,

"Kau tidak perlukan kawan yang ramai untuk bangunkan impian. Cukup seorang yang macam aku,"

2. Ya. Cukup ada orang yang ikhlas mau berbagi masa realisasikan impian kau. Walaupun, pada asalnya aku sendiri mempunyai agenda tersendiri ikut serta roadtrip ini. Kemon geng, aku manusia kot. Menggunakan peluang yang ada.

3. Telah lama aku perapkan diri di Klang. Bergelumang dengan kerja-kerja yang tidak pernah selesai. Minda dan pandanganku juga telah tepu dan perlukan ruang. Berdepan dalam rakan gaul yang masa buat aku rimas. Setiap hari dengan rungutan sama. Dan Hazim telah membuka jalan untuk aku ke arah ruang itu. Tepat jam sepuluh pagi, kami berangkat ke Johor.

4. KL-JB/Sabtu/9 Juli - Sebenarnya, lama juga aku tidak berjumpa dengan Hazim. Aku sendiri lupa bila kali terakhir kami berbual. Jadi permulaan perjalanan kami isi dengan borak-borak kecil. Perihal aku, perihal dia, perihal thesis, perihal mak angkat kami, masuk juga hal-hal berbangkit; Rahwani. Nanti dia mula buka cerita fasal politik, geografi, sejarah. Ya aku menggemari aktiviti ini. Aku gemar berborak dan mudah masuk ke dalam topik-topik yang dikemukakan.

5. Signboard 'Selamat Datang Ke Johor' sudah lama kami lepasi, tapi tempat yang kami mau tuju masih tidak kunjung-kunjung lagi.

6. Hazim penggemar musik hisdustan. Dashboard kereta dia dipenuhi sidi-sidi ciplak yang dipenuhi track lagu hisdustan. Amma! I'm not into this genre tetapi sekali sekala menari cucuk langit power jugak. Dia perkenalkan pada aku lagu-lagu kegemaran dia. Medley Song. Kemudian aku eksyen sikit dengan pengetahuan aku fasal Rani Mukerji, Uday Chopra, Hitrik Roshan. Ini pun sebab masa kecik-kecik ada orang cakap muka aku ala-ala Rani Mukerji. K k rak lu.

7. Sampai JB jam dua. Rahwani menyambut kami dengan cantik cincin terletak di jari.

8. Sambil-sambil makan, aku berborak dengan kawan seuniversiti yang turut hadir meraikan majlis kecil ini. Sungguh, aku rasa sangat nyaman dengan keadaan ini. Nanti umi Rahwani bergurau, siapa lagi diantara kami akan menyusul. Perempuan - mereka sering malu-malu dan berbau wangi !

9. Lepas sebat semua makanan atas meja masuk plastik tapau, kami beransur pulang pada jam tiga. Atau mungkin empat.

10. Pada awalnya, aku bercadang ziarah nenek di Pasir Gudang. Oleh kerana memikirkan bahawa aku dengan Hazim sahaja (Sepatutnya ramai. ya sepatutnya), kami bergerak terus ke Kluang. Ada hari boleh jumpa nenek dengan lebih aman.

11. Keluar tol dan mata aku menjadi liar dan biadap. Human sensor aku melarang tapi apakan daya, haha. Tidur dulu jim. 

Bersambung... (Tak tahu ah bila nak sambung. Kah kah !)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar