Sabtu, Juli 09, 2016

The Greatest Bastard (Ini je tajuk yang terlintas kat kepala aku)

Aku masih berkira-kira hari ini aku perlu mulakan hari dengan apa. Selesai ucap selamat pagi kepada orang-orang yang aku sayang (babah orang paling terkejut bila aku bangun dan kucup pipi dia), aku terus ambil towel dalam niat nak segarkan badan setelah semalaman lalui tidur yang tidak senang. Aku tertidur di kusyen menghadap laptop dengan sisa-sisa lagu nahko yang masih tidak berhenti bernyanyi. Yang aku kutip tiap-tiap bait kekuatan supaya kekal menjadi seorang Mai-Yang-Diredhoi-Allah.

*Senyum

Aku tak pasti macam mana situasi yang aku lalui sekarang ini telah mempengaruhi aku menjadi seorang yang membencikan televisyen. Semua hal-hal di televisyen adalah mengarut dan membosankan! Sejak semalam ntah berapa banyak kali aku mencarut haha. Alih-alih aku tutup dan pergi ke arah stor rumah. Keluarkan gitar dan bersihkan.

Nahko dan Damien - aku pilih Damien. Cuma Damien nyanyikan lagu-lagu kekecewaan. Buat masa sekarang aku tak boleh go dengan lagu-lagu Damien. Lebih-lebih lagi "The Greatest Bastard". Ahh aku tak patut dengar lagu-lagu Damien ! Jauhkan diri kau dari Damien, Mai !

Masih tiada gambar raya dari aku. Ya. Sebab aku struggle settlekan projek company. Shit betul aku terlepas due date. Aku harap aku bertahan lama dengan company ini. Sakit-sakit juga, karier jangan letak tepi. Tunggang terbalik - kau masih ada masa depan. Kau masih perlu hidup. Kasi aku sebulan, Mai. Untuk aku build up balik confident. Okey, Mai ?

**

Di masa depan nanti mesti aku gelak baca tulisan-tulisan ini. Huhu.
The loser, Mai Radhiallah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar