Sabtu, Maret 04, 2017

Melur Radhiallah & Jamal Soya (2)

Kami duduk menikmati kopi panas sambil membaca buku di bukit teh sebelum dia lepaskan lelah lalu berkata,

"Kalau kau tak lepas lalu tali tu nanti, u should know what the reason is,"

Tak. Aku tak lari rumah. Abah tahu aku berada di mana sekarang. Malah hampir setiap malam menjadi rutin sebelum tidur, kami akan berbual-bual kecil menggunakan aplikasi whatsapp. Bertukar cerita dan bertanya khabar. Perihal kereta usang Abah yang memakan amuk, perihal Jebat yang sering pulang dengan anak berudu, deruman mesin basuh yang sering termati-kata, ... Bila pagi datang, aku akan menguntumkan ucapan selamat dan potongan doa pagi buat bekal Abah jalani hari dengan damai.

Aku selesa dengan diri aku sekarang, dengan apa yang aku bangunkan.

Buku yang sebentar tadi menjadi pemisah ruang antara kami diletak sebelah kanan kopi. Kini, seluruh tubuhnya benar-benar berkiblatkan aku. Aku turut beri kerjasama dengan menyambut renungan anak matanya.

Diam.

"Kau selesa dalam hal melarikan diri ?,"

Ah!

Cepat aku menghantar anak mata ke lapisan kek keju.

"Sedarkah kau bahawa kota-kota yang engkau bangunkan ini adalah penghalang paling celaka untuk tembusi dunia luar, Melur."

*********

1 komentar:

  1. Anonim13:29

    Da lama tak baca cerita melur dan jamal hang mai.

    BalasHapus