Sabtu, Oktober 22, 2016

Bagaimana pagi sabtu harus dimulakan?

1. Pagi sabtu harus dimulakan dengan secawan nescafe dengan nisbah 1:2 sambil anggukan kepala layan musik-musik ghibli. Kalau pagi ini cuasa hujan, anggaplah ia anugerah dan rahmat Tuhan, damaikan dengan rasa syukur.

2. Senyum. Senyum penting!

3. Bergurau senda dahulu dengan teman serumah atau adik beradik - penuhkan ruang dengan gelak ketawa. Nyah-hapuskan sikap baran tak tentu fasal. Rumah seharusnya menjadi tempat perteduhan yang aman. Jadi setiap kali masuk rumah, kau patut tinggalkan baran yang tidak selesai di rak kasut luar. Biar baran tu kawan dengan kasut. Okey ?

4. 5 hari cukup kau berada diluar, dalam 5 hari ini juga rumah lebih kurang macam tempat persinggahan yang mana kau mandi, tukar baju dan tidur. Jadi sabtu adalah.......... Laundry time !!!! Omg omg ! Lipat kain segunung sambil menonton movie adalah scene yang aku selalu buat. Ya boleh dipraktikkan.

5. Kemudian masuk bilik sambung kerja kapitalis.

#DoneTulis,
Mai Radhiallah

Jumat, Oktober 21, 2016

Malam terlalu malam

1. Akhir-akhir ini aku kurang membaca dan menulis. Selalunya pulang dari seharian di luar akan dilangsaikan dengan terbongkang tidur. Begitulah hari-hari yang berikutnya. Ya. Masa berjalan dengan pantas sekali sehingga bulan Oktober pun hampir menyelimutiku dengan lagu hujannya.

2. Kurang sebulan lagi untuk menemuni hari graduasi. Awal-awal lagi aku beritahu teman yang telahku jemput datang supaya jangan hadiahkan jambak bunga; aku ada alahan. Lagipun daripada bunga, aku lebih ghairah dengan kek. Bawa kek.

3. Semalam aku baca blog alepfgz, dia kata tiap kali dia mula ayat dengan perkataan 'entahlah', seekor anjing mati kena langgar. Pagi tadi masa dalam perjalanan ke tempat kerja ada seekor anjing mati kena langgar. Jadi aku memasang harapan agar dia berhenti mulakan ayat dengan 'entahlah' demi kesejahteraan anjing-anjing liar di luar sana.

4. Quote of the day: The best way to kill an idea is to take it to a meeting.

5. Song of the day: N/A

6. Outfit of the day: Tudung bawal flip belakang, kasut hitam  seluar slack guna dua kali, baju hitam, stokin kaler warna warni, buh blusher, buh kening, buh gincu pelembab; settle.

7. Feeling of the day: Hungry chicken.

8. Status of the day: N/A

9. Whatsapp message of the day: Sihat?

10. Wish of the day: Please December come true!

Rabu, Oktober 19, 2016

Melati & Lebah Madu

"Honey bees are the only species of bees to die after stinging."

Then apa relatednya dengan manusia? Tanya aku terpinga-pinga. Dengan tenang Melati jelaskan pada aku bahawa lebah madu ini diibaratkan seperti toxic people. Selepas dia menyakitkan hati, diakhirnya dia akan mati - Melati memaksudkan mati ini adalah berlalu pergi. Aku jadi teruja dengan gelojoh bertanya betul ke toxic people ini akan mati? Yang betul-betul mati tu?

Haha aku masih ingat wajah Melati bertukar riak memarahi aku. Kata Melati dilarang sama sekali mendoakan keburukan atas orang lain sebab Melati percaya kalau kau doa yang tidak-tidak untuk seseorang, Tuhan akan kembalikan doa itu kepada kau. Aku ingin meluahkan pada Melati bahawa aku manusia. Hati aku kotor. Cuma diakhirnya aku simpan sendiri dan tersenyum sendiri.

Mai, mai. 

Keep loving yourself,
Mai Radhiallah.

Minggu, Oktober 16, 2016

Di tebing - yang engkau lepasi garis.

Malam sudah terlalu malam dan rasa penat telah mengelabui mata kita kang. Di waktu-waktu ini, kita lebih menghargai tilam dan selimut nan empuk daripada meneliti perbualan panjang. Aku akui kerap kali menggantung perbualan kita lalu memilih terus terjun dalam mimpi. Yang mana engkau berlembut menikmati kelemahanku; terus berdikit-dikit mengajar aku mencintai kelemahan kita kang.

Hari-hari dan masa-masa kita tiada titik pertembungan kang. Aku dengan duniaku, bahkan engkau tidak aku tahu kondisi di mana. Kita hanya berhubung lewat laman decip yang mana itupun telah kita simpulkan pelbagai persoalan aneh perihal hidup. "Aku pasti kecekalan akan menuntunmu kang,"

Di tebing - yang engkau telah melepasi garis. Kalau kematian nan datang menjemputmu kang, itu biasa. Kalau engkau yang menjemput datang kematian; berat sekali sumpahanmu kang. Raikan bukan selalu dengan kebahagiaan menipu diri. Raikan dengan sabar; kebahagiaan akan datang. Mengucup pipi engkau kang.

Yang Tekun Belajar Perihal Kang,
Mai Radhiallah


Sabtu, Oktober 15, 2016

Falsafah Kematian: Selasa Bersama Morrie

Once you learn how to die, you learn how to live.

Bagaimana mati dapat menyadarkan kita bahawa hidup adalah suatu yang perlu dinikmati dari setiap sudut inci. Dengan adanya kematian barulah manusia merasa benar-benar hidup. Dengan adanya kematian barulah manusia lebih ghairah menghidupkan hidup kerana dihujung hidup mereka akan temui mati. 

Aku sedang memanjat ke titik kemuncak umur dengan cara tersendiri; uang-ku bertaburan. Makananku melimpah ruah. Sahabat-sahabatku adalah orang yang senantiasa meluangkan keasyikan nikmat dunia bersamaku - perempuan seksi, tegukan air, mesin kasino. Bahkan kerjaya telah mengangkat namaku dalam kalangan masyarakat. Mereka menjulang-julang pangkatku sambil memuji-muji kebijaksanaan ini. Iya! Aku sedang memanjat ke titik kemuncak! Akan aku kibarkan bendara kemasyuran setelah sampai di titik sana nanti !

Namun kata Morrie, kemasyuran ini (perempuan, pangkat, harta dll) akan terhijab setelah aku menemui mati. Kemasyuran seperti ini hanya ilusi. Tidak kekal. Hanya sementara. Akan hilang. Terhapus. Mati. Mati. Malah kemasyuran ini akan membuatkan aku mati sebelum mati. Kalau tersentak terngeladah; carilah jalan keluar untuk berdamai dengan mati.

Banyak sekali orang yang hidup dengan kehidupan yang tidak bermakna. Mereka seolah-olah berada dalam keadaan separa sadar walapun mereka sedang sibuk melakukan perkara-perkara yang mereka fikir adalah penting. Sehingga malam datang menguncup pipi mereka dengan keluhan betapa cepatnya masa berlalu. Setiap hari adalah rutin yang sama. Ini adalah kerana mereka mengejar perkara yang salah.

"The way you get meaning into your life is to devote yourself to loving others, devote yourself to your community around you, and devote yourself to creating something that gives you purpose and meaning."

Morrie memberitahuku - semakin aku membesar, semakin banyak perkara yang aku akan pelajari. Jika aku berdegil seperti mana degil dan jahilnya aku ketika berumur dua puluh dua, aku akan kekal menjadi dua puluh dua. Menjadi tua bukan hanya hal 'kerosakan' sahaja. Ia membesar, membangun, mengembang. Kalau aku fikir aku akan mati; aku akan mati dalam keadaan negatif. Kalau aku memahami aku akan mati; aku akan mati dalam keadaan positif dan ini yang akan membuatkan hidup aku lebih bermakna.

Yang sedang memahami mati,
Mai Radhiallah.

Rabu, Oktober 12, 2016

Workout gone wrong

1. Akhir-akhir ini kondisi kesihatan aku tidak berapa memuaskan. Boleh jadi akibat salah rentak semasa workout tempoh hari. Aku terlalu memaksa untuk habiskan larian 9km walaupun pergelangan kaki kanan sudah berdenyut. Kesudahnya menahanlah rasa sakit sehingga sekarang.

2. Daripada kurus, aku lebih mementingkan momentum semasa ber'roadtrip' nanti. Momentum ini perlu pupuk melalui workout setiap hujung minggu. Oleh itu, nafsu makan yang menjadi-jadi ini aku layankan sahaja. Full set lengkap sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam, supper; semua aku bedal.

3. "Banyakkan minum air kosong. Kurangkan ais dan air manis."

4. Sesampai sahaja di 99 Meru Indah terus aku gogok 100plus sejuk; Cold water is helluva drug. Sebab "Drug is something that causing changes in behavior and often addiction" (Dictionary.com,2016). Kopi Nam Yang Oldtown White Coffee adalah minuman sejuk paling menyegarkan yang pernah aku nikmati. Slurrp!

5. Lagu kegemaran semasa workout; Training Hard, Win Easy

#MaiOnMission
#MelurRoadTrip

Minggu, Oktober 09, 2016

Bebel lagi bebel

Selagi aku kekal dengan bad habit aku, selagi itulah tidak akan ada apa-apa berlaku. Change; obviously akan ada sesuatu terjadi kesan daripada perubahan. Cuma tidak pasti lagi sejauh mana kesan itu. Berbekalkan dua probability yang sering dimomokan oleh manusia. Sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan. Untuk bad habit, sudah tentu perubahan yang didambakan adalah berbentuk positif. Kepada sesuatu yang baik. Misalnya dulu pemalas makan tak basuh pinggan (Bad habit). Dengan perubahan positif, sekarang rajin basuh pinggan (Good habit).

Aku faham rule ini.

Masalahnya, aku masih tak move on dengan bad habit aku. Kau tahu tak betapa susahnya nak lepaskan perangai tak senonoh yang kau telah pupuk sejak zaman muda remaja lagi? Sikap selfishness misalnya. Tahap selfish aku; kalau ada one-way ticket no return to Marikh, aku willingness angkat tangan dan pergi.  Berbuah-buah. Selfish ni baru sikit kecik cenonet. 0.000001 from my bad habit.

Aku ada deal something dengan Tuhan; kalau aku dapat ubah my biggest bad habit - he owes me one last wish.

Let's make it happens,
Mai Radhiallah

Sabtu, Oktober 08, 2016

Counting days; to meet Mama

Rutin hujung minggu kami adalah melawat rumah Mama. Sekejap pun jadilah lepaskan rindu pada batu dan tanah. Kata kebanyakkan orang, orang yang baik-baik selalu pergi cepat. Soe, Abdul Wahib, Meng, Ammar; meninggalkan dunia seawal umur dua puluhan - masih muda jagung. Aku percaya manusia adalah khalifah yang dilahirkan untuk menyempurnakan misi. Apabila misi mereka selesai, Tuhan akan mengambilnya. Begitu juga nama-nama yang aku sebut tadi; masing-masing mempunyai keperibadian yang elok dan berwibawa.

Termasuk Mama.

Kami sekeluarga mempercayai kehidupan selepas mati. Orang-orang mati akan berdepan dengan kebenaran (yang selama ini tersimpul). Kehidupan selepas mati ini juga nanti adalah kekal dan selama-lamanya. Memakai falsafah do good things, deserve good things. Membawa maksud sekiranya kau berbuat baik kesudahan kau adalah baik. Pegang pada ini kemudian datanglah sesetan mana sekalipun ujian - jiwa akan lebih tenteram.

3:159 - Do your best, rely upon God & God will do the rest.

Mama adalah guru falsafah yang mengajar kami sekeluarga dengan tertib. Walaupun banyak lagi perlu diperbaiki, basic life kami diperkukuhkan dengan pengalamannya. Benih ditabur, baja dikasi - selebihnya perlu ikthiar sendiri. Tidak sabar sebenarnya nak berjumpa dan berpeluk. Sikit sahaja lagi.

We miss you,
Alang

Kamis, Oktober 06, 2016

Melati & Cerita Tuhan

Namakan sahaja perempuan ini sebagai Melati. Setiap pertemuan kami sering dilanjutkan dengan cerita-cerita kecil, diselang-selikan dengan cerita agama. Melati merupakan bekas penganut ajaran Sanātana-dharma. Kemudian beriman dengan ajaran tiga Tuhan pada portal semuda satu tiga setelah mengalami pergolakan jiwa merintih mencari Tuhan Yang Benar.

Melati beritahu aku tiga hari lepas dia telah menghadiri 'ceramah' untuk menyuburkan kembali motivasinya (Melati merupakan seorang ibu kepada dua puteri kecil dan berdepan dengan pergolakan rumah tangga). Aku gembira mendengar emosinya kembali pulih selepas bertemu Paus, ulamak/wakil Tuhan bagi agamanya. Mujur agama boleh dijadikan suatu radas untuk manusia terus berharap, maklumku pada Melati sambil tersenyum. Kami dalam perjalanan menuju ke Summit, Subang Jaya. Melati mau menghantarku pulang.

Dalam perjalanan ini, Melati cuba beritahu aku untuk keep moving walau sesetan mana sekalipun masalah datang melalui cerita-cerita agamanya seperti kisah Plagues of Egypt, kisah Moses dan katak, kisah lebah etc. Sebagai ganti nanti aku ceritakan pula kisah Muhammad, kisah Yusuf dan kisah Firaun. Oleh kerana agama kami datang dari luhur yang sama (agama samawi dari Nabi Ibrahim), kami sering mencari titik jumpa antara keduanya.

Ada satu cerita terlekat dihatiku. Melati menceritakan pada aku perihal dua lelaki yang terdampar di pulau dan memilih untuk hidup berasingan. Kita namakan Lelaki A di Pulau A dan Lelaki B di Pulau B. Masing-masing berusaha mengeluarkan diri daripada pulau ini dengan menggunakan kodrat berdoa kepada Tuhan. Kedua-duanya berdoa.

Apabila mereka berdoa meminta air bersih; hanya Lelaki A di Pulau A sahaja berjumpa dengan air bersih, Lelaki B di Pulau B tidak menjumpai apa-apa. Apabila mereka berdoa meminta makanan, sama seperti air bersih tadi; hanya Lelaki A di Pulau A sahaja dipertemukan dengan makanan. Hampa untuk Lelaki B di Pulau B. Sehinggalah suatu hari setelah sekian lama mereka berdoa agar kapal datang menyelamatkan mereka dimakbul Tuhan. Namun hanya Lelaki A di Pulau A sahaja diselamatkan. (Dari awal lagi Lelaki A tidak berkongsi nikmat. Jadi ditinggalkannya Lelaki B di Pulau B)

Apabila Lelaki A mati dan masuk ke sorga, Lelaki A mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana sering memakbulkan doanya. Lelaki A berfikir sudah tentu Tuhan sangat menyayangi dirinya.

"Kau tahu Tuhan jawab apa, Mai ?," Duga Melati.

"Sama-sama ?" Jawabku lucu. Mai perempuan lucu.

Melati tergelak kecil sambil menggeling-gelingkan kepala menekankan tanda 'tidak' atau 'salah'. Tangannya tangkas memberi signal ke kiri. Bangunan Summit sudah jelas kelihatan cuma trafik yang sesak menyebabkan kami masih di atas jalan. Dengan masa berbaki ini Melati perlu menghabiskan ceritanya.

"Tuhan membalas bahawa Tuhan tidak memakbulkan satupun doa daripada Lelaki A sewaktu terdampar di Pulau, Mai."

Ah sudah jangan buat suspen, Melati. Melati terus tersenyum lalu menyambung,

"Tuhan hanya memakbulkan doa Lelaki B,"

Senin, Oktober 03, 2016

Expelliarmus! - Go away toxic people

Dr Travis pernah berkata dalam artikel beliau bahawa toxic people merupakan golongan yang menentang logik. Mereka adalah orang-orang yang tidak sadar bahawa diri mereka mempunyai sisi negatif ( melalui percakapan, perbuatan etc) yang mampu membunuh jiwa-jiwa manusia lain. Mereka mencari kepuasan dengan mewujudkan huru-hara by pushing other people’s buttons; either way, they create unnecessary complexity, strife (perselisihan), and worst of all; mewujudkan tekanan (stress/depression).

Kajian menunjukkan stress mempunyai kesan negetif berpanjangan kepada otak. Semasa seseorang itu stress, bahagian yang diserang adalah Hippocampus. Hippocampus ini kawasan dimana otak bekerja untuk berfikir dan mengingat. Serangan stress bertubi-tubi akan menyebabkan neuron yang menyambung antara satu-sama-lain musnah permanently. Disinilah bermula bait-bait kau menderita dan toxic people tersenyum bahagia. 

Dalam banyak-banyak argumentasi yang aku baca, apa yang boleh dikonklusikan bahawa perkara penting yang perlu dilakukan adalah meletakkan limit jarak antara kau dengan toxic people. Toxic people ini orang-orang irrational dan beremosi tidak stabil. Mentally unstable. Mereka sakit. Dengan mencari jalan menyakitkan orang lain. Mereka cuba tanam dalam kepala kau dengan benda-benda negetif. Fahamkan diri kau bahawa negative self-talk is unrealistic, unnecessary, and self-defeating.

See how struggle am I reading all this to maintain myself in positive vibe. Selain minta kekal dalam Islam, kau doa-doalah jauhkan dari menjadi salah satu golongan ini. Nauzubillah.

Small lamb,
Mai Radhiallah.

I feel weird rn!

1. Baru habis menonton video dalam dropbox. Serpihan memori masih tergantung-gantung dalam kepala. Aku sangat faham dengan diri aku. Susah nak move on. Bayangkan hampir masuk sebulan kau bangun, makan, jalan, borak, bahkan mandi dengan orang yang sama. Mana mungkin boleh senang-senang nak lupakan rutin ! Because of being responsible, I'm back. Sedang yang lain masih teruskan perjalanan menongkah hutang-hutan dan gunung. Ah aku rindu tak mandi untuk jangka masa yang lama.

2. Bang Kim get married. Alhamdulillah. It's good to see finally everyone are ending with happy relationship. Kahwin. Senyum. Ambil gambar. Nyanyi. Potong kek. Makan suap-suap. Ambil gambar lagi. Aku rasa macam, weh mudahnya! Kami habiskan hari dengan gelak ketawa sakat menyakat.

3. Bila sudah berkumpul aku baru sedar sebenarnya generasi ke-4 keluarga besar ini sedang membiak menambah ahli. Bilangannya lebih daripada 10. Hadif and baby. Siti Aisyah. Raif Teguh. Raisya and Qimi. Yayan, Wawan and Yaya. Amarah Sofea. Zulaika. Dan aku masih bahasakan diri aku Kak Lang. Haha. Perasan muda ! Wallahi bila tengok sepupu masing-masing busy dengan fa'el anak masing-masing, hati perempuan aku muncul ! Kah ! This is super weird wei. Sampai aku terfikir untuk adopt orphan baby in 5 years more dan namakan baby ni Dor (Pengaruh buku Faisal Tehrani)

4. Aku ada baca sikit falsafah how to growth up genius generation walaupun hakikatnya tidak releven untuk aku. Bagus untuk motivation. Well aku sarankan orang-orang yang hendak berkahwin dan hidup 1 step other stage ini perbanyakkan baca artikel-artikel fasal makanan (food preparation), kehidupan, fasal anak. Generasi Y sepatutnya menjadi ibu-ibu yang terdidik kerana dikelilingi dengan banyak informasi.

5. I know this is weird post ! Haha

Minggu, Oktober 02, 2016

#1 Hutan & Gunung - Metafora

Tidak akan selamanya tenang hidup dalam biah menindas. Merasa bahagia atas hak orang lain adalah perasaan yang sakit. Pecahan daripada egois. Pergilah berdamai dengan diri. Nescaya hutan dan gunung pun akan menari bahagia mendakapmu seerat-eratnya. Bermati-matilah bersatu dengan ibu bumi. Belum pernah lagi aku mendengar hutan dan gunung berdengus kepada penjaganya yang rapi, yang tidak menikam dari tepi. Malah mereka lebih ceria memproses oksigen sebagai bayar ganti.

'Pembangunan' yang menindas, cepat-cepatlah terhapus.
Mai Radhiallah

Sabtu, Oktober 01, 2016

International Coffee Day - Let's talk about coffee and me

1. 2:1:1 (Kopi, Gula, Kremar). Krema ini boleh digantikan dengan susu segar; rasanya akan lebih lemak. Masukkan chia seed untuk lebih advance. Ada kawan aku masukkan daun herba untuk dapatkan sebuah 'pengembaraan'. Terpulang kepada kretiviti seseorang. Waktu ini kau boleh gunakan segala quote kehidupan, Try and error. Once on my life. Berani buat berani tanggung etc.

2. Pendapat aku kopi juga mempunyai proses sebelum, semasa dan selepas. Sebelum - merujuk kepada waktu pembikinan. Semasa - lebih kepada mengkaji attitude peminumnya dan selepas mungkin agak gila; bau urine. Aku agak tertunggu-tunggu untuk lepaskan urine pertama selepas pengambilan kopi. Setelah berkali-kali mencuba, aku membuat konklusi bahawa kekuatan bau urine adalah  mengikut jenis kopi yang diminum. Dan setakat ini Nescafe mengungguli carta.

2.1 Mungkin aku silap, selepas membuat pembacaan (google sebenarnya haha) Kidney manusia tidak boleh digest caffeine, lebih banyak caffeine yang kita ambil menyebabkan urine kita berbau kopi.  Dan sekali lagi, setakat ini Nescafe mengungguli carta.

3. Diperbodohkan oleh secawan kopi. Mungkin boleh dipanggil hirupan terakhir yang mengecewakan. Nampaknya hirupan pun boleh mengecewakan bilamana sedang leka-leka buat kerja tahu-tahu cawan telah kosong. Sebel. Hal ini ada kala mempengaruhi kau untuk membancuh kopi yang kedua ketiga sehingga berderet kesemuanya di meja.

4. Cat-poo Coffee, Kopi Tahi Musang, Luwak Kopi - nama yang berbeza dan merujuk kepada kopi yang sama. Perbezaan nama ini adalah tempat pemprosesan kopi itu sendiri. Cat-poo datang dari Amerika, Kopi Tahi Musang mungkin Malaysia yang beri nama berdasarkan artikel berita harian yang mengwar-warkan Kopi Tahi Musang ini difatwakan halal. Luwak Kopi pula dari Indonesia.

4.1 Dari ketiga-tiga kopi ini, aku pernah ambil Luwak. Cara penyajian juga turut membezakan rasa berat dan ringannya kopi itu. Evaporation dan segala datuk nenek ntah apa apa tapisan sutera depa buat, warna mereka tetap sama; hitam. Dan untuk sekali seumur hidup, kopi memang sedap untuk dicuba.

5. Term coffee date adalah untuk orang-orang yang duduk dan menikmati kopi bersama-sama kemudian menselang-selikan borak-borak kehidupan.

6. Aku dah masuk stage gemarkan minuman panas. Kau tahu apa maksudnya ?? 

*Senyum
Mai Radhiallah