Sabtu, Oktober 01, 2016

International Coffee Day - Let's talk about coffee and me

1. 2:1:1 (Kopi, Gula, Kremar). Krema ini boleh digantikan dengan susu segar; rasanya akan lebih lemak. Masukkan chia seed untuk lebih advance. Ada kawan aku masukkan daun herba untuk dapatkan sebuah 'pengembaraan'. Terpulang kepada kretiviti seseorang. Waktu ini kau boleh gunakan segala quote kehidupan, Try and error. Once on my life. Berani buat berani tanggung etc.

2. Pendapat aku kopi juga mempunyai proses sebelum, semasa dan selepas. Sebelum - merujuk kepada waktu pembikinan. Semasa - lebih kepada mengkaji attitude peminumnya dan selepas mungkin agak gila; bau urine. Aku agak tertunggu-tunggu untuk lepaskan urine pertama selepas pengambilan kopi. Setelah berkali-kali mencuba, aku membuat konklusi bahawa kekuatan bau urine adalah  mengikut jenis kopi yang diminum. Dan setakat ini Nescafe mengungguli carta.

2.1 Mungkin aku silap, selepas membuat pembacaan (google sebenarnya haha) Kidney manusia tidak boleh digest caffeine, lebih banyak caffeine yang kita ambil menyebabkan urine kita berbau kopi.  Dan sekali lagi, setakat ini Nescafe mengungguli carta.

3. Diperbodohkan oleh secawan kopi. Mungkin boleh dipanggil hirupan terakhir yang mengecewakan. Nampaknya hirupan pun boleh mengecewakan bilamana sedang leka-leka buat kerja tahu-tahu cawan telah kosong. Sebel. Hal ini ada kala mempengaruhi kau untuk membancuh kopi yang kedua ketiga sehingga berderet kesemuanya di meja.

4. Cat-poo Coffee, Kopi Tahi Musang, Luwak Kopi - nama yang berbeza dan merujuk kepada kopi yang sama. Perbezaan nama ini adalah tempat pemprosesan kopi itu sendiri. Cat-poo datang dari Amerika, Kopi Tahi Musang mungkin Malaysia yang beri nama berdasarkan artikel berita harian yang mengwar-warkan Kopi Tahi Musang ini difatwakan halal. Luwak Kopi pula dari Indonesia.

4.1 Dari ketiga-tiga kopi ini, aku pernah ambil Luwak. Cara penyajian juga turut membezakan rasa berat dan ringannya kopi itu. Evaporation dan segala datuk nenek ntah apa apa tapisan sutera depa buat, warna mereka tetap sama; hitam. Dan untuk sekali seumur hidup, kopi memang sedap untuk dicuba.

5. Term coffee date adalah untuk orang-orang yang duduk dan menikmati kopi bersama-sama kemudian menselang-selikan borak-borak kehidupan.

6. Aku dah masuk stage gemarkan minuman panas. Kau tahu apa maksudnya ?? 

*Senyum
Mai Radhiallah

2 komentar:

  1. 6, Kau mula suka coffee dengan gaya lelaki?

    BalasHapus
    Balasan
    1. maksudnya aku dah tua la ren haha

      Hapus