Selasa, Maret 28, 2017

Selamat Ultah, Perempuan Yang Dilewatkan Kewanitaannya

Kau tahu, life satisfaction peaks at age 23. Hari ini aku telah berada di portal 23 dan aku benar-benar berpuas hati dengan kehidupanku. Balance life. Kerja dan hal-hal menjadi dewasa. Asal kau tahu menghargai orang sekeliling, rasa bahagia itu akan sendiri datang. No one will stay forever. Tiada. Keluarga, kawan, kerja sekalipun. Tiada yang kekal. So live on. Pada titik kau berlapang dada untuk takdir inilah, bahagia datang meresapi jiwa.

Senyum/Senyum.

Tahun lepas adalah tahun tough untuk aku. Tahun peralihan dari pegang tittle student kepada pekerja dewasa. Boleh dikatakan segala-galanya tunggang-langgang. Haru biru. Semua hal yang melibatkan proses menjadi pekerja dewasa adalah sial dan membosankan. Ntah macam manalah Generasi X settlekan hari-hari mereka. Bangun pagi untuk lakukan hal-hal yang sama sahaja. Tak adventure betul. Waktu itu sudahlah jatuh ditimpa tangga, kena dumb pula dengan kesatria yang tergesa-gesa dalam bercinta, tahun pecah - ah makin serabut lagi!

Ketika aku dirundum resah menjawab setiap persoalan yang menghentam kuat ke tubuhku, Tuhan hadirkan bait-bait penyembuhan. Aku mulai merasakan ada betulkan kata Pak Hamka - kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau kerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja. Kerja tidak akan habis dan kesatria yang tolol itu akhirnya akan mati jua - jadi? Jadi persetankan hal-hal yang merosakkan ketenangan hakiki milik manusia sejati, bersenang-senanglah!

Langkah pertama yang aku ambil adalah keluar berbakti kepada masyarakat. Sekadar isi malam hujung minggu di Dapur Jalanan. Dalam masa yang sama cari circle baharu. Disini aku bertemu Hadi dan Safiyah. Ya. Aku all out gila pada malam itu. Tak cukup di dapur, aku layan joget lambak. Malam itu, aku telah jumpa kembali jiwa aku. Mai yang lama.

Tidak berhenti disitu, Tuhan hantar Rafi pula. Dia datang dalam hidup aku ketika aku betul-betul tenat dan tiada semangat untuk hidup (jadah apa kalau tiap hari kerja dari jam 8, balik jam 10, hadap komputer, officemate sibuk bergosip - ulang sampai mati) Epiknya, Kami berjumpa di Surabaya, Indonesia. Kawan kepada sepupu aku. Dari perempuan genit ini pula, Tuhan datangkan Abu dalam hidup aku. Abu is my alter ego.

Harapan aku untuk ulang tahun kelahiran ini, aku diberikan kesihatan yang baik dan keuangan yang mudah. Aku akan terus belajar dan meletakkan diri dalam masyarakat. Banyakkan membaca dan stay humble. Inspire young people yang stuck macam aku. Aku berharap orang-orang sekeliling aku juga berasa senang dengan kehadiran aku. Kemudian, aku berharap Tuhan aku bukakan lagi jalan-jalan untuk aku lalu. Akhir sekali, aku berharap di tahun ini, Tuhan akan membuka rahsianya; perihal orang-dalam-simpanan.

Mai Radhi, Menuju 24.

Jumat, Maret 10, 2017

Didadadadu

Manis.
Senyum.
Seorang.
Sendiri.
Bakery.
Pizza panas.
Jus oren.
Sofa merah.
Pustaka Lingkungan.
Bas.
Matahari.
Buku Nadir.
Toko Buku.
Puisi.
Lukisan.
Pencil Merah Jambu.
Diskusi Haram.

Danie.
Nurul.
Fatimah.
Fatimah.
Fatimah.

Kamis, Maret 09, 2017

Melor Radhiallah & Jamal Soya (3)

Sub: Ulang Tahun Kematian Perempuan Anggun

6 tahun ke belakang..

Mak mati dalam keadaan yang sangat epik setelah seminggu bergelut nyawa melawan bakteria jahat. Yang tiba-tiba datang menghinggap di akar urat pernafasan otak kanan. Tanpa sebarang tanda, tanpa alamat. Di suatu malam yang terlalu tua, malapetaka telah berjaya menerjah masuk mengganggu letak tidur Melor. Sebetulnya gigitan nyamuk yang terlebih dahulu membangunkan Melor sebelum dia benar-benar terganggu dengan bunyi suara dari arah ruang tamu.

"Mak masuk hospital..," kata Nek Manis apabila ternampak kelibat Melor muncul dari arah belakang. Terlihat Kabi yang tergesa-gesa memasukkan barang ke dalam beg sandang. Satu kereta sedang menunggu di luar laman. Melor masih dengan muka toya. Muka busuk menahan ngantuk. Mungkin pagi terlalu pagi untuk dia menghadam berita yang disampaikan oleh seorang nenek. Apabila bau asap kereta beransur hilang, satu panggilan keluar segera dibuat.

Abah. Abah saksi pertama yang mendapati mulut Mak berbuih selepas beberapa minit Mak mengadu sakit kepala. Itu pun setelah mendengar dengusan nafas Mak yang tidak teratur. Garau. Tidak banyak sangat yang dibualkan kerana Abah sedang menunggu di ruang kecemasan. Bersama dua tiga pesanan dari seorang Abah kepada anak paling tua yang berada di rumah, Melor dipaksa jalani rutin pagi seperti biasa - sekolah. Sekolah tetap sekolah. Abah agak tegas dalam hal melibatkan pelajaran. Cuma bezanya rutin pagi ini diselang-selikan dengan esak tangis kecil. 

'Pagi yang ribut anata'

Pembedahan menutup saluran darah yang pecah berjalan dengan lancar. Separuh tempurung kepala ditebok. Boleh jadi Doktor telah menggergajinya untuk capai masuk ke dalam otak seperti video-video pembedahan ngeri yang pernah Melor nonton sebelum ini. Mungkin. Jahitan sepanjang dua jengkal boleh jelas kelihatan di atas telinga sebelah kanan Mak. Tiada rambut. Sembab. Muka Mak membengkak beralih ke warna ungu menyebabkan wajah Mak sukar dikenal pasti.

Mak terlantar di wad kecemasan. Koma. Sejujurnya, tidak banyak yang Melor tahu akan keadaan Mak melainkan dengan mencuri-curi dengar perbualan Abah dengan pelawat yang datang untuk melawat Mak. Kata Abah, doktor maklumkan peratusan hidup Mak adalah sipi-sipi, 50/50, separuh masak. Kalau Mak dapat teruskan hidup sekalipun, Mak akan hidup merana.

Dalam gusar hati Mak tidak sedarkan diri, Melor masih gigih angkut beg berat tong gas ke sekolah. Masih bergurau dengan teman-teman. Adakala dia cuba-cuba juga untuk mencari seseorang dijadikan tempat meluahkan apa yang terbuku di hati, but what do you expect from a classmates? Akhirnya, niat ini dibatalkan begitu sahaja dan diteruskan dengan bergelak ketawa.

"Tuhan, sekiranya kesakitan itu dapat disembuhkan dengan kematian, sila ambil Mama. Aku bersedia," Disujud terakhir Melor bercakap dengan Tuhan.

1 Ramadhan

Tuhan makbulkan.

Perempuan Anggun pulang dalam keadaan tersenyum.

Selasa, Maret 07, 2017

Random: &%*$

Adakala keseluruhan anggota aku telah bersedia untuk gerak kehadapan, tetapi kenangan buat aku jadi bermalas-malasan mahu tetap menulis perihal masa lampau. Perihal orang-orang yang tidak lagi wujud di garis masa. Padahal orang-orang ini betapa tidak berhati-perutnya menyentak rasa. Dan kita terus menerus saling menyalahkan antara satu sama lain. Dengan betapa kerasnya kepala aku untuk berhenti bertengkar dan akui kesilapan.

Berambuslah cepat,
Mai Radhi

Minggu, Maret 05, 2017

Random: Agama

Aku berharap Tuhan tidak palingkan hati aku setelah aku berjumpa dengan puak-puak menentang idea bertuhan. Yang was-was akan kewujudan syorga dan neraka. Yang merasakan agama hari ini terlalu jumud dan perlukan jalan alternatif untuk bernafas dengan lebih baik. Nampaknya perjalanan menuju Tuhan ini semakin mencabar dan penuh tanda tanya. Complicated.

Mereka perlu menerima idea-idea bertuhan aku seperti mana aku meraikan pendapat mereka (walaupun aku tidak bersetuju). Mereka tidak boleh memperlekehkan apa yang setelah sekian lama aku yakin untuk menganuti agamaku. Bahkan aku menganutnya bunga-bunga keyakinan nan segar. Aku yakin kenapa diakhirnya memerlukan aku hidup dengan memakai pakaian agama, aku yakin dengan apa yang dibenarkan dan dilarang oleh agamaku. aku yakin dengan kehidupan akan datang.

Boleh jadi aku sok suci. Tapi berbuat dosa. Pakai pakaian agama, masih duduk di ruang kejahanaman. Mungin ini yang telah mengganggu fikiran kau; yang menyebabkan kau membenci orang yang menganuti agama - kerana mereka (orang beragama) tidak melakukan hal yang seiring dengan apa agama mereka sarankan. Wujudnya puak-puak agama yang menghukum manusia secara membabi-buta membuatkan kau merasa mual dan merimaskan.

Kenapa sih tidak boleh kita berdamai dan bersatu? Tidak saling tuding-menunding? Kenapa kita tidak boleh hidup dalam satu masyarakat yang langsung tidak mempertikaikan bagaimana cara kau perlu hidup? Kenapa mesti kita berpecah kerana agama dan tidak beragama? Kenapa mesti kita asing-asingkan diri kita? - Adakah sebab kita merasa diri kita terlalu baik? Dan orang lain perlu ikut dan tunduk dengan cara kita beragama?

Dia datang lagi,
Mai Radhi

Sabtu, Maret 04, 2017

Melur Radhiallah & Jamal Soya (2)

Kami duduk menikmati kopi panas sambil membaca buku di bukit teh sebelum dia lepaskan lelah lalu berkata,

"Kalau kau tak lepas lalu tali tu nanti, u should know what the reason is,"

Tak. Aku tak lari rumah. Abah tahu aku berada di mana sekarang. Malah hampir setiap malam menjadi rutin sebelum tidur, kami akan berbual-bual kecil menggunakan aplikasi whatsapp. Bertukar cerita dan bertanya khabar. Perihal kereta usang Abah yang memakan amuk, perihal Jebat yang sering pulang dengan anak berudu, deruman mesin basuh yang sering termati-kata, ... Bila pagi datang, aku akan menguntumkan ucapan selamat dan potongan doa pagi buat bekal Abah jalani hari dengan damai.

Aku selesa dengan diri aku sekarang, dengan apa yang aku bangunkan.

Buku yang sebentar tadi menjadi pemisah ruang antara kami diletak sebelah kanan kopi. Kini, seluruh tubuhnya benar-benar berkiblatkan aku. Aku turut beri kerjasama dengan menyambut renungan anak matanya.

Diam.

"Kau selesa dalam hal melarikan diri ?,"

Ah!

Cepat aku menghantar anak mata ke lapisan kek keju.

"Sedarkah kau bahawa kota-kota yang engkau bangunkan ini adalah penghalang paling celaka untuk tembusi dunia luar, Melur."

*********

Jumat, Maret 03, 2017

Rasa lapar datang mengunjungiku lagi anata

Rasa lapar datang mengunjungiku lagi anata
Ia menggeledah seisi perutku dengan rakusnya
Kejap ia ke kiri menendang-nendang usus kecilku
Kejap ia terberhenti mencari sesuatu
Organ perutku pun makin menjerit pedih
Menegangkan salur darahku
Aku jadi kaget anata
Aku jadi tidak keruan

Please anata,
burger chicken muffin
without egg & coffee;
satu.

Kamis, Maret 02, 2017

Random: Office (1)

Anggerik memberitahu aku dia tidak berapa minat dengan cheese. 

"I can't go with cheese tart. The taste is weird,"

"What if cheese cake?," Tanya aku.

"Anything related to cheese is not tasty," Jawab Anggerik.

"What if 'Ciss bedebah'?," Tanya aku lagi.

Aku mengharapkan dia ketawa dan selangkan dengan carutan sebenarnya. Tapi benda ini tak terjadi. Haha. Atau lebih tepatnya dia tak faham. Hmm penat aku kasi punchline.

Rabu, Maret 01, 2017

Orang senang dilarang bersedih

Aku sedang bersedih. Tapi disebabkan aku masih sihat dan kelihatan baik-baik sahaja; aku dilarang untuk bersedih. Bagi mereka, masalah aku tidak kritikal; selagi ia tidak berkait dengan hidup dan mati. Kerana bagi mereka aku ada semua; masa, harta, pangkat, kegembiraan. Fahaman mereka ini membuatkan aku menjadi semakin sedih.

Aku sunyi sebetulnya. Dan aku tidak malu untuk mengakui betapa sunyi telah menyelubungi seluruh pemikiranku. Mengganggu letak tidurku. Aku mau lekas-lekas sambung belajar dan kembali bersosial seperti dahulu. Kembali sibuk dengan thesis-thesis, bahan bacaan, dengan statistik yang memenatkan. Kembali habiskan masa di perpustakaan. Ketiduran di sofa merah. Aku suka menyusahkan diri dengan belajar. Belajar adalah separuh jiwa aku.

Aku bosan hidup sebagai orang dewasa yang tiap hari bangun adalah untuk merungut betapa sesaknya jalan raya, tidak cukup tidur kerana anak buat hal, demotivated disebabkan kerja suri rumah. Fuck you, dude! Aku tak datang ke office untuk dengar semua shit problem kau!

Tunggu nanti sesuatu yang baik akan datang.

Siotlah! March sepatutnya disambut dengan positif vibe.

Yang tak berapa senang tapi bolehlah,
Mai

Random: Jalan Raya

Aku kerap kali cuba cari sebab kenapa perlu ada perasaan marah dan ketidak-puasan hati akan kesesakan lalu lintas; tapi jarang jumpa. Aku tidak jumpa kenapa aku perlu memaki hamun lalu lintas ini terlalu sumpet dengan kereta yang berbondong-bondong. Adakah ia berkait dengan masa? Atau rasa penat yang telah mengerumuni otot badan? Atau wang yang mengalir keluar hasil penggunaan minyak dalam masa menunggu?

Melihat Melur dengan muka cemerut, X yang sering marah-marah, Abah yang membungkam; dek kegagalan trafik bergerak seiring dengan kemahuan mereka, membuatkan aku ikut sebel. Tidakkah mereka nampak, betapa bagusnya waktu ini untuk dihabiskan bersama?

X, misalnya. Daripada kau membebel dan menukar mood kereta menjadi tegang; alangkah bagusnya jika kita dapat berborak akan hal-hal masa depan? Hal seperti rumah bagaimana akhirnya akan kita laburkan, makanan apakah yang akan kita saling membantu untuk melengkapkan rasa, hal-hal kesatuan, impian. (Tak apalah, kita pun dah berpisah, dah ada jalan masing-masing)

Tetapi itulah, mereka memilih untuk bangkitkan suara sumbang betapa sialnya orang yang tidak memberi signal, memekik kepada pemandu lori yang lembab menukar line, mengherdik pemandu motor yang mencilok masuk ke garis sendiri. Ah celaka betul mereka ini!

Sebel gila babi,
Mai