Jumat, Juli 08, 2016

Kenapa Tim penting dalam life aku ?

Dalam banyak-banyak orang datang dan pergi dalam life aku, kenapa mesti Tim yang aku pilih sebagai orang-orang terpenting? Sedangkan aku ada nama lain seperti Rahwani, Asyikin, Atikah; tapi kenapa aku masih pilih Tim ?

Ada suatu hari; pada awal perkenalan kami, aku seorang yang gemar menikmati perjalanan pulang menaiki bas pusing satu kawasan universiti instead of tunggu kat bahagian belakang pusanika untuk cepat sampai kolej dengan alasan cepat sampai bilik dan tidur. Ya. Tidur adalah perkara aku suka buat dan ditunggu-tunggu; cuma kalau diletak dalam senarai aktiviti kegemaran, tidur berada di ranking tercorot sekali. Aku pernah gaduh dengan kawan aku fasal hal ini haha aku memang suka acah-acah berdebat pertahankan idea - siapa lagi nak pertahankan idea kau, selain diri kau kan ? Ini logik aku time tu.

"Kau belum dikira sebagai bestfriend kalau kau ikut cakap 'bestfriend' kau; dengan ketepikan apa yang kau sebenarnya suka (buat)" - 

Bestfriend is not your follower !

Jadi setiap perbuatan kami tidak mempengaruhi antara satu sama lain. Kau akan dapati aku dan Tim kontra sekali (pada permulaannya) - aku suka berjalan tengah panas, Tim pilih untuk berjalan di tempat teduh. Tim suka Poulo Chelho, aku penggemar Mitch Albom. Tim minat filem aksi bunuh-bunuh, aku lebih kepada science fiction, fasal angkasa raya. Pandangan kami terhadap sesuatu isu juga ada kala berbeza. Sumpah berbeza gila !

Tetapi dia masih penting dalam life aku.

Selepas aku lalui turning poin di matrikulasi - aku letakkan diri aku dalam keadaan paling bawah sekali. Lebih teruk bila aku mula berfikir 'Kenapa aku wujud ?' 'Siapa Tuhan aku ?' 'Kenapa aku kat sini?'. Benda ini terus dan menerus ragut aku. Bertambah bala bila aku duduk di hostel seorang diri (dalam satu bilik), jahanamnya aku masa tu. Waktu ini aku banyak menulis di blog stuartaccount (sekarang dikenali sebagai manylisme blogspot)

The best thing about Tim, dia tak menghukum. Bila aku datang pada dia dalam keadaan sedia; dia sambut dengan baik dan kami berkawan. Setiap persoalan aku, dia jawab dengan tenang.

"Tim, Tuhan = Satu. Satu = Kesunyian ?"

"One doesn't mean alone, Mai."

Aku orang paling kedekut untuk berbelanja. Serius ! Aku tak akan senang-senang beli barang ikut sedap tekak (masa belajar aku guna 100% duit biasiswa dan bekerja di kiosk - tak minta parents). Tim ajar aku raikan hidup. Lepas kau penat belajar dan bekerja, kau perlu reward diri dengan makanan yang sedap-sedap. Satu-satunya tempat kami akan pergi adalah Oldtown White Coffee. Selain itu, kami akan beli tomyam bungkus - kongsi, lebih meriah.

Jadi, kenapa Tim penting dalam life aku ?

***

Tidak ada komentar:

Posting Komentar