Rabu, Agustus 31, 2016

Puisi -- Anata

Api terus berkobar membakar tubuhku anata
Tubuhku akan hangus sama seperti kayu;
yang menjadi abu kerna api anata
Pergilah dan berlari
Jangan terlalu dekat denganku anata

Api ini akan mengikuti batin
Dan tangisan adalah bahan bakarnya
Pergilah dan jangan berpaling
Biarkan tubuh dan api padam dengan sendirinya

Melangkahlah terus ikuti lampu di depan sana
Tetapi anata, jangan mengikuti lampu
yang menyilaukan sepasang matamu anata
Ikutilah anak-anak mungil yang menyemberangi jambatan
Untuk bertemu dengan kehidupan

Jangan katakan malam telah hilang diperandakan api
Jangan katakan telah rapuh dan mati
Jangan anata

Kerna api aku menyuruhmu pergi
Untuk mengelar tanah air dan udara

Dan hidup agar dapat kau kembali ke tempat asalmu
Tempat yang tiada terbakar dan hangus
Seperti api itu anata.

**Anata - Sayang (Perkataan Japang)

Selasa, Agustus 30, 2016

Dua langkah kecil

"Dua langkah kecil berjalan bersama menapak"

Berjalan kaki adalah aktiviti favorite forever yang aku tak pernah lelah menikmati. Bila digabungkan aktiviti berjalan ini dengan bukuku, nikmatnya maha berganda-ganda! Sekitar usiaku lanjut ke 20, aku sering memberanikan diri berjalan dari stesen lrt ke toko buku di Petaling Jaya. Jauh dan sunyi. Nanti bajuku yang habis basah disimbah peluh bakal terasa nyaman melangkah masuk ke toko buku kegemaran. Bunyinya memang aneh tetapi aku menggemari bau peluhku sendiri. Ahhh!

Pernah sekali aku terberhenti sesat mencari jalan. Kemudian orang-orang baru pun akan Tuhan pertemukan di pertengahan jalan. Mujur adakala aku menjadi begitu peramah dan mudah diajak bercerita. Bertemu dengan temporary people membuatkan aku lebih menghargai sebuah pertemuan; ada bakal doktor, pelajar perubatan yang keluar mencari makanan, pakcik tua yang melintas jalan, anak muda mengayuh basikal, lelaki yang mengangkat kotak buah - aku akui masih wujud orang-orang baik di negriku. Perjalanan ini adalah potongan-potongan rahsia yang sering aku sorokkan masuk ke dalam buku-ku.

Dengan dua langkah kecil ini aku mahu berhabis menjejak orang-orang tenang. Aku mau merakam mereka menggunakan bahasa-bahasa puisi. Mereka akan hidup aman damai dalam kota penulisan yang aku bangunkan sendiri. Mereka menjadi tempat rujuk dan semangat untuk kekal hidup.

Berjalan terus berjalan hingga sampai ke bulan.

Bergerak terus bergerak ikut awan berarak !

Minggu, Agustus 28, 2016

Segelas wain untuk orang-orang gig

Tak banyak sangat aku boleh tulis perihal Jang. Jang adalah orang yang lebih baik sendiri-sendiri. Bagaimana kau lihat dia di hadapan orang-orang asing, begitulah dia di dalam small-circle; pendiam. Kali terakhir kami berjumpa adalah dua tahun nan lepas; teman beli buku. Aku masih ingat waktu ini dubook baru nak naik. Mut belum sebegitu angkuh seperti yang kau nampak hari ini. 

Baiklah. Mari teruskan dengan Jang. Jang dua tahun muda daripada aku. Gitaris untuk kumpulan tiada nama dan pemuisi liar (mungkin). Kami bersalam bawah minat yang sama; gunung, puisi dan musik. Ben dan Nawi yang bawa perkenalan kami menjadi lebih akrab. Penubuhan Konfrontasi Jiwa yang didiami oleh lima anggota - dimana Ben, Nawi, Jang dan aku adalah komradnya. Seorang lagi anggota ialah Des (sehingga hari ini aku masih menunggu hari untuk berjumpa Des). Ini adalah tahun-tahun lomba puisi. Tahun aku meliar. Tahun pemberontakan. Ah bahagia rasanya. Ntah macam mana dan bila sampai hari masing-masing diamkan diri. Konfrontasi Jiwa jadi memori. Mungkin kami giat uruskan hidup atau aku yang pergi.

Semalam kami putuskan untuk berjumpa lagi di Fest Kota Kata, di mana komrad-komrad berkumpul bawah naungan buku-buku dan seniman yang mereka imani. Untuk kami, kami memilih sesi malam pecah pentas - Iqbal M, band favorite forever dan OAG. Ah sial, kenangan muncul lagi dan lagi ! (Aku terdengar perbualan-perbualan lama dengan jiwa-jiwa yang keluar masuk dalam hidup aku; Tim, Faiz, Rahwani, Kajana, Ren, Ben, Nawi, Ehsan, Muhammad, Nahko, A, Eva, ramai lagi - saling berganti). Kami selesaikan malam dengan minum sebentar di area Jalan Sultan Ismail selepas energi malam dihabiskan dengan stand and sing along. Walaupun Iqbal M tidak berapa memuaskan, OAG is supershit awesome !

Aku akui tidak banyak sangat topik yang boleh kami bualkan selain; Kau sihat? How's life? Kerja okey? Masih menulis ? Gunung mana lepas ni ? Kemudian diam. Inilah Jang yang mula-mula aku kenal. Masih sama. Aku malas nak try hard bukak topik bukan-bukan. Lagipun masa terhad, aku mengejar keretapi terakhir.

Kami habiskan hirupan terakhir, kemudian beredar menuju ke stesen keretapi Bank Negara. "Bagaimana hidup jadi anak kota, Jang ?" Aku bersuara untuk hidupkan night-walking kami. Seperti yang dijangka Jang akan jawab soalan dengan sepatah perkataan sahaja. "Serabut," beritahunya. Aku sahut dengan ketawa kecil. Malam di kota adalah dimana orang-orang tidak bernasib baik akan keluar mencari ruang tidur. Mat-mat apache ronggeng mempamerkan bunyi paling nyaring. Busking night. Anak-anak muda berlibur. Sama seperti kami. Nyanyian-nyanyian suci dilaungkan; Tuhan ampunkan dosa malam ini.

Terima kasih, Tuhan. Untuk Jang.
Moga kekal menjadi kawan.


Sabtu, Agustus 27, 2016

Please comeback, Kuro & Wife !

"Bad news, Mai."

Pesanan masuk dalam ruangan whatsapp atas nama Nahko. Waktu ini aku lagi dibuli oleh A, paksa tunggu ikan masin menjadi ranggup di dalam kuali. Walaupun hakikatnya aku pemalas tahap gaban, kami mengikat persetujuan. Sebagai serang balas - A perlu suapkan aku makan. Kool dan bahagia. Lagi berjuta-juta bahagia apabila lauk kami adalah favorite all time; kubis. U la la!

Okey berbalik kepada Nahko. Nahko bawa perkhabaran dari tanah Haji Abdul Rahman Limbong, Kuro dan isterinya hilang. Nahko beritahu ada dua kemungkinan yang berlaku dalam kes Kuro. Pertama, saksi adalah Ma'am Besar (isteri kepada Pak Asim Legend). Kedua, tiada saksi - hanya kebarangkalian yang dicipta oleh Nahko (Dia ingat dia detektif conan ke? Huh!)

Hurainya begini, saksi pertama menyatakan bahawa beliau yang sedang mengangkat jemuran ternampak suspek - sedang bermain-main dengan Kuro dan isteri. Suspek telah disyaki mengalihkan Kuro ke suatu tempat yang tidak dikenalpasti. Suspek yang merupakan anak buah Nahko memegang rekod lama penyebab kehilangan ramai lagi entiti.

Seterusnya, kebarangkalian yang bermain dalam fikiran Nahko; Kuro dan isterinya memasang plan to escape. Ikut logik, kemungkinan ini awal-awal lagi ditolak. Memandangkan aku imajinis (buat term sendiri haha), we keep this probability. Untuk kemungkinan yang kedua ini aku kira hanya boleh diukur menggunakan sebab-sebab dan punca-punca.

Nahko memberitahuku, beliau telah menjalanankan ops-cari terhadap kes Kuro dan isteri; namun hasilnya mengecewakan. Kuro dan isteri masih tidak-tidak ditemui. Walaupun suspek berjaya diberkas, namun dilepaskan semula atas alibi-alibi yang tidak kukuh.

Sehari kemudian - aku menegurnya di laman sosial untuk bertanyakan perihal Kuro dan isteri. Hal ini betul-betul mengejutkan; beliau mendapati kesemua pakaian Kuro dan isteri turut hilang. Membawa maksud Kuro dan isteri memang telah rancang untuk escape! Sumpah! Dalam keredoan pemergian Kuro dan isteri, Nahko masih memasang hajat nak cari nombor telefon Master Splinter. Dia berandaian kalau-kalau Kuro dan isteri re-group dengan budak-budak Ninja Turtle. Aku melontarkan pendapatku jangan-jangan Master Splinter adalah Melur!

Seperti hari-hari sebelum, ketawa kami terburai. Menjadi bintang-bintang.

Long live, Amad Nahko.




Surat Terbuka Untuk Perempuan Yang Telah Menang

Aku tak nafikan akhir-akhir ini kebanyakkan tulisan aku hanya disimpan dalam poket draft. Kau tahu kenapa ? Sebab aku jaga hati-hati orang yang tidak langsung menjaga hati aku. "Poor you," Kata perempuan yang telah menang. "Kegersangan kasih sayang," Sambung dia lagi. Sudahlah kalah, mengagih kasih pada tulisan-tulisan sampah. Aku kira dia terganggu dengan tulisan-tulisan depressiku. Aku fikir dia adalah perempuan yang kaya kasih sayang. Keluarga yang harmoni dengan biah soleh solehah, kawan yang mencukupi dan Tuhan  yang sentiasa menjaganya dengan penuh cermat.

Aku sudah tidak memarahinya lagi.

"Hari ini kita boleh bermegah dengan apa yang kita ada, esok lusa belum tentu," Ujurku kepadanya. Kalau kau sedang membaca ini, sahabatku - kau perlu berusaha keluarkan diri dari tanah kegelisahan. Berhenti membaca tulisan-tulisanku, berhenti melihat foto-fotoku, berhenti menyalahkan aku, berhenti takut akan kewujudan aku, berhenti untuk segala-gala hal yang melibatkan aku. Selagi kau terus membungkam amarah kepadaku, selagi itu hidup kau dipenuhi syak wasangka - kotor dan tidak suci. Cinta yang kau bangunkan juga akan menjadi keruh dan penuh dendam kesumat. Akhirnya aku lagi bahagia-bahagia dengan sekelilingku, kau masih lagi dalam kelongsong yang sama. Tidakkah itu suatu pembaziran (?)

Yang Mulia, Sahabatku.

Kau perlu bina kembali kepercayaan-mu kepada kesatria yang bakal menghamburkan rahim-mu seperti mana kau mempercayai dia pada hari pertama kalian memutuskan untuk jatuh cinta. Kedua, didik nafsu perempuan kita menjadi orang-orang sabar sepertimana kesatria yang bakal menghamburkan rahim-mu nan sabar menunggu kepulangan-mu. Demi Tuhan, moga ketenangan berlari memelukmu.

Mari selesaikan, Sahabatku.

Senin, Agustus 22, 2016

Memo for Nahko and his friend

Saya berharap segala-galanya baik-baik sahaja. I won't allow myself to rescue you. Not only you, semua orang yang datang dalam life aku minta bantuan, I won't simply help. Regarding of what or shit matter. Sorry, my past teach me to ignore you. Cari orang lain. Atau face the problem on your own.

Sincerely, Mai.

Sabtu, Agustus 20, 2016

Melur Radhiallah & Jamal Soya

Melur dan Jamal adalah hewan periharaan orang misteri dari kota seberang. Orang yang aku masih bercari-cari peluang untuk mengajukan pelbagai persoalan perihal hidup. Aku mau berbagi masa dengannya. Berbagi dengan secawan Amerikano adalah lebih daripada cukup. Moga Tuhan panjangkan niat ini.

Aku gabungkan nama hewan dengan panggilan gelaran kami menjadi Melur Radhiallah dan Jamal Soya. Lalu aku tiupkan roh melalui penulisan yang baru sahaja aku mulakan di laman wattpad dengan judul Bani Terakhir Kelaparan Di Bumi. Cuma aku masih buntu, siapakah Jamal Soya yang akan bakal memperagakan ? Adakah Jamal ini akan seperti Soya yang aku sendiri tidak kenal ? Atau Muhammad yang sering menerjah waktu tidaksenangku ? Atau perwatakannya seakan kesatria(yang tidak menjadi)ku ? Aku buntu,

Melur Radhiallah - Aku menggambarkan Melur sebagai perawan yang kusut dan berbau. Bukan dari fizikalnya, tetapi dari sudut mental dan rohaniahnya. Perawan yang sedang mengembur-mengembur isi kehidupan untuk mengetahui seperti apakah hidup ini ? Perawan yang sering berantakan dan membentak Tuhan, namun di kemudian hari; masih loyal dan memeluk Tuhan. Satu-satunya entiti yang tidak tinggalkan perawan ini. Terkadang aku terasa aku adalah Melur dan Melur adalah aku. Namun, sekerasnya aku tegaskan, aku bukan Melur dan Melur bukan aku.

Melur perawan yang hilang jati diri. Keras kepala dan tidak sabar. Ketidaksabaran Melur telah menjadikan beliau perawan yang gemar sendiri-sendiri. Setengah puak menggelarkan 'senndiri-sendiri' ini sebagai ekstrem selfishness. Bagi Melur pula 'sendiri-sendiri' ini adalah kesan daripada habit buruknya yang tidak sabar. Daripada menunggu si tolol siapkan kerja/membuat keputusan - Melur memilih leraikan segala kekusutan itu. Biar dia sendiri bertindak! Misalnya, ketika Jamal buntu mau terus bersama Melur atau pergi. Jamal butuh waktu berfikir dan Melur merasakan waktu berfikir Jamal adalah hari-hari mual dan dungu. Diakhirnya, dengan tidak sabar, Melur bunuh diri. Seperti percubaan-percubaan bunuh diri sebelum ini; Melur gagal. Kerana ada suara dari entiti yang tak tinggalkan perawan ini. Sadis bukan ? Ah lagi sekali, terkadang aku terasa aku adalah Melur dan Melur adalah aku. Namun, sekerasnya aku tegaskan, aku bukan Melur dan Melur bukan aku.

Jamal Soya - Ada banyak orang-orang dalam satu Jamal. Rahwani, Amad, Ehsan, Muhammad, Eva, ntah siapa-siapa sahaja telah disatukan mampat duduk dalam satu nama, Jamal Soya. Tapi aku lebih gemar menjadikan Jamal sebagai Fatimah. Aku yakin Melur perlukan kawan seperti Jamal yang diserap-masukkan perwatakan Fatimah. Fatimah perawan yang tidak dijangka (unpredictable) - Dalam sekeras-keras dia, siapa tahu setiap malam masih menadah dan memotong-motong doa buat santapan Tuhan. Tuhan yang dambakan pujian. Aku masih berkira-kira, kalau bukan Fatimah, siapakah akan aku gambarkan ? Atau Jamal juga adalah aku dan aku adalah Jamal ? Kemudian dengan sekerasnya aku tegaskan, aku bukan Jamal dan Jamal bukan aku ? Ntah buat kali ke berapa, aku buntu.

Jadilah sesiapa sahaja dalam penulisan-mu ! Aku adalah semut, aku adalah penghawa dingin, aku juga tukang kebun dan apa-apa sahaja yang memerlukan perbualan.

Akhir sekali, aku ada puisi untuk Melur Radhiallah & Jamal Soya;

Kau Melur, aku Mai
Kau Jamal, aku Mai
Kau Melur Radhiallah, aku masih Mai
Kau Jamal Soya, aku masih lagi Mai

Kau Amad, aku adalah Mai,
Kau Haqimi, aku tetap akan menjadi Mai,
Malah kalau nama kau Ahmad Haqimi sekali pun,
Aku akan terus dan teguh menjadi Mai

-Puisi penulis yang di makan karekter buku-nya sendiri

.

Kamis, Agustus 18, 2016

Cigarette in one hand, whiskey in other

Apa yang secara tidak sadar saya lakukan malam itu adalah menjelaskan betapa dalamnya keputus-asa-an saya. Saya tidak tahu lagi bagaimana cara hidup. Dan tampaknya tak seorang pun menyadari betapa ketakutannya saya. Tak seorang pun mau mendengarnya.

Masalahnya adalah ketika orang memutuskan bahwa apa yang tampaknya seperti sebuah usaha bunuh diri “hanyalah” sebuah teriakan minta tolong, mereka kadang-kadang menyimpulkan bahwa panggilan tersebut tidak perlu dijawab. Bahkan, mereka memutuskan lebih baik tidak menanggapi, karena pasien tersebut tidak boleh didorong untuk melakukan tingkah neurotis semacam itu. Dia mesti belajar untuk menunjukkan rasa sakit dengan cara yang sederhana dan langsung, tanpa mengambil jalan simbolisme yang berlebihan seperti itu. Tetapi, saya telah mencoba menjelaskan ketakutan dan kebingungan saya, sejelas yang saya mampu, dan tetap tak ada bantuan yang datang.

-Karen Armstrong, Menerobos Kegelapan

Bahan bacaan kegemaran telah bertukar menjadi sesuatu yang mengerikan. Kerap kali membuat carian perihal depresi, afraid of fear, losing, death, dan segala yang berkaitan rapat dengan kegelapan. Eva mengklasifikasikan aku sebagai orang mengarut dan tidak realistik; segala-gala yang memakan abdomenku perlahan-lahan.

Dunia ini menyedihkan, layak kita akhiri, mari bunuh diri.

Senin, Agustus 15, 2016

Your are not depressed, Mai. Your are selfish.

1. "8:35 masih di ruang kantor and what the fuck is this life yaw!," Marah aku pada diri sendiri sambil menghirup kopi jimat kos dari poket kompeni. Working environment kompeni aku ni sesuai untuk orang melayu yang pemalas dan suka buat kerja bertangguh. Dan aku adalah satu-satunya bangsa melayu kerja disini. Tahniah, Mai.

2. Working life is one of the way to escape yourself from fucking unsolved problem. Datang pagi, bergelumang dengan kerja sampai lupa Tuhan. Makan pun office-mate kau ingatkan. Petang datang, kau masih hadap komputer. Magrib, masih dengan komputer. Dan sekarang hah, masih ada hati nak menghadap komputer dan menulis lagi (!)

3. Aku baru buat keputusan tak nak sambung belajar dalam masa terdekat dan aku bersedia untuk terima baik buruk keputusan aku ini. 

4. "Kalau kau sambung belajar, kau akan tinggalkan dia lagi tak?," Tanya Fizi.

5.  Fizi is loyal friend. I admit it. Aku sendiri senang berbual dengan dia walaupun once of my life. Cuma itulah, aku tak pernah ambil serius untuk hal-hal yang serius. Kalau ada peluang untuk bercakap dengan Fizi lagi, aku mau berterima kasih kepada dia. "Tak apa Mai. Tak ada rezeki kat situ, Inshaa Allah ada tu untuk kau."

6. Dan alang-alang tak sambung belajar ini, aku bercadang nak beli vespa sebiji instead of beli kereta. Dari dulu aku lebih gemar membelah angin menggunakan motor kalau nak dibandingkan dengan kenderaan bermotor yang lain-lain. Rasa bebas.

7. Peduli apa cakap-cakap orang. Live your life. Duit tak boleh bawa mati. Jadi, beli !

7. Tunggu tahun depan. Awal tahun kita sambut Seri (Nama vespa itu) Awww!

Sabtu, Agustus 13, 2016

We have no time to turn back, so keep walking

Baiklah kita lihat sejauh mana perginya penulisan aku ini. Aku akan mulakan dengan neural dan bersahaja. Ketagihan aku terhadap menulis semakin menjadi-jadi: seperti khayalnya aku membelah sang angin.

Membuka kembali folder musik kegemaran lama di laptop adalah hal yang menguntungkan. Musik sering aku gunakan sebagai mekanism menjana idea grafik sewaktu berkhidmat untuk persatuan. Nahko Bear, Damien Rice, Khottal, Hujan, Closehead dan beberapa lagi pemusik yang aku kenal sebagai seniman yang unik.

Damien Rice misalnya. Aku takjub akan pembawakan lirik-lirik beliau yang puitis. Ada satu lagu berjudul its take a lot to know a man, Damien berbisik kepada aku; what are we so afraid to lose ? Harta, pangkat, kekasih, pekerjaan, wang, keluarga, segala-galanya. Kenapa? Kenapa manusia takut akan kehilangan ? Lagu ini berakhir dengan piano solo dan kedengaran hujan kecil di hujung speaker. Sumpah sedih kalau kau betul-betul menjiwainya.

Sedih. Sebab selama ini kau (atau lebih tepat, aku) hidup dalam ketakutan.

"Everything that related to losing is fear to everyone, Mai." Perbualan tak disengajakan dengan perempuan luar semenanjung. Aku sering membawa perempuan ini ke medan perbincangan. Jarang kau boleh jumpa perempuan seperti dia. Kebanyakkan daripada perempuan-perempuan tipikal termasuk aku; suka akan hal-hal yang tidak remeh temeh dan ringan.

General Manager aku bakal melepaskan jawatannya atas saranan CEO. Perniagaan syarikat tidak berapa baik dan pasaran semakin teruk. Kemasukan anak syarikat baru nampaknya sedikit sebanyak memberi implikasi buruk terhadap pasaran semasa. Orang-orang besar yang memakan kos tinggi diarah keluar secara lembut.

"Kenapa saya masih disimpan, Eva ?," Tanyaku naif dan bodoh.

Kau masih disini kerana bayaran murah, Mai. Low cost dan multipurpose talent yang tidak disangka-sangka, terang perempuan cina usia awal 30-an. Jujur dan tidak berlapis.

One of the worst losing is job. Because it's related to financial.

Untuk fresh grad macam aku yang zero responsible ini masih boleh bersahaja melawan ketakutan diberhentikan kerja. Tetapi untuk orang-orang yang sudah stable, ada tanggungan - losing a job is the nightmare ! 

Salah satu daripada core assignment aku untuk subjek Isu-isu Ekonomi adalah "Sejarah Riba/Bunga". Tajuk yang membosankan. Tajuk lelong untuk pelajar-pelajar yang daftar lewat. But I used to working on it. Kami memfokuskan Sejarah Riba di Zaman Babylon. Kalau kau masih ingat fasal Undang-undang Hammurabi - inilah yang aku studi. Ada satu artikel itu menyentuh perihal hutang - kerana isu riba berkait-rapat dengan pinjaman (hutang). Pelopor idea daripada India berpendapat bahawa hutang adalah penggerak utama manusia bekerja keras. Lagi banyak hutang yang kau ada, lagi kuat kau bekerja. Hal yang ditakutkan adalah siapa nak bayar hutang sementara tunggu kau dapat kerja lagi?

(Penulisan telah diolah. Penulis mau berhenti di takat ini sahaja.)


Jumat, Agustus 12, 2016

Ckfkca

1. Aku curi masa rehat sebab ketagih nak menulis.

2. Dua tiga draf telah aku bangunkan tidak di publish dan mungkin ini yang ke empat. Seterusnya penuh draf dengan tulisan-tulisan tidak selesai.

3. Ah celaka ah! Aku juga rindu coffee date.

4. Jason berlari bawa Macca Tea ke arah aku. Mengah dia belum habis lagi, cepat-cepat disua cawan kertas ke arah aku. Gulp!

5. "For you, thanks for help us so much!"

6. Nahko Amad. Nahko Amad. Ada dua draf untuk dia. Dua.

7. Rutin sebelum tidur telah bertukar menjadi bedtime story dari peti sesawang artparasite, thoughcolor dan twitter.

8. Sedang usahakan zine. Ada dua tema dan masih belum pilih. Satu kelaparan dan satu lagi ketakutan. Nak mana satu? Aku pilih tidur.

9. Akhirnya zine Joe telah menemui aku. Ah Joe, kenapa perlu kita bersalam dengan penulisan sedangkan kita boleh berjumpa dan raikan dengan perbualan?

10. Rupanya drive alone tanpa tujuan memang seronok. I use to go tempat-tempat so called kenangan, ini semua idea-idea artikel bedtime story yang aku baca. Cara nak jadikan diri kau kuat, pergi ke tempat lepak yang pernah jadi spot hampa - Oldtown Coffee Setia Alam misalnya.

11. Dah poin sebelas dah ni beb.

12. Dua belas ini untuk Tuhan. Tuhan jangannn kau izinnn aku lupaa. Hehe. Main-main je Tuhan.

Kamis, Agustus 11, 2016

Perbualan ringkas dengan Mama

Aku tidak bersedia untuk menulis perihal Mama berkaitan ulang tahun ke-enam ditidurkan Tuhan. Kalau aku teruskan juga menulis perihal Mama; kau akan dapati kesan dakwat kembang di dua tiga huruf, itupun kalau aku menulis di kertas menggunakan pen basah.

Hai, Perempuan Anggun.

Masih ingatkah lagi kau kepada aku duhai Perempuan Anggun ?

Mari datang ke dakapanku untuk melepaskan rindu yang telah lama aku sorokkan di ruang hati. Boleh jadi badan kau telah sejuk kerana kehangatannya telah direntap oleh sang malaikat. Tidak mengapalah, aku tetap mahu memeluk kau dengan bersungguh-sungguh. 

Setelah itu, mari kita mulakan perbualan dengan bertukar khabar, adakah Tuhan telah menjaga kau dengan baik, perempuan anggun? Bagaimana pula dengan hewan-hewan kecil yang mendodoikan kau tidur ? Dan tanah-tanah yang empuk, adakah mereka masih nyaman untuk diduduki ?

Moga doa-doa dari alam nyata mengerumi Tuhan minta dimakbulkan!

Baiklah. Kini giliran kau pula bertanyakan kepada aku. Ya apa-apa sahaja yang kau mahu tahu, Perempuan Anggun. Aku akan segera menjawab segala pertanyaanmu. Jika kau mahu tahu perihal Babah - nama kau masih disebut-sebut lagi oleh pria ini ! Wallahi ! Dia sering tersasul memanggil namamu. Atau kau mahu tahu perihal anak-anakmu ? Mereka adalah serpihan doa-doa kau yang telah dimakbulkan Tuhan, Perempuan Anggun ! Ya kau telah berjaya mendidik mereka menjadi tabah dan kuat.

Atau kau mahu tahu perkembangan aku ?

Aku akan tunduk sekiranya soalan ini terpacul keluar dari kau. Aku akan gengam tangan kau kuat dan menangis teresak-esak seperti anak kecil. Aku mahu kau memeluk dan memujukku sambil bertanya kenapa duhai anakku? Kesedihan apakah yang menggelabui pemikiranmu? Nanti bila tangisku reda, aku akan beritahu bahawa aku rindu kau, orang yang membela kesalahanku. 

Perempuan anggun,

Apabila masa telah sampai, Tuhan akan menemukan kita lagi dalam keadaan muda. Kau muda dan aku juga muda. Bolehkah di waktu muda itu aku mahu memicit bahu kau lagi ? Seperti yang kita rutinkan suatu masa dahulu ?

Aku tunggu jawapanmu, Perempuan Anggun.

Sabtu, Agustus 06, 2016

Okre hey

1. Somehow, aku rasa korek hidung itu nikmat betul. Lagi-lagi bila tengah kusyuk baca buku atau buat kerja. Dalam office pun jadi. Wallahi !

2. Result terakhir degree aku keluar dua hari lepas. Tamat dengan kepujian.

3. Awal pagi lagi aku sudah bangun sampaikan khabar baik kepada abah. Aku beritahu dia tenang supaya siap-siap untuk bulan sebelas nanti, ambil cuti untuk hadiri hari gemilang saya. Tanya abah, "Pakai selempang tak ?." Aku dah terdiam. Mujur ada along. "Tak ada selempang, tapi dah ada pekerjaan tetap," Sampuk along redakan pagi. Moga Tuhan kuruskan along.

5. Aku yang sekarang ini adalah serpihan doa-doa mama dan solat abah yang telah Tuhan gabungkan menjadi satu kenyataan. Terima kasih, Tuhan untuk mama dan abah. Walaupun kadang-kadang aku rimas dengan arahan depa huhu, but yet - they still love me.

6. Okey keluar kejap beli sponge kek.