Senin, September 26, 2016

#1 Nota - Semangkuk maggie sedap Bersama Ahmad Wahib

Ahmad Wahib adalah ikon anak muda yang mengalami zaman pencarian sebelum mati pada portal dua tujuh. Buku ini adalah anugerah kepada orang-orang mencari, jiwa merintih untuk bertenang dan berdamai dengan diri sendiri; simbol bahwa mereka tidak bersendirian. Orang-orang mencari itu - wujud.

1. Aku mengagumi kekebalan Ahmad Wahib berfikir; pemikiran beliau adalah air panas yang menggelegak di cerek; tanpa takut-takut untuk melimpah keluar. Membiarkan akal bebas berfikir tanpa menghiraukan Tuhan. Bagi aku, hal ini hanya boleh diimplementasi tanpa pengetahuan sesiapa. Mujur manusia tidak dapat membaca akal fikiran orang lain. Jadi silakan ! Bebaslah berfikir ! (Namun begitu mengepam persoalan di kepala bukan sesuatu yang harus dipraktikkan. Kau perlu menulis seperti Ahmad Wahib dan catatannya, sama seperti Mai Radhiallah dan blognya - luahkan melalui penulisan atau menjadi gila.)

2. Dalam rakusnya bebas berfikir, diakhirnya Ahmad Wahib tetap kembali kepada fakta bahawa Al-Quran benar-benar daripada Tuhan dan Muhammad adalah manusia yang sempurna. Akal yang tadinya merewang akan diserang oleh 'kesempurnaan' ini. Walau bait-bait selepasnya adalah penentangan dan idea-idea perihal Tuhan dan bebas berfikir. Aku jadi setuju dengan Ahmad Wahib perihal bebas berfikir dan Tuhan bukan sebuah daerah terlarang bagi pemikiran; walaupun jelas sekali manusia itu sering tergelicir dan merewang. Namun beritahu Ahmad Wahib bahwa orang-orang berfikir itu (dan hasil fikirannya salah) jauh lebih baik daripada orang-orang yang tidak pernah.

3. Ahmab Wahib sedar dan sedia maklum akan kewujudan orang-orang mencari seringkali berada dalam keadaan jiwa merintih. Sentiasa gelisah. Kegelisahan yang diciptanya sendiri untuk memasung kepuasan berfikir.

4. Di perenggan akhir dalam catatan yang bertarikh 17 Juli 1969 ini, Ahmad Wahib menekankan bahawa beliau tidak mengagungkan (dalam catatan ini beliau tulis 'mendewa-dewakan') akal dan pemikiran manusia. Akal masih mempunyai batas, namun tahap mana perbatasan itu - kita tidak tahu ! Beliau menyarankan untuk biarkan otak bebas bekerja dalam keterbatasannya; yang mana keterbatasan ini hanya otak itu sendiri yang tahu.

(+1) = 5. Dalam runut lemahnya seorang aku; aku berpendapat ada hal yang engkau tidak perlu bermati-matian berfikir (jika kau seorang pemikir yang radikal), sekiranya telah jelas dan terang; jalan ke arah lain. Walauapapun

Berfikirlah,
Mai Radhiallah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar