Kamis, Oktober 06, 2016

Melati & Cerita Tuhan

Namakan sahaja perempuan ini sebagai Melati. Setiap pertemuan kami sering dilanjutkan dengan cerita-cerita kecil, diselang-selikan dengan cerita agama. Melati merupakan bekas penganut ajaran Sanātana-dharma. Kemudian beriman dengan ajaran tiga Tuhan pada portal semuda satu tiga setelah mengalami pergolakan jiwa merintih mencari Tuhan Yang Benar.

Melati beritahu aku tiga hari lepas dia telah menghadiri 'ceramah' untuk menyuburkan kembali motivasinya (Melati merupakan seorang ibu kepada dua puteri kecil dan berdepan dengan pergolakan rumah tangga). Aku gembira mendengar emosinya kembali pulih selepas bertemu Paus, ulamak/wakil Tuhan bagi agamanya. Mujur agama boleh dijadikan suatu radas untuk manusia terus berharap, maklumku pada Melati sambil tersenyum. Kami dalam perjalanan menuju ke Summit, Subang Jaya. Melati mau menghantarku pulang.

Dalam perjalanan ini, Melati cuba beritahu aku untuk keep moving walau sesetan mana sekalipun masalah datang melalui cerita-cerita agamanya seperti kisah Plagues of Egypt, kisah Moses dan katak, kisah lebah etc. Sebagai ganti nanti aku ceritakan pula kisah Muhammad, kisah Yusuf dan kisah Firaun. Oleh kerana agama kami datang dari luhur yang sama (agama samawi dari Nabi Ibrahim), kami sering mencari titik jumpa antara keduanya.

Ada satu cerita terlekat dihatiku. Melati menceritakan pada aku perihal dua lelaki yang terdampar di pulau dan memilih untuk hidup berasingan. Kita namakan Lelaki A di Pulau A dan Lelaki B di Pulau B. Masing-masing berusaha mengeluarkan diri daripada pulau ini dengan menggunakan kodrat berdoa kepada Tuhan. Kedua-duanya berdoa.

Apabila mereka berdoa meminta air bersih; hanya Lelaki A di Pulau A sahaja berjumpa dengan air bersih, Lelaki B di Pulau B tidak menjumpai apa-apa. Apabila mereka berdoa meminta makanan, sama seperti air bersih tadi; hanya Lelaki A di Pulau A sahaja dipertemukan dengan makanan. Hampa untuk Lelaki B di Pulau B. Sehinggalah suatu hari setelah sekian lama mereka berdoa agar kapal datang menyelamatkan mereka dimakbul Tuhan. Namun hanya Lelaki A di Pulau A sahaja diselamatkan. (Dari awal lagi Lelaki A tidak berkongsi nikmat. Jadi ditinggalkannya Lelaki B di Pulau B)

Apabila Lelaki A mati dan masuk ke sorga, Lelaki A mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana sering memakbulkan doanya. Lelaki A berfikir sudah tentu Tuhan sangat menyayangi dirinya.

"Kau tahu Tuhan jawab apa, Mai ?," Duga Melati.

"Sama-sama ?" Jawabku lucu. Mai perempuan lucu.

Melati tergelak kecil sambil menggeling-gelingkan kepala menekankan tanda 'tidak' atau 'salah'. Tangannya tangkas memberi signal ke kiri. Bangunan Summit sudah jelas kelihatan cuma trafik yang sesak menyebabkan kami masih di atas jalan. Dengan masa berbaki ini Melati perlu menghabiskan ceritanya.

"Tuhan membalas bahawa Tuhan tidak memakbulkan satupun doa daripada Lelaki A sewaktu terdampar di Pulau, Mai."

Ah sudah jangan buat suspen, Melati. Melati terus tersenyum lalu menyambung,

"Tuhan hanya memakbulkan doa Lelaki B,"

2 komentar:

  1. Anonim22:29

    Nice one. Keep writing!

    BalasHapus
    Balasan
    1. It's wonderful feeling surrounded by positive people :')

      Hapus