Jumat, Juli 21, 2017

Take me back to the ocean, ف, /f/ - Uch

Pustakawan di pustaka-ku, ف, /f/

Barangkali bacaan mentera right person, wrong timing tiada lagi kesan sekiranya dua pasang kaki itu benar-benar percaya bahawa mereka saling memerlu dan mengatakan usaha untuk berjuang melawan waktu. Atau. (Senyum). Atau rasa-rasa yang sukar diungkap ini telah pun mengelabui sepasang mataku.

Aduhai  ف, /f/,

Sampai ke hari ini aku tidak menyangka; aku ada kamu, ف, /f/.

Kau tahu, ntah berapa gelen teh panas telah aku hirup untuk tenangkan diri. Buat jawab suara-suara kecil di kala duduk sendiri-sendiri. Bagaimana ya diakhirnya kita boleh jadi rapat sebegini? Bagaimana kau melihat aku? Atas dasar apa kau gerakkan hatimu? Apa yang menyebabkan kau pilih aku? Biasalah, ف, /f/. Perempuan. Perempuan banyak berfikir hal-hal remeh.

***

Aku berasa senang, diakhirnya — Tuhan menghantar kau. Ia suatu rahmat apabila kau juga rupanya gemar akan gunung-gunung, hutan-hutan dan keseluruhan isi alam-Nya. Bahkan Tuhan hantar kau lengkap seperti aku mencintai buku-buku dan lagu-lagu (gambar-gambar juga). Aku berharap dengan menunjukkan dua-tiga perangai tak semegah semasa bersama kau; kau masih mahu aku.

"Masa hadapan perlu difikirkan, untuk mendapat buah fikiran yang boleh mengukir kebahagiaan" - You wrote this on the morning of raya pertama.

Jap. Adakah aku terlalu memuji kau dalam penulisan ini? Hehe.

Aku berharap kita tidak tergesa-gesa dan segala-galanya akan menjadi baik.

Kan, ف, /f/?

(Senyum)

Mai Radhi.

Rabu, Juli 19, 2017

Random: Tidur

1. Dua tiga hari ini; bangun pagi adalah hal yang paling menyebelkan dan tiap kali aku tersedar dari tidur, aku memasang harap akan ada satu tiga minit lagi untuk pejamkan mata. Nanti kalau jarum panjang berganjak ke arah enam baru aku tepuk-tepuk baru sendiri bilang "Bangun, Mai. Nanti kau akan lewat lagi."

2. Being Mai — she rarely late. She is lying obviously.

3. Oh ya. Sejak kebelakangan ini aku bangun tanpa bantuan alarm tahu. Ini suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Good job, Mai! *Tepuk bahu sendiri lagi*

4. Aku rindukan tidur yang berkualiti pada hari ahad tanpa risau ada sesuatu yang terkejar-kejar nanti. Aku juga rindukan tidur selepas waktu zohor, berbungkus dalam confemter tanpa hirau panas merengit atau bunyi bising dari ruang tamu luar. Ya. Ya. Aku terlalu busy dengan kerja.

5. I wanna wake up next to you - Lotten Mulla

6. ***Sensored***

Tak cukup tidur,
Mai

Selasa, Juli 18, 2017

Serabut

"I plan to take leave for 1 month, what do you think?"

Ada kala aku rasa macam nak hancurkan hidup sendiri pun ada. Karier life tengah memuncak naik, benda sedap — gatal nak quit semata-mata kejar impian bodoh. Semata-mata nak dapatkan kepuasan hidup; kebebasan. Duniawi. Yang mana kebanyakkan orang telah menulis, akhirnya seorang pejuang kebebasan itu mati merana kerana bencana yang dicarinya sendiri.

"Your dream is doesn't real, Mai."

Ntahlah.

Ada kala aku terfikir lagi kau hanguskan sahajalah Mai tiket-tiket penerbangan yang langsung tiada perancangan pulang itu. Hanya hilang beberapa ratus sahaja sedangkan nanti; dengan pengorbanan ini, kau bakal beroleh bahagia. Yakni hidup dalam lingkungan certainty. Ada pekerjaan bagus, rumah bagus, kereta bagus (walaupun jiwa kau memberontak).

Lagi satu side lagi ada suara-suara menyokong.

"You only live once, Mai."

"Believe in Allah."

Senin, Juli 10, 2017

/m/ - Ikki

Suddenly I feel lost.

But it much better than last time. I meant the way I fight it. 

Tak.

We.

We fight it.