Jumat, Oktober 21, 2016

Malam terlalu malam

1. Akhir-akhir ini aku kurang membaca dan menulis. Selalunya pulang dari seharian di luar akan dilangsaikan dengan terbongkang tidur. Begitulah hari-hari yang berikutnya. Ya. Masa berjalan dengan pantas sekali sehingga bulan Oktober pun hampir menyelimutiku dengan lagu hujannya.

2. Kurang sebulan lagi untuk menemuni hari graduasi. Awal-awal lagi aku beritahu teman yang telahku jemput datang supaya jangan hadiahkan jambak bunga; aku ada alahan. Lagipun daripada bunga, aku lebih ghairah dengan kek. Bawa kek.

3. Semalam aku baca blog alepfgz, dia kata tiap kali dia mula ayat dengan perkataan 'entahlah', seekor anjing mati kena langgar. Pagi tadi masa dalam perjalanan ke tempat kerja ada seekor anjing mati kena langgar. Jadi aku memasang harapan agar dia berhenti mulakan ayat dengan 'entahlah' demi kesejahteraan anjing-anjing liar di luar sana.

4. Quote of the day: The best way to kill an idea is to take it to a meeting.

5. Song of the day: N/A

6. Outfit of the day: Tudung bawal flip belakang, kasut hitam  seluar slack guna dua kali, baju hitam, stokin kaler warna warni, buh blusher, buh kening, buh gincu pelembab; settle.

7. Feeling of the day: Hungry chicken.

8. Status of the day: N/A

9. Whatsapp message of the day: Sihat?

10. Wish of the day: Please December come true!

2 komentar:

  1. Bercakap tentang anjing. Aku baru je 'langgar' anjing 3 minggu lepas. And aku agak trauma dengan itu. Hurmm

    BalasHapus
    Balasan
    1. Apa maksud 'langgar' kau ni ? Haha please jangan cakap kau tersentuh anjing please.

      Hapus