Selasa, Juli 05, 2016

Catat dan baca i

1. Always With Me // OST Spirited Away versi kotak musik - merupakan susunan musik terbaik pernah aku dengar. Aku ketagih akan bunyi dari hujung detak yang berkebolehan meletakkan aku dalam ruang tenang.

2. Sementara nunggu adzan subuh (jarang aku tunggu sebenarnya); aku cuba siapkan graphic design di ruang tamu depan. Sejak akhir-akhir ini aku banyak tertidur di kusyen. Tersedar jam dua tiga pagi - kalah dengan Tuhan.

3. Lekas-lekas bawa dari masuk ke dunia realiti. Mungkin Tuhan lagi tertawa - lihat betapa rapuhnya seorang aku.

4. Telah lima bulan aku tinggalkan universiti. Kehidupanku masih tidak stabil. Segalanya kusut dan membuntukan. Kesan generasi strawberi sungguh kuat meresapi ke dalam tubuhku - disaat ini aku sangat menghargai manusia-manusia yang sering titipkan semangat dalam kocekku.

5. Pada awalnya aku menulis panjang untuk poin ini - sebelum menghapuskan semua. Tuhan lebih gemar lihat aku menjadi pemaaf dan naif.

6. "Saya tidak dapat bayangkan macam mana Mai marah" - Eton

7. Aku pernah mengenggam batu sewaktu membuat perbualan serius dengan FI. Mujur perbualan serius itu dilangsaikan dengan aman dan tiada cedera. Mujur sahaja. Kalau ikutkan aku mahu hentak batu pada tangan kanannya atau mungkin pada bahu kirinya. Tapi itulah, rasa tidak sampai hati melimitkan segalanya.

8. Poin ini aku serahkan kepada Tuhan. Tuhan, kau menangkan aku ya ?

2 komentar:

  1. Anonim08:49

    Hadapi dengan tenang Mai.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Ya aku cukup kuat untuk hal-hal ini.

      Hapus