1/07/2017

Adaa satu hal yang kita inginkan selain kehidupan.

Seperti Ka yang hilang kebolehan menulis puisi ketika terbuang ke Frankfrut, Jerman; begitulah aku yang menjajau di sekitar gelap malam mencari potongan ayat buat permulaan penulisan di bulan Januari. Aku sedang mengeluh sebetulnya. Kalau diakhirnya apabila Ka bertemu dengan perempuan yang dicintai di kota miskin, Ipek namanya, beliau disampuk dan kemudian puisi-pun terlahir lewat salju yang turun; begitulah aku perlu kembali bercinta untuk melancarkan rutin ini.

Sekali lagi aku pertaruhkan cinta dalam resolusi tahun baru. Mengikut buku masa depan yang aku baca; bacaan ini untuk pengetahuan sahaja, aku bukan Ateis seperti Ka. Aku kekal menyimpan Tuhan dalam saku nadiku. Beralih kepada buku masa depan, katanya aku akan menjumpai cinta ketika puing-puing September mengunjungiku. Lucu. Akhir tahun selalunya sial akan muncul menempel sisi tepiku. Adakah kesialan muncul lagi seperti tahun sudah sehingga mendorong self-esteemku jatuh merudum layak seorang pengalah ? Aku percaya Tuhan.

Seterusnya, hari minggu boleh sahaja dikatakan hari yang aku mau cepat-cepat sampai kedalam pelukan-nya. Baring berbungkus selimut sejuk sambil menari-nari anak mata di dada buku. Nanti bila matahari mau tegak - terus aku kejarkan diri bersiap menikmati sukan kegemaran baruku, berbasikal. Nah tanggal satu januari lalu telahpun aku mencatat 28.04km jauh perjalanan.

Orang yang sombong akhirnya akan disimbah kesunyian, tulis Ka dalam catatannya. Ahhh.. Ka, kau mahu memalukan aku sahaja seperti kau malu apabila berbicara tentang hal menua dan mati kepada Muhtar. Ka, menentang kesunyian ini sahaja aku merasakan cukup baik sekiranya aku berbagi. Aku masih senyum kepada keponakan yang selisih bahu ketika petang adalah waktu terbaik untuk aku sendiri-sendiri di taman olahan Setia Alam. Tempatnya bagus walaupun air tasiknya keruh. Kebanyakan imigran daripada tanah seberang mengerumuninya dengan berbatang mata kail. Ia juga menjadi tempat tumpuan pasangan cinta abadikan foto kenangan. Aku senang mencari diri aku disini, ada masa aku habiskan dengan membaca tulisan kau Ka. Ada masa lagi aku menyulam tulisan atau melukis atau mencorak atau apa-apa sahaja yang membuatku senang.

Ka, nampaknya penulisanku kembali lancar. Selancar kau menulis berbaris-baris puisi, seolah-olah seseorang membisikan sesuatu ditelinga, seperti kau juga Ka. Waktu kau menulis perihal anjing hitam nan berkeliaran, sajlu, wajah Ipek - begitulah aku menceritakan hal-hal aku.

Terima kasih, Ka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan