Minggu, September 04, 2016

Tulisan pertamaku khas untuk Abah

Sebahagian aku adalah sebahagian yang lain seorang Abah. Tidak dinafikan kuah telahpun tumpah; ada banyak hal yang kami tidak sehaluan. Bahkan kulit kuaci yang kecil itu sekalipun menjadi penyebab kami berentap idea. Abah kata aku ego. Aku memulang paku buah keras, jawabku, sebahagian ego aku adalah datang dari ego Abah. Walaupun idea kami sering bertembung - Wallahi, kasih sayang masih wujud dan kami bahagia. Pertembungan idea ini adalah gurauan minum petang kami yang diselang-selikan dengan gelak ketawa.

Abah seorang yang meraikan idea (no doubt), tetapi tidak bermakna Abah akan tunduk akan idea-idea kau; atau nama lainnya adalah ego. Hah kan aku dah cakap! Sebahagian Abah adalah perihal yang telah menjadi sebahagian aku !

Dalam banyaknya ketidakpuasan hati aku terhadap Abah; Abah masih lagi aku letak sebaris dengan laki-laki maha kool menasihat dan memberi life lesson based on his experience. Seorang laki-laki yang tidak lelah berbudi kepada orang-orang dan tanah-tanah. Expert dalam bidang wiring, engine, hal-hal berkaitan lelaki-perlu-tahu-basic (Abah pelajar engineering). Tang ini aku puji berhabis-habisan. No one can beat Abah.

Misalnya, Abah beritahu ada beberapa langkah kau perlu ambil sekiranya orang datang cari pasal, nak bergaduh dengan kau, dalam kemarahan seseorang itu - kau perlu jadi air (sabar);
1. Salam orang tu.
2. Bertanya dengan baik
Kesan: Orang 'marah-marah' itu akan cooling down.

Time orang 'marah-marah' itu dah cooling down, baru kau hentam dia puas-puas ! - Ini tambahan idea aku. Kalau ikutkan idea Abah dia suruh memaafkan. Aku maklumkan pada Abah, zaman dia boleh lah maafkan macam itu je. Di zaman aku, kau patut tunjukkan "Kau ingat kau seorang je ada baran?!". Inilah bait-bait mula pertembungan idea kami. Hehe.

Selamat Ulang Tahun ke-51, Abah.

We love you.
September 3

1 komentar:

  1. Aku suka baca ini. dan selamat hari lahir Abah kepada Mai.

    BalasHapus