Minggu, Maret 05, 2017

Random: Agama

Aku berharap Tuhan tidak palingkan hati aku setelah aku berjumpa dengan puak-puak menentang idea bertuhan. Yang was-was akan kewujudan syorga dan neraka. Yang merasakan agama hari ini terlalu jumud dan perlukan jalan alternatif untuk bernafas dengan lebih baik. Nampaknya perjalanan menuju Tuhan ini semakin mencabar dan penuh tanda tanya. Complicated.

Mereka perlu menerima idea-idea bertuhan aku seperti mana aku meraikan pendapat mereka (walaupun aku tidak bersetuju). Mereka tidak boleh memperlekehkan apa yang setelah sekian lama aku yakin untuk menganuti agamaku. Bahkan aku menganutnya bunga-bunga keyakinan nan segar. Aku yakin kenapa diakhirnya memerlukan aku hidup dengan memakai pakaian agama, aku yakin dengan apa yang dibenarkan dan dilarang oleh agamaku. aku yakin dengan kehidupan akan datang.

Boleh jadi aku sok suci. Tapi berbuat dosa. Pakai pakaian agama, masih duduk di ruang kejahanaman. Mungin ini yang telah mengganggu fikiran kau; yang menyebabkan kau membenci orang yang menganuti agama - kerana mereka (orang beragama) tidak melakukan hal yang seiring dengan apa agama mereka sarankan. Wujudnya puak-puak agama yang menghukum manusia secara membabi-buta membuatkan kau merasa mual dan merimaskan.

Kenapa sih tidak boleh kita berdamai dan bersatu? Tidak saling tuding-menunding? Kenapa kita tidak boleh hidup dalam satu masyarakat yang langsung tidak mempertikaikan bagaimana cara kau perlu hidup? Kenapa mesti kita berpecah kerana agama dan tidak beragama? Kenapa mesti kita asing-asingkan diri kita? - Adakah sebab kita merasa diri kita terlalu baik? Dan orang lain perlu ikut dan tunduk dengan cara kita beragama?

Dia datang lagi,
Mai Radhi

2 komentar:

  1. Anonim00:08

    Agama. Memang pening jika berlainan faham berbincang. Aku pon malas nk bersemuka dgn org2 begini. Syukur aku bukan ditugaskan utk menyampaikan. Jadi biar apa yg aku faham utk diriku sendiri. Islam itu syariat je. Iman itu yg hakikat. Dan Ihsan lah makrifat. Bila dah makrifat lakon kan la yg syariat utk menutup yg hakikat. Sebab perihal hakikat itu terbatal andai di buka pada bukan ahli. Manakala perihal makrifat pula terbatal bila di buka pada sesama ahli. Kena pandai main, pandai lakon. Andai diri terpilih mengalas tugas menyampaikan, kena tahan la layan org2 mcm ni. Nabi kena lg teruk.

    BalasHapus
  2. Anonim10:12

    Well mai. Pergi jauh dari mereka, Mai. Kita memang tak boleh puaskan hati semua orang.

    BalasHapus