Minggu, Juni 19, 2016

Mama (i)

"Can we just go with the flow ?"

Menulis semasa diri kau sedang gembira sebenarnya bukan mood penulisan yang baik untuk aku. Musik-musik positif dari gegelung speaker lebih mengganggu rentak penulisan aku. Semalam sahaja 4 draf sekali gus gagal dimuat-naik. Dan lagi sekali aku merungut perihal penulisan. Tulis sahajalah, Mai !

Akhir-akhir ini aku sering tertidur awal dan bangun di pertengahan malam; membuat sesi bercakap dengan Tuhan. Perihal dosa-dosaku, perihal impian-impianku, harapan-harapanku. Kami berhubung dengan baik sekali. Selain Tuhan, aku berharap Mama dapat mendengar sekali.

"Esok ibu buat mee kari.

"Itu favorite Kak Lang!"- Ida

Aku kekok sekali dengan sosok bernama ibu, Ibu bukan dari relatif kami. Dia hadir selepas lima tahun mama ditidurkan Tuhan. Mungkin ibu pendiam dan jarang bercakap dengan kami, jadi ibu hanya menang di hati Babah. Tetapi lewat hari ini, nampaknya perhubungan kami sedang menuju ke sesuatu yang baik. Atau ibu beli aku dengan mee kari ? Hehe

Ada suatu hari aku tersasul menyebut ibu sebagai Mama.

"Mee kari ini boleh lawan mee kari mama tak, Kak Lang ?"- Provok Babah.

Aku sengaja lambat-lambat beri komen perihal mee kari ibu. Aku beritahu, rasanya sama macam mee kari mama; kalau kuah sedikit pekat dan ada tahu sponge mesti lagi sedap. Cuma jauh sudut hati aku kata mau menambah,

"Ain't a woman alive that could take my mama's place"

Terima kasih, ibu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar