7/18/2017

Serabut

"I plan to take leave for 1 month, what do you think?"

Ada kala aku rasa macam nak hancurkan hidup sendiri pun ada. Karier life tengah memuncak naik, benda sedap — gatal nak quit semata-mata kejar impian bodoh. Semata-mata nak dapatkan kepuasan hidup; kebebasan. Duniawi. Yang mana kebanyakkan orang telah menulis, akhirnya seorang pejuang kebebasan itu mati merana kerana bencana yang dicarinya sendiri.

"Your dream is doesn't real, Mai."

Ntahlah.

Ada kala aku terfikir lagi kau hanguskan sahajalah Mai tiket-tiket penerbangan yang langsung tiada perancangan pulang itu. Hanya hilang beberapa ratus sahaja sedangkan nanti; dengan pengorbanan ini, kau bakal beroleh bahagia. Yakni hidup dalam lingkungan certainty. Ada pekerjaan bagus, rumah bagus, kereta bagus (walaupun jiwa kau memberontak).

Lagi satu side lagi ada suara-suara menyokong.

"You only live once, Mai."

"Believe in Allah."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan