Sabtu, Juli 16, 2016

furpmabk

Hal yang paling aku benci adalah berjumpa doktor. Aku terangkan banyak kali pada semua orang bahawa aku okey dan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Nanti kalau aku sudah makan, segalanya akan jadi baik semula. Paling-paling aku akan keluarkan isi makanan dalam perut. Dua tiga kali, habis. Settle. Kemudian aku masih boleh tidur dengan tenang. Macam inilah aku terangkan pada mereka.

Aku sengaja buat-buat manja dengan ibu. Tolong ibu. Cakap-cakap dengan ibu. Malam terakhir ramadhan aku peluk bahu ibu sambil beritahu apa yang aku rasa selama ini; perihal permasalah yang telah menjadi kusut ini. Sebenarnya perhubungan kami masih kekok. Pelukan itu sendiri nampak kaku. Ibu tenangkan aku. 

Struggle aku panjat rooftop nak bau angin dari atas. Aku rasa bebas. Aku rasa tenang. Inilah sahaja yang aku mampu buat kalau kenangan datang kunjungku lagi. Kadang-kadang aku berborak dengan orang dua tiga orang asing. Pekerja di bahagian atas yang tengah betulkan simen. Borak sekadar lepaskan rasa tidak selesa. Kemudian aku ambil jalan sendiri untuk panjat tangga pergi tingkat lagi tinggi. Ah nikmatnya !

Ada sebab kenapa akhir-akhir ini aku gila kerja. Aku merasakan hal peribadi aku telah menguasai diri aku sepenuhnya. Datang kerja macam orang tak betul. Ada suatu hari itu aku tak bawa purse dan duit. Macam mana nak makan kalau tak bawa duit. Jadi aku pun berhuhu tahan lapar dengan buat kerja. Bermula dari situ, aku jadi ketagih tak turun makan dan okey sahaja kalau purse tertinggal.

Akhirnya, segala persoalan telah Tuhan leraikan. Ah aku tak mampu nak ulas panjang.

Sila tahan aku. Jangan biar aku macam ni.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar