2/28/2017

Random: Aku & Buku

1. Semasa aku di usia belasan tahun, aku sering pulang dari toko buku dalam keadaan kecewa kerana tidak mampu memiliki buku yang aku ingin baca. Pada tahun itu juga, ntah kenapa tiba-tiba toko-toko buku ini mula membalut buku mereka dengan plastik lut sinar. Duh sebel betul. Aku masih ingat aksi curi-curi membuka pembalut di penjuru ruang untuk habiskan membaca buku Mitch Albom: The Time Keeper.

2. Tahap sintingnya aku terhadap buku adalah memiliki tiga buah buku yang sama tajuk, sama saiz, sama jenis, keseluruhannya sama. Yang mana aku simpan ketiga-tiga buku ini atas sebab sayang nak jual semula/bagi orang lain. Malah ia bukan untuk satu tajuk sahaja, seingat aku lebih daripada tiga.

3. Sebenarnya buku-buku ini aku simpan untuk dihadiahkan kepada teman (secara rawak). Aku ada tabiat buruk iaitu memaksa orang membaca buku-buku kegemaran aku. Aku nasihatkan jangan bertanya perihal buku kalau kau mudah annoying dengan orang yang annoying. Sebab nanti aku terarah untuk pinjamkan buku aku; kemudian ajak open table dengan paksaan. Kemudian aku akan menghantui kau dengan annoyingnya! Fatimah selalu jadi mangsa.

4. [PERHATIAN] Mencuri adalah perbuatan berdosa. Cuma waktu itu aku tidak dapat menahan diri. Buku Bob Dylan: Tarantula berada di dalam longgokan buku-buku langka di tangga hujung sekolah. Menurut pandangan aku, keberadaan buku ini seakan mahu dilupuskan kerana perpindahan pusat sumber ke bangunan baru. Daripada dibuang, aku kira lebih baik ia diletakkan ke dalam rak buku aku di bahagian koleksi buku langka. Haha!

5. Sekali lagi, [PERHATIAN] mencuri adalah perbuatan berdosa. Kali ini di matrikulasi. Cuma bezanya aku maklumkan kepada Wan Shakila akan niat aku untuk memiliki buku langka yang bertajuk Against Emptiness. Buku ini aku terjumpa di rak surau. Sebagai manusia yang waras (Wan Shakila ini baik orangnya dan kami tidak mengenali antara satu sama lain - hanya sebagai teman kuliah), beliau tidak mengatakan tidak mahupun ya. Keesokan harinya, buku ini berada bersama aku.

6. Aku pernah menghadiahkan buku kisah pembunuhan kepada lelaki yang aku minati. Ehsan, namanya. Untuk memberitahu betapa kagumnya aku terhadap kebolehan dia menguasai minda aku, aku hadiahkan buku Sepuloh Nama - Sahidzan Salleh. Di muka hadapan buku, aku titipkan puisi pendek yang berbunyi, "Duduk diam-diam dalam hati aku, atau pergi; kau aku bunuh." Cuma tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.

7. Aku bukan pembeli buku yang semberono selepas membaca tips-tips membeli buku. Untuk setiap buku yang aku miliki; aku belajar untuk mengingat dengan siapa aku beli, dekat mana, apa yang terjadi, resit pun masih ada lagi. Misalnya buku keluaran underground Kerat Studio; Batu Ketiga Dari Matahari. Buku ini sebetulnya aku tempah dari Hana tetapi aku memungkiri janji. Aku hilang. Beberapa tahun kemudian, Hana war-warkan di twitternya untuk menjual buku ini. Aku muncul semula - beli. Kami berjumpa di #BOCO10. Fatimah menemaniku. Lihat. Aku belajar untuk mengingat :)

Aku akan sambung untuk 8,9,10 kalau ada poin lagi.

Sami'na wa atho'na,
Mai Radhiallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan