Rabu, Oktober 12, 2016

Workout gone wrong

1. Akhir-akhir ini kondisi kesihatan aku tidak berapa memuaskan. Boleh jadi akibat salah rentak semasa workout tempoh hari. Aku terlalu memaksa untuk habiskan larian 9km walaupun pergelangan kaki kanan sudah berdenyut. Kesudahnya menahanlah rasa sakit sehingga sekarang.

2. Daripada kurus, aku lebih mementingkan momentum semasa ber'roadtrip' nanti. Momentum ini perlu pupuk melalui workout setiap hujung minggu. Oleh itu, nafsu makan yang menjadi-jadi ini aku layankan sahaja. Full set lengkap sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam, supper; semua aku bedal.

3. "Banyakkan minum air kosong. Kurangkan ais dan air manis."

4. Sesampai sahaja di 99 Meru Indah terus aku gogok 100plus sejuk; Cold water is helluva drug. Sebab "Drug is something that causing changes in behavior and often addiction" (Dictionary.com,2016). Kopi Nam Yang Oldtown White Coffee adalah minuman sejuk paling menyegarkan yang pernah aku nikmati. Slurrp!

5. Lagu kegemaran semasa workout; Training Hard, Win Easy

#MaiOnMission
#MelurRoadTrip

Tidak ada komentar:

Posting Komentar