Sabtu, Oktober 08, 2016

Counting days; to meet Mama

Rutin hujung minggu kami adalah melawat rumah Mama. Sekejap pun jadilah lepaskan rindu pada batu dan tanah. Kata kebanyakkan orang, orang yang baik-baik selalu pergi cepat. Soe, Abdul Wahib, Meng, Ammar; meninggalkan dunia seawal umur dua puluhan - masih muda jagung. Aku percaya manusia adalah khalifah yang dilahirkan untuk menyempurnakan misi. Apabila misi mereka selesai, Tuhan akan mengambilnya. Begitu juga nama-nama yang aku sebut tadi; masing-masing mempunyai keperibadian yang elok dan berwibawa.

Termasuk Mama.

Kami sekeluarga mempercayai kehidupan selepas mati. Orang-orang mati akan berdepan dengan kebenaran (yang selama ini tersimpul). Kehidupan selepas mati ini juga nanti adalah kekal dan selama-lamanya. Memakai falsafah do good things, deserve good things. Membawa maksud sekiranya kau berbuat baik kesudahan kau adalah baik. Pegang pada ini kemudian datanglah sesetan mana sekalipun ujian - jiwa akan lebih tenteram.

3:159 - Do your best, rely upon God & God will do the rest.

Mama adalah guru falsafah yang mengajar kami sekeluarga dengan tertib. Walaupun banyak lagi perlu diperbaiki, basic life kami diperkukuhkan dengan pengalamannya. Benih ditabur, baja dikasi - selebihnya perlu ikthiar sendiri. Tidak sabar sebenarnya nak berjumpa dan berpeluk. Sikit sahaja lagi.

We miss you,
Alang

1 komentar:

  1. Anonim01:05

    Buat aku ketagih ulang baca dan tertunggu-tunggu tulisan baru.

    BalasHapus