Rabu, September 28, 2016

She's good in hiding her everything-you-can't-see.

Dia mati kata - tersekat-sekat di antara ego dan hiba untuk menyebut perihal peluang kedua sebelum aku datang mendakapnya sebagai simbol bahasa; lepaskanlah segala keresahan dan kegusaran-mu wahai Ibu muda. Buih-buih sebak pun merebak memenuhi ruang. Dua tiga tisu aku capai untuk redakan bulir air matanya yang semakin melaju keluar. "Yushin, please give me second chance. I'll treat you better,"

Aku patut mengeji diri sendiri kalau-kalau tidak dapat menguruskan hal depressi selepas mendengar betapa struggle dan depress-nya menjadi seorang ibu, bernama Anggerik (bukan-nama-sebenar). Yushin adalah satu-satunya cahaya mata Anggerik yang mempunyai kompilasi pada jantung sejak di awal kelahiran lagi. Sebenarnya doktor menganggarkan anak kecil ini tidak bertahan lama; namun Tuhan Maha Mengetahui. Pasangan ini diberi peluang membesarkan Yushin. Well behave and polite. Percayalah, aku yang kaku dan tiada minat dengan anak kecil pun boleh menjadi kawan baik kepada Yushin.

Hari sebelum aku tinggalkan pejabat untuk bercuti panjang, aku mendapat khabar bahawa Anggerik akan menyambung cuti raya hajinya lagi untuk dua minggu lama-nya. Waktu ini tidak lain dan tidak bukan hati kecil aku terus berhubung pada nama Yushin. Anggerik adalah Ibu yang taat pada kerja, sangat janggal kalau dia bercuti hanya untuk berehat-rehat. Ternyata instinct aku kuat; ada sesuatu terjadi pada Yushin. "Suddenly,"

Adakala perkataan '"Suddenly" ini membawa kepada sesuatu yang membunuh. Yang mampu mengubah kehidupan seseorang! Contohnya tiba-tiba sahaja Mama jatuh sakit, tiba-tiba sahaja Jamal Soya berubah hati, tiba-tiba sahaja air memenuhi ruang. Ia digunakan untuk situasi diluar jangkaan dan mengejutkan. Begitu juga Yushin, tiba-tiba sahaja dia perlu menjalani pembedahan (untuk kes ini boleh dijangka melalui penyakit yang dibawanya). Anggerik tidak dapat menahan sebak apabila dia cuba beritahu aku semasa dia menghantar Yushin ke bilik pembedahan, dia berkata pada Yushin, "Yushin, please give me second chance. I'll treat you better,dan Tuhan berikan dia second chance. 

Anggerik kelihatan seperti orang normal. Kau tidak akan sangka di dalam kewarasannya, dia memendam 1001 suara kecil yang menghurung pemikiran. Atau nama mudah; depressi. Ya depressi. Depressi adalah hal yang tabo. Yang kerap kali mengunjungi pemikiran seseorang untuk membawa pemilik tubuhnya merewang-rewang ke sesuatu yang (?) Anggerik kerap kali menyatakan dia akan gila sekiranya hanya tinggal berdua sahaja bersama Yushin. Sekali gus menerangkan bahawa apa yang boleh dilakukan adalah berpura-pura untuk tidak berfikir.

Bila aku go thru kehidupan Anggerik, aku mendapat kekuatan untuk berdikit-dikit mengnyah-hapus depressiku; aku akan terus educate diri aku mengenai depressi ini. Kalau Anggerik dapat peluang kedua untuk menjaga Yushin. Aku fikir aku dikurnia peluang kedua untuk bahagiakan diri sendiri.

For Yushin, Anggerik and I
Mai Radhiallah

Senin, September 26, 2016

#1 Nota - Semangkuk maggie sedap Bersama Ahmad Wahib

Ahmad Wahib adalah ikon anak muda yang mengalami zaman pencarian sebelum mati pada portal dua tujuh. Buku ini adalah anugerah kepada orang-orang mencari, jiwa merintih untuk bertenang dan berdamai dengan diri sendiri; simbol bahwa mereka tidak bersendirian. Orang-orang mencari itu - wujud.

1. Aku mengagumi kekebalan Ahmad Wahib berfikir; pemikiran beliau adalah air panas yang menggelegak di cerek; tanpa takut-takut untuk melimpah keluar. Membiarkan akal bebas berfikir tanpa menghiraukan Tuhan. Bagi aku, hal ini hanya boleh diimplementasi tanpa pengetahuan sesiapa. Mujur manusia tidak dapat membaca akal fikiran orang lain. Jadi silakan ! Bebaslah berfikir ! (Namun begitu mengepam persoalan di kepala bukan sesuatu yang harus dipraktikkan. Kau perlu menulis seperti Ahmad Wahib dan catatannya, sama seperti Mai Radhiallah dan blognya - luahkan melalui penulisan atau menjadi gila.)

2. Dalam rakusnya bebas berfikir, diakhirnya Ahmad Wahib tetap kembali kepada fakta bahawa Al-Quran benar-benar daripada Tuhan dan Muhammad adalah manusia yang sempurna. Akal yang tadinya merewang akan diserang oleh 'kesempurnaan' ini. Walau bait-bait selepasnya adalah penentangan dan idea-idea perihal Tuhan dan bebas berfikir. Aku jadi setuju dengan Ahmad Wahib perihal bebas berfikir dan Tuhan bukan sebuah daerah terlarang bagi pemikiran; walaupun jelas sekali manusia itu sering tergelicir dan merewang. Namun beritahu Ahmad Wahib bahwa orang-orang berfikir itu (dan hasil fikirannya salah) jauh lebih baik daripada orang-orang yang tidak pernah.

3. Ahmab Wahib sedar dan sedia maklum akan kewujudan orang-orang mencari seringkali berada dalam keadaan jiwa merintih. Sentiasa gelisah. Kegelisahan yang diciptanya sendiri untuk memasung kepuasan berfikir.

4. Di perenggan akhir dalam catatan yang bertarikh 17 Juli 1969 ini, Ahmad Wahib menekankan bahawa beliau tidak mengagungkan (dalam catatan ini beliau tulis 'mendewa-dewakan') akal dan pemikiran manusia. Akal masih mempunyai batas, namun tahap mana perbatasan itu - kita tidak tahu ! Beliau menyarankan untuk biarkan otak bebas bekerja dalam keterbatasannya; yang mana keterbatasan ini hanya otak itu sendiri yang tahu.

(+1) = 5. Dalam runut lemahnya seorang aku; aku berpendapat ada hal yang engkau tidak perlu bermati-matian berfikir (jika kau seorang pemikir yang radikal), sekiranya telah jelas dan terang; jalan ke arah lain. Walauapapun

Berfikirlah,
Mai Radhiallah.

Struggle of being adult Level 999 !

Foto dari simpanan Mr Bradley, Melbourne.

Tidak kurang 5 bulan lagi capai ke portal dua tiga dan menyisip simpan rasa ketakutan menjadi dewasa. Dikelilingi oleh orang-orang dewasa yang telah mati nikmat untuk bertarung tenaga lalu memilih jalan untuk bersenang-senang menjadikan aku lebih berjaga-jaga. Bagi Gen Y seperti aku; mereka boleh diklasifikasikan sebagai golongan yang membosankan. Jalan perlahan. Minum kopi perlahan. Bangun perlahan. Segala-galanya telah perlahan. Ya 'telah'. Kerana nikmat hidup habis mereka hirup sewaktu lingkungan usia remaja dewasa. I never blame them, in fact, aku berterima kasih atas curhat yang mereka tunjukkan berarti suatu hari nanti akan sampai giliran aku menjadi golongan yang demikaan. Kak Rafi mengakuinya.

Kak Rafi La Pida - Tuhan telah mempertemukan aku dengan sosok genit yang bernama Rafi La Pida. Orang yang bertanggungjwab menyedarkan aku bahawa alam dewasa yang telah dia pilih adalah salah satu jalan yang dibangunkan sewaktu usia remaja dewasa. Maksudnya siapa kau dan apa kau buat sewaktu remaja dewasa - akan menjadi salah satu punca (keputusan) di masa alam dewasa-dewasa. **Fahaman aku; remaja dewasa berumur 20an, dewasa-dewasa berada dilingkungan 30an dan ke atas yang pada usia ini manusia seharusnya telah mencapai tahap matang infiniti. Umur tak dapat mengukur kematangan, tetapi kematangan dapat diukur melalui umur. -1 =/ 1.

Dalam usia ini, beliau cuba memberitahu agar berhenti berharap dengan orang-orang sekeliling kerana pergantungan terhadap situasi dan orang sekeliling ini akan menyebabkan kau tersekat dan jauh daripada perihal yang kau cita-citakan. Adakalanya, menunggu bukan hal yang baik walaupun orang-orang bijak pandai berkata only fool rush in. But I can't help myself, to make my dream come true. Kalau kau tiada kawan, jangan tunggu sesiapa - berlari sendiri !

Jadi seperti orang dewasa !
Mai Radhiallah.

Minggu, September 25, 2016

Into the wild; Christopher McCandless & Rumah Bas

Sept 2016 

"The only person you are fighting is yourself and your stubbornness to engage in new circumstances.”

Kau akan dapati penuh sekali kata-kata azimat berkenaan dengan hidup dimuat-naik dalam pelbagai bentuk di media sosial. Aku fikir kata-kata azimat ini adalah radas untuk berdamai dengan diri sendiri. It's same goes to me. Bila mana Christopher membakar duit sambil mencatat nota; money is illusion, ia benar-benar membuatkan jiwa aku tenang. Sehingga aku berpendapat hidup adalah ilusi. Ia bersifat persinggahan dan sementara. Wang, pangkat, kekayaan semua ini ilusi. Kau boleh fahamkan ilusi ini melalui objek ilusi optik. Menipu penglihatan. Itu ilusi !

Christopher McCandless adalah orang-orang pecah yang mencari kedamaian dengan menggunakan cara tersendiri. Krisis keluarga yang menggeledakkan pemberontakan dalam diri menjadi salah satu punca dia menghilangkan diri di Alaskha. Nampaknya institusi keluarga sangat penting dalam kehidupan sesetengah manusia. Nahko tidak bersetuju apabila aku mengeluarkan statement Broken family born broken child. Siapa tahan nampak mak bapak bergaduh, bapak pukul mak, mak main jantan, bapak minum arak, sick ! Dalam durasi ini money is nothing kalau keluarga kau porak peranda!

I live by choice. Follow the flow juga adalah salah satu pilihan hidup. Kau yang tetapkan cara hidup untuk ikut arah angin. Ikut norma. Habis belajar, baling topi, duduk office, balik kerja, kahwin, dapat anak, ada cucu, mati. That's it. No risk. Tetapi Christopher membuat pilihan hidup dengan cara radikal. Kalau lepasan ijazah undang-undang dari universiti terkemuka tidak mampu membahagiakan kau, kau patut keluar dari situ. Bahagiakan diri kau dengan perkara-perkara yang membahagiakan. Misalnya hidup di dalam bas kosong seperti yang dilakukan oleh Christopher di tengah-tengah gurun Alaskha.

Jon Krakauer cuba memberitahu kau melalui filem ini bahawa tidak semua yang membahagiakan itu adalah bahagia. Walaupun Christopher memilih cara hidup luar kebiasaan, ia tetap memberi kesan kesakitan yang mendalam kerap kali menangis, down, stress. Beliau mengukur lilitan pinggangnya melalui tali pinggang yang ditebuk untuk dijadikan lubang. Semakin lama semakin mengecil sehingga kelaparan menguasai dirinya. Hidup telah dipilih, kau harus meraikan kesakitan ini!

Perpisahan adalah menyakitkan. Dalam perjalanan kau menuju Tuhan (menuju sesuatu selepas kehidupan), kau akan jumpa dengan pelbagai manusia. Begitu juga dengan Christopher. Tracy Tatro, Wayne, Jan, Kavin semua berharap Christopher dapat stay dengan mereka. Hidup seperti orang biasa. Sehingga ada yang hendak menjadikan Christopher sebahagian daripada keluarga mereka. Di tahap ini kau perlu sedarkan diri,

This is illusion. Not even exits.
Mai Radhiallah.


Sabtu, September 24, 2016

Elliot, Naga Hijau & Pete (Dan Anak Kecil Yang Hiba)

"Film: It has the power to cross generations, cross language boundaries, and provoke us to deal with issues in our culture and personal belief systems."

Aku beriman bahawa filem boleh dijadikan salah satu radas untuk berdakwah dan menyebarkan kefahaman, budaya, komunikasi yang baik kepada masyarakat. Kalau orang-orang alim mengangkat filem dan menjadikan salah satu medium penyebaran idea dan nasihat mesti lagi kool dan efektif. Kau lihat sahajalah bila mana filem animasi Boboi Boy dan Upin Ipin muncul dikaca layar, berduyun-duyun anak-anak kecil melimpah di sekitar panggung wayang. Kalau implementasi itu adalah lebih baik kenapa perlu disekat (?)

Misalnya filem Pete's Dragon yang cuba-cuba menyebarkan element hijau kepada masyarakat. Jujur pada mulanya aku fikirkan filem ini berbentuk animasi jauh meleset sekali apabila Pete muncul bersama buku Elliot Get Lost sebelum eksiden dan hidup di hutan selama 6 tahun lamanya. Walaupun filem ini sumpah lembab nak mampos tadi sedikit demi sedikit ia menarik aku untuk berfalsafah.

Pete's Dragon; awal-awal lagi aku mendamaikan diri untuk faham bahawa filem ini tidak logik. Tajuk 'Dragon' itu telah menunjukkan jelas dan terang perihal ini. Dragon milik Pete kaler hijau yang muncul semasa menyelamatkan Pete daripada dibaham serigala hutan kemudian mereka pun hidup bersama. Pete manis. Ala-ala tarzan yang slow-mo dan kurang tangkas pergerakannya.

Manusia adalah bapak segala punca rosaknya ekosistem kehidupan ini. Mereka mengekspoitasi tanah dan udara demi kepentingan poket mereka. Begitulah filem ini yang memaparkan watak Jack & Gavin, pengusaha kayu yang menebang pokok. Titik pertemuan kesemua watak ini adalah apabila pak-pak penggondol hutan sedang bekerja dan Natalie, anak Jack jatuh pokok akibat kejar Pete. Percayalah, once kau jumpa manusia - hidup kau akan berubah! People ruins beautiful things. Same goes to Pete. Hidup dia berubah.

Filem ini mengkritik terdapat pelbagai jenis manusia dalam kehidupan ini. Semasa Pete cuba perkenalkan Elliot (Dragon hijau) kepada Grace, Meacham dan Natalie; aku boleh buat konklusi 5 golongan yang wujud;

1. Pete - orang yang mau memperkenalkan/menunjukkan wujudnya sesuatu yang masyarakat mempercayai bahawa sesuatu itu tidak wujud.

2. Meacham - Meacham ini bapak kepada Grace yang pernah berjumpa dengan Dragon hijau yang mengagumi magis ini. Role beliau sama dengan Pete, cuma ianya bersifat menyebarkan melalui cerita (folk story) kepada masyarakat.

3. Grace & Natalie - orang yang samar-samar mempercayai akan wujudnya sesuatu itu kemudian percaya setelah melihat sendiri sesuatu yang wujud itu.

4. Gavin - orang yang tahu akan kewujudan sesuatu itu dan berniat jahat. Golongan ini mau membuktikan bahawa dia adalah orang yang memiliki sesuatu itu untuk mencipta nama (dan mungkin kekayaan (?)). Gavin ini adik kepada Jack dan paman kepada Natalie.

5. Jack - orang yang tidak mempercayai akan kewujudan sesuatu itu. 

Di separuh perjalanan filem, tiba-tiba anak kecil disebelah aku menangis hiba. Ah sudah ! Kan aku sudah beritahu filem mampu mendidik masyarakat ! Ia selepas Dragon Hijau (Elliot sebenarnya nama dia) ditangkap, Meacham/ Jack bertanya kepada Gavin - apa yang kau nak buat sekarang ? Maksudnya selepas kau tangkap ini apa perancangan kau. Gavin jawab selamba tak tahu. Mungkin ini membuatkan makin hiba anak kecil sebelah aku ini.

Go green. Safe our generation,
Mai Radhiallah.

Jumat, September 23, 2016

20:00 - Aircond off.

1. Aku berharap aku cepat-cepat menulis habis catatan Roadtrip Ya Sudahlah dalam masa terdekat. Tak kan nak tunggu setahun baru kau nak publish post, Mai ? Selagi segar ini baik kau menulis atau hilang dimakan masa.

2. Ayat mudah untuk menerangkan penerangan panjang aku adalah aku nak berhenti. Aku cuba nak keluarkan ayat ini dari keronkong tetapi itulah; memang sukar nak jadi pendengar yang baik. "I dulu, bla bla bla.." Go %#* your dulu-dulu ! I not interested at all !

3. Someone knock the door - aku beritahu diri aku; ini semua ilusi. Tidak releven dan tidak wujud. Mengarut. Tidak logik. Jangan diusahakan. Biarkan mati. Jangan dipupuk satu pun rasa. Jangan. Semua ini hanya bersifat sementara seperti yang sudah-sudah. Tidak akan ada apa-apa pun terjadi. This is what we called learn from the past. That's it.

4. Rindu rumah sebenarnya tapi rileks-rileks buat macam tak ada apa-apa berlaku. Well aku pro kot dalam berpura-pura, fake, dsb. Bagi mengelakkan air mata jantan aku jatuh, minggu ni kena balik.

Kamis, September 08, 2016

Surat Terbuka Kepada Diri Sendiri

Hai Mai,

Senyum okey.
Jalan kedepan.
Tak apa, semua akan baik-baik.
Kalau penat, berhenti kejap
Lepak pekena kopi,
Kemudian lagi jalan.
Datang simpang demi simpang,
Kalau rasa nak ubah arah - belok.
Kalau masih nak jalan - terus.

Okey.

Aku sayang kau,Mai

Tutup hai,
Mai.

Senin, September 05, 2016

Bersama juang membunoh malam

Malam terus berganti lagi. Saya telah kembali tersenyum di balik gebor biru. Menanti biri-biri kelabu datang dari sorga. Melompat menari satu demi satu di anatara siling kipas. Petikan gitar adalah instrumen kegemaran  buat masa ini. Dalam damai Tuhan tarik saya masuk perlahan-lahan ke dunia absurd.

Tuhan,

"Take my hand, take my whole life too."

Saya akan senantiasa menulis. Untuk beringat-ingat. Perihal Hutan, Matahari, Bintang-bintang, Bulan, Laut. Kemudian seantero semesta akan saya beri peranan untuk berjuang hidup aman damai di dalam kota penulisan. Saya menjanjikan kebahagiaan untuk kita di sini. Bahkan kalian akan bahagia menari syukur berada dalam penulisan ini. Lebih bahagia dari orang-orang terbahagia di dunia.

Tuhan telah hapuskan bulir-bulir air mata.
Datang dan mendakapku;
Bersama juang membunuh malam.

Minggu, September 04, 2016

Tulisan pertamaku khas untuk Abah

Sebahagian aku adalah sebahagian yang lain seorang Abah. Tidak dinafikan kuah telahpun tumpah; ada banyak hal yang kami tidak sehaluan. Bahkan kulit kuaci yang kecil itu sekalipun menjadi penyebab kami berentap idea. Abah kata aku ego. Aku memulang paku buah keras, jawabku, sebahagian ego aku adalah datang dari ego Abah. Walaupun idea kami sering bertembung - Wallahi, kasih sayang masih wujud dan kami bahagia. Pertembungan idea ini adalah gurauan minum petang kami yang diselang-selikan dengan gelak ketawa.

Abah seorang yang meraikan idea (no doubt), tetapi tidak bermakna Abah akan tunduk akan idea-idea kau; atau nama lainnya adalah ego. Hah kan aku dah cakap! Sebahagian Abah adalah perihal yang telah menjadi sebahagian aku !

Dalam banyaknya ketidakpuasan hati aku terhadap Abah; Abah masih lagi aku letak sebaris dengan laki-laki maha kool menasihat dan memberi life lesson based on his experience. Seorang laki-laki yang tidak lelah berbudi kepada orang-orang dan tanah-tanah. Expert dalam bidang wiring, engine, hal-hal berkaitan lelaki-perlu-tahu-basic (Abah pelajar engineering). Tang ini aku puji berhabis-habisan. No one can beat Abah.

Misalnya, Abah beritahu ada beberapa langkah kau perlu ambil sekiranya orang datang cari pasal, nak bergaduh dengan kau, dalam kemarahan seseorang itu - kau perlu jadi air (sabar);
1. Salam orang tu.
2. Bertanya dengan baik
Kesan: Orang 'marah-marah' itu akan cooling down.

Time orang 'marah-marah' itu dah cooling down, baru kau hentam dia puas-puas ! - Ini tambahan idea aku. Kalau ikutkan idea Abah dia suruh memaafkan. Aku maklumkan pada Abah, zaman dia boleh lah maafkan macam itu je. Di zaman aku, kau patut tunjukkan "Kau ingat kau seorang je ada baran?!". Inilah bait-bait mula pertembungan idea kami. Hehe.

Selamat Ulang Tahun ke-51, Abah.

We love you.
September 3

Jumat, September 02, 2016

Orang-orang yang melewati kamar tidurku

Selamat datang, orang-orang pecah yang mengunjungi lewat malamku. Jemput masuk ke kamarku yang busuk dan berbau. Kalian boleh menggantung jaket, ponco, veste atau apa-apa yang berkenaan di balik pintu. Kalian juga boleh ikut sekali susun sepatu atas rak kayu. Kemudian bersandarlah kalian di mana-mana sahaja sudut ruang kamar yang mampu memberikan keselesaan maksimal buat kita diami malam ini. Dipersilakan.

O Orang-orang pecah,

Telah lama ku sediakan santapan dan permaidani empuk untuk kalian duduk-duduk dan beramah seperti tiada lagi hari siang untuk esok. Bakul-bakul rezeki pun telah aku penuhkan sejak hari ke hari dengan buah-buahan dari Pekan Pak Dionisos. pamanku - dewa pesta. Kata pamanku, ranggupnya buah-buahan ini akan mengalirkan kegembiraan seperti terasa di Sorga! Kalau-kalau kalian tersedak di darmawasita perbualan kita, usah kuathir - telah ku petik bintang-bintang paling ranum dan memerah isinya dengan sepenuh tenaga di teko bulan untuk hilangkan dahaga kita. Mari orang-orang pecah.

Setelah dunia dan sekitarnya mengherdik orang-orang pecah seperti kalian, usah kuathir. Telah ku pesan pemusik-pemusik lentera untuk turun berpesta zikir dan kita boleh bergotong-royong menyinsing lengan memotong doa-doa untuk dipersembahkan pada Tuhan. Kalau Tuhan juga tidak menghiraukan orang-orang pecah seperti kalian; Tuhan bukan Tuhan.

Terhancur-lebur kebal rusukku,
Berkecai-sepai terpecah belah,
Terima kasih atas ajarmu,
'Kita' tak wujud.
Ah, tak pernah.

Biar subuh mampir berdikit-dikit mendakap kita dengan matanya yang kuyu;
Kalian boleh terus tetap berada dikamarku, orang-orang pecah.