Selasa, November 22, 2016

Tulis rancang

1. Sedang mengumpul bahan untuk lelaki bernama Christopher Johnson McCandless. Bahan utama aku dari buku yang tulis oleh Jon Krakauer, kemudian diadaptasikan menjadi filem. Nice to know him - tulisan akan diterbitkan di 750words.com dan akan dikongsi di laman Facebook.

2. Oh ya, tarikh tutup pendaftaran sarjana untuk penggal Februari depan adalah hari ini. Rahwani, perempuanku bertanya, jadi apa seterusnya Mai ?

3. Seterusnya adalah pertemuan di Johor, Rahwani sayang. Aku akan mengambil roadbike di Senai untuk dibawa pulang ke Meru. Perancangannya, untuk bulan sebelas duabelas ini biar aku training di semenanjung dahulu, sebelum membuat keputusan angkut basikal ini ke Borneo. Kalau Tuhan izin dan keberanian datang, 14-hari Borneo's Roadtrip adalah hal yang aku tunggu-tunggu selama ini.

4. Tiga December nanti tolong ingatkan aku, aku perlu pergi Damansara untuk showcase Payung Teduh. Bagaimana aku mau ke sana, masih berfikir lagi. Yang penting tiket sudah beli.

5. April tahun depan, Coldplay akan datang ke Singapore. Please Mai, Please. Jangan buat kerja gila pergi sana seorang diri, Please. Tengoklah nanti macam mana.

6. Pada awalnya, balik daripada Johor, pagi ahad tu aku nak terus shot ke UKM. Nak bawa Ali pergi tengok teater. Cuma itulah, takan nak angkut sekali roadbike aku kan?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar