Kamis, Juni 30, 2016

Aku berbual dengan Tuhan, lebih kerap daripada aku berbual dengan kau.

Aku berbual dengan Tuhan; perihal kau
Lebih kerap daripada aku berbual dengan kau
Kami berbincang perihal kegembiraan, juga hal-hal kesengsaraan
Seperti yang sering aku bertanya kepada-Nya;
"Apa yang perlu aku lakukan, Tuhan ?"

Dan Tuhan, Tuhan Maha Mendengar
Ketika aku bercerita perihal yang merobek hati --
Hingga rohku berkilauan;
Tuhan berjanji akan tetap bersama aku.

Aku meminta Tuhan permudahkan perjalananku,
Dan perjalanan kau juga.
Kita akan hidup dalam kemuliaan-Nya
Dan mendatangkan berkat kepada orang di sekeliling kita.

Aku berharap Tuhan menjadikan kau kuat
Kerana Tuhan,
Dan mengekalkan kau jauh dari kesilapan
Memberikan segala kegembiraan yang Tuhan ada.

Apabila aku ingin berbual dengan kau,
Sebaliknya aku berbual dengan Tuhan
Tuhan tahu apa yang akan aku lalui
Dan Tuhan tahu hura-hara yang hidup dalam fikiranku.

Ya, pilihan ini adalah sukar,
Telah banyak doa-doa yang aku alirkan untuk kau
Kerana fikiranku, tidak mampu mengabaikan kau
Jadi aku menceritakan semua perihal kita-kita dengan Tuhan.

-Juni 2016, 26
Selamat Ulang Tahun, Ren.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar