Sabtu, Agustus 27, 2016

Please comeback, Kuro & Wife !

"Bad news, Mai."

Pesanan masuk dalam ruangan whatsapp atas nama Nahko. Waktu ini aku lagi dibuli oleh A, paksa tunggu ikan masin menjadi ranggup di dalam kuali. Walaupun hakikatnya aku pemalas tahap gaban, kami mengikat persetujuan. Sebagai serang balas - A perlu suapkan aku makan. Kool dan bahagia. Lagi berjuta-juta bahagia apabila lauk kami adalah favorite all time; kubis. U la la!

Okey berbalik kepada Nahko. Nahko bawa perkhabaran dari tanah Haji Abdul Rahman Limbong, Kuro dan isterinya hilang. Nahko beritahu ada dua kemungkinan yang berlaku dalam kes Kuro. Pertama, saksi adalah Ma'am Besar (isteri kepada Pak Asim Legend). Kedua, tiada saksi - hanya kebarangkalian yang dicipta oleh Nahko (Dia ingat dia detektif conan ke? Huh!)

Hurainya begini, saksi pertama menyatakan bahawa beliau yang sedang mengangkat jemuran ternampak suspek - sedang bermain-main dengan Kuro dan isteri. Suspek telah disyaki mengalihkan Kuro ke suatu tempat yang tidak dikenalpasti. Suspek yang merupakan anak buah Nahko memegang rekod lama penyebab kehilangan ramai lagi entiti.

Seterusnya, kebarangkalian yang bermain dalam fikiran Nahko; Kuro dan isterinya memasang plan to escape. Ikut logik, kemungkinan ini awal-awal lagi ditolak. Memandangkan aku imajinis (buat term sendiri haha), we keep this probability. Untuk kemungkinan yang kedua ini aku kira hanya boleh diukur menggunakan sebab-sebab dan punca-punca.

Nahko memberitahuku, beliau telah menjalanankan ops-cari terhadap kes Kuro dan isteri; namun hasilnya mengecewakan. Kuro dan isteri masih tidak-tidak ditemui. Walaupun suspek berjaya diberkas, namun dilepaskan semula atas alibi-alibi yang tidak kukuh.

Sehari kemudian - aku menegurnya di laman sosial untuk bertanyakan perihal Kuro dan isteri. Hal ini betul-betul mengejutkan; beliau mendapati kesemua pakaian Kuro dan isteri turut hilang. Membawa maksud Kuro dan isteri memang telah rancang untuk escape! Sumpah! Dalam keredoan pemergian Kuro dan isteri, Nahko masih memasang hajat nak cari nombor telefon Master Splinter. Dia berandaian kalau-kalau Kuro dan isteri re-group dengan budak-budak Ninja Turtle. Aku melontarkan pendapatku jangan-jangan Master Splinter adalah Melur!

Seperti hari-hari sebelum, ketawa kami terburai. Menjadi bintang-bintang.

Long live, Amad Nahko.




Tidak ada komentar:

Posting Komentar