11/20/2016

Rakyat Marhean di Perhimpunan Haram


1. Kata Gie (Catatan Seorang Demonstran, h. 121), dalam politik tiada moral. Baginya sendiri politik adalah barang yang paling kotor, lumpur-lumpur yang kotor. Tetapi suatu saat di mana kita tidak dapat lagi menghindar diri, maka terjunlah. Kadang-kadang saat ini tiba, seperti revolusi dahulu.

2. Seperti mana yang lain membaca novel cinta kemudian terarah untuk bercinta, begitulah aku selepas membaca catatan-catatan Gie. Nasfuku menjadi buas membuak-buak. Namun, memikirkan di waktu itu (tahun 2015) aku masih dalam pengajian dan terikat dengan kontrak, nasfu ini perlu dididik, sabar. Tidak silap aku, di tarikh itu aku berada di Cambodia.

3. So?

4. I walk alone. Follow my instinct.

5. Mendengar/membaca bahan media massa dari saluran tradisional (baca: tivi, radio dan surat khabar) buat aku cuak dan hampir-hampir batalkan niat. Cuma itulah, instinct against everything. Aku berjaya masuk ke Jalan Bangsar bergelumangan dengan ribuan orang ramai.

6. Berdasarkan pemerhatian aku (poyo mai poyo), mereka ini datang dari pelusuk negeri. Ada berkumpulan. Ada individual, aku misalnya. Aku tertarik dengan mereka yang datang berkumpulan. Dalam keramaian ini yang masing-masing nampak serupa, bendera menjadi tanda. Bendera Sabah, Sarawak, Johor, Kedah, Terengganu dan lain-lain bendera yang mewakili persatuan tegak berdiri. 

7. Ada juga kumpulan yang mewakili mahasiswa memakai head-ban dan memegang sepanduk-sepanduk protes. Well, disebabkan aku bukan lagi mahasiswa aku rileks kat tepi sehinggalah datang pasangan melayu menegur aku dan kami setuju untuk bergerak bersama.

8. Pasangan melayu ini agihkan sepanduk saiz A4, lukisan Fahmi Redza. Alang-alang aku minta satu. Disebabkan aku datang untuk pengalaman, aku pilih lukisan yang play-save dengan slogan - "Rakyat Cengkam Koraptor Kejam". Ya koraptor memang kejam pun.

9. "Dtudtuk-dtudtuk," Kata Ah Seng, Mei Lin, Lim Chua, dan rakan-rakan 'seperjuangan' yang lain arahkan orang hadapan duduk. Sementara menunggu pihak hadapan membuat rundingan - peserta di jalan raya bawah lrt Bank Rakyat-Bangsar. Dihiburkan dengan chant dan cheer dari MC, diselang-selikan dengan ucapan ketua-ketua. Speaker terbahagi kepada dua. Di bahagian hadapan dan belakang. Aku bersama di belakang. Selain buku, ucapan juga satu hal berbahaya. Semangat-semangat dihidupkan, ini dia memontum seorang ketua!

10. Hampir satu jam juga sebelum mulakan perarakan. Sebelum melepasi speaker hadapan, MC membuak-buakkan lagi semangat peserta dengan cheer dan pesanan-pesanan pendek seperti dahulukan orang tua, jangan buang sampah, dll.

11. Selain melawan penguasa, peserta juga melawan kepanasan terik matahari. Jam dua belas tengahari, bayang-bayang betul-betul di kaki. Kami berhenti sebentar di bawah flyover jalan masuk ke KL Sentral. Lagipun pihak hadapan sedang berunding untuk menggunakan jalan tersebut masuk ke Dataran. Aku difahamkan pihak FRU telah berbaris menyekat.

12. Beberapa minit kemudian, Ambiga muncul betul-betul dihadapan tempat kami duduk. Di waktu ini ada sebahagian daripada barisan hadapan telah berpatah balik kemudian membuat lencongan ke arah NU sentral.

13. Ambiga membuka ucapan. Katanya, rundingan gagal. Mereka akan tamatkan disini. Maksudnya dibawah flyover jalan ke KL sentral. Walaupun rundingan untuk masuk ke Dataran gagal, kata Ambiga satu lagi kumpulan besar di Pasar Seni berkumpul. Di waktu ini pasukan mahasiswa dan anak muda telah berpatah-balik dari arah Dataran dan membuat lencongan ke arah NU Sentral.

14. MC mengambil tempat Ambiga. Katanya solat zohor dahulu, kemudian program akan diteruskan dengan ucapan dan chanting. Mungkin inilah yang tivi tiga cakap, perhimpunan hambar. Mungkin.

15. Tidak sampai beberapa saat kemudian, Lim Guan Eng dalam dari arah bertentangan ini juga membuat lencongan ke NU Sentral tetapi dibawa oleh pasukannya di arah tempat Ambiga berucap tadi. Aku sangkakan Lim Guan Eng akan naik, tetapi Adam Adli yang memegang mic.

16. Kata Adam Adli, perhimpunan ini tidak akan diselesaikan disini, pasukan mahasiswa akan lead ikut dalam Pasar Seni. Cuba jalan lain. Kau bayangkan betapa stressnya disaat ini hendak buat keputusan yang rasional. Seorang kata kita sudah menang; habiskan disini. Seorang lagi kata kita cuba lagi jalan lain. Benda ini wujud dimana-mana sebenarnya; decision making. Kata Adam Adli, tiada ketua disini. Semua ketua kepada diri sendiri. Dalam 30 minit, beliau meminta semua dapat bersama-sama berjalan ke arah Brickfields.

17. Adam turun, Lim Guan Eng pula naik; berucap.

18. Selepas pihak atasan buat keputusan, sekarang giliran aku pula buat keputusan; mana satu aku nak ikut? Teruskan atau duduk sini atau pulang? Aku tanya pasangan melayu tadi perancangan mereka, dari awal aku sedia maklum yang mereka hanya sertai perhimpunan ini sekerat hari sahaja semasa kami berborak tentang cuaca. Mereka balikkan semula pertanyaan tadi kepada aku, tanpa berfikir lagi aku beritahu aku mahu teruskan ke Pasar Seni. Kami bersalam dan bertukar nama (sepanjang kami bersama kami tidak tahu nama satu sama lain), aku maju ke lencongan NU Sentral. Kali ini aku betul-betul walk-alone.

19. Gerak sendiri, sambil pegang sepanduk guna tangan kiri yang diikat hand-band sesuatu yang boleh membunuh diri sebenarnya. Dengan keadaan berpecah-pecah, masing-masing mengikut haluan sendiri. Aku teruskan berjalan dan menegur seorang perempuan cina, auntie. Dia-pun buka cerita sampaikan keluh kesah dia mengenai kerajaan, sehingga kami sampai di area hadapan NU Sentral. Dia mahu minum teh tarik katanya, aku duduk sebentar - gogok botol mineral dan minta diri untuk teruskan jalan.

20. Ntah mana-mana tah jalan kecil elak penguasa aku jalan sehingga sampai satu terowong  ke jalan Pasar Seni. Waktu ini masing-masing (yang dari Jalan Bangsar) telah bersorak bahagia. Kami akan bergabung dengan satu lagi kumpulan besar di Pasar Seni.

21. Dalam berjalan ini aku bertemu dengan bermacam-macam orang. Kalau ada yang bertanya mahu lihat sepandukku, aku hanya suakan tanpa suara dan senyuman. Penat juga sebenarnya.

22. Masuk ke arah area Jalan Hang Tuah aku mengiringi kumpulan anarchist dengan slogan - "Kannabis Lebih Aman Daripada Koruptor". Aku tinggalkan anarchist ini, sebab aku jalan laju hahaha. Aku tak tahu macam mana nak jalan slow. Di waktu ini, kawasan area Jalan-Ntah-Aku-Sendiri-Tak-Dapat-Tentukan sesak! (Yang aku tahu atas aku ada LRT tengah bergerak sehaluan). Dua kumpulan dah bergabung. Lagi sekali pihak hadapan berpatah balik dan buat lencongan ke arah KLCC, aku di antara yang berada di hadapan.

23. Bertembung dengan Nurul Izzah dan kuncu-kuncunya.

24. Touch-down, KLCC. Sebenarnya aku tak sangka juga rally ini ke arah KLCC. Seperti yang kau nampak di media sosial, puluhan ribu orang turun. Chanting, cheers, dan ucapan-ucapan ketua parlimen. Nurul Izzah, Wan Azizah, Parlimen Ampang, Ambiga, Lim Guan Eng, dan ramai lagi. Dalam keadaan macam ini speaker diy kurang beri kerjasama. Sekali lagi, Chong Mei Lin dan rakan-rakan teriak 'dtudtuk-dtudthuk'.Kumpulan-kumpulan keselamatan pula giat mengingatkan peserta jangan buang sampah merata-rata. Dan para peniaga giat menjaja air mineral. 

25. Selepas azan asar, kumpulan mula berpecah. Mula berselerak. Aku masih duduk sehinggalah keadaan semakin ramai orang, aku berdiri kejap - keadaan kembali tenang dan sekumpulan cina perempuan tegur aku. Kami duduk di area berdekatan. Ucapan diteruskan dengan Muhyiddin dan Mahathir. Aku tak gemar sangat sebenarnya, masing-masing nampak eksited.

26. Aku mula tegur lelaki belakang kiri aku, kami berborak-borak kejap. Dia bukak cerita, bertukar-tukar pertanyaan. Jam lima langit mula mendung. Kami masih duduk sehingga disimbah air (bukan dari FRU, tetapi dari Maha Pencipta).

Aku pernah duduk mendokong haluan kanan, kali ini berada di lautan manusia kiri.

(Kalau ada masa aku akan teruskan menulis untuk apa yang sebenarnya aku mahu dari perhimpunan ini. Selain daripada main reasons: experience, aku ada dua tiga idea kenapa perhimpunan ini penting dan perlu disahut oleh rakyat.)

Rakyat Marhean,
Mai Radhiallah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan