Sabtu, September 24, 2016

Elliot, Naga Hijau & Pete (Dan Anak Kecil Yang Hiba)

"Film: It has the power to cross generations, cross language boundaries, and provoke us to deal with issues in our culture and personal belief systems."

Aku beriman bahawa filem boleh dijadikan salah satu radas untuk berdakwah dan menyebarkan kefahaman, budaya, komunikasi yang baik kepada masyarakat. Kalau orang-orang alim mengangkat filem dan menjadilah salah satu medium penyebaran idea dan nasihat mesti lagi kool dan efektif. Kau lihat sahajalah bila mana filem animasi Boboi Boy dan Upin Ipin muncul dikaca layar, berduyun-duyun anak-anak kecil melimpah di sekitar panggung wayang. Kalau implementasi itu adalah lebih baik kenapa perlu disekat (?)

Misalnya filem Pete's Dragon yang cuba-cuba menyebarkan element hijau kepada masyarakat. Jujur pada mulanya aku fikirkan filem ini berbentuk animasi jauh meleset sekali apabila Pete muncul bersama buku Elliot Get Lost sebelum eksiden dan hidup di hutan selama 6 tahun lamanya. Walaupun filem ini sumpah lembab nak mampos tadi sedikit demi sedikit ia menarik aku untuk berfalsafah.

Pete's Dragon; awal-awal lagi aku mendamaikan diri untuk faham bahawa filem ini tidak logik. Tajuk 'Dragon' itu telah menunjukkan jelas dan terang perihal ini. Dragon milik Pete kaler hijau yang muncul semasa menyelamatkan Pete daripada dibaham serigala hutan kemudian mereka pun hidup bersama. Pete manis. Ala-ala tarzan yang slow-mo dan kurang tangkas pergerakannya.

Manusia adalah bapak segala punca rosaknya ekosistem kehidupan ini. Mereka mengekspoitasi tanah dan udara demi kepentingan poket mereka. Begitulah filem ini yang memaparkan watak Jack & Gavin, pengusaha kayu yang menebang pokok. Titik pertemuan kesemua watak ini adalah apabila pak-pak penggondol hutan sedang bekerja dan Natalie, anak Jack jatuh pokok akibat kejar Pete. Percayalah, once kau jumpa manusia - hidupkau akan berubah ! It same goes to Pete. Hidup dia berubah.

Filem ini mengkritik terdapat pelbagai jenis manusia dalam kehidupan ini. Semasa Pete cuba perkenalkan Elliot (Dragon hijau) kepada Grace, Meacham dan Natalie; aku boleh buat konklusi 5 golongan yang wujud;

1. Pete - orang yang mau memperkenalkan/menunjukkan wujudnya sesuatu yang masyarakat mempercayai bahawa sesuatu itu tidak wujud.

2. Meacham - Meacham ini bapak kepada Grace yang pernah berjumpa dengan Dragon hijau yang mengagumi magis ini. Role beliau sama dengan Pete, cuma ianya bersifat menyebarkan melalui cerita (folk story) kepada masyarakat.

3. Grace & Natalie - orang yang samar-samar mempercayai akan wujudnya sesuatu itu kemudian percaya setelah melihat sendiri sesuatu yang wujud itu.

4. Gavin - orang yang tahu akan kewujudan sesuatu itu dan berniat jahat. Golongan ini mau membuktikan bahawa dia adalah orang yang memiliki sesuatu itu untuk mencipta nama (dan mungkin kekayaan (?)). Gavin ini adik kepada Jack dan paman kepada Natalie.

5. Jack - orang yang tidak mempercayai akan kewujudan sesuatu itu. 

Di separuh perjalanan filem, tiba-tiba anak kecil disebelah aku menangis hiba. Ah sudah ! Kan aku sudah beritahu filem mampu mendidik masyarakat ! Ia selepas Dragon Hijau (Elliot sebenarnya nama dia) ditangkap, Meacham/ Jack bertanya kepada Gavin - apa yang kau nak buat sekarang ? Maksudnya selepas kau tangkap ini apa perancangan kau. Gavin jawab selamba tak tahu. Mungkin ini membuatkan makin hiba anak kecil sebelah aku ini.

Go green. Safe our generation,
Mai Radhiallah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar