Kamis, Juni 30, 2016

Aku berbual dengan Tuhan, lebih kerap daripada aku berbual dengan kau.

Aku berbual dengan Tuhan; perihal kau
Lebih kerap daripada aku berbual dengan kau
Kami berbincang perihal kegembiraan, juga hal-hal kesengsaraan
Seperti yang sering aku bertanya kepada-Nya;
"Apa yang perlu aku lakukan, Tuhan ?"

Dan Tuhan, Tuhan Maha Mendengar
Ketika aku bercerita perihal yang merobek hati --
Hingga rohku berkilauan;
Tuhan berjanji akan tetap bersama aku.

Aku meminta Tuhan permudahkan perjalananku,
Dan perjalanan kau juga.
Kita akan hidup dalam kemuliaan-Nya
Dan mendatangkan berkat kepada orang di sekeliling kita.

Aku berharap Tuhan menjadikan kau kuat
Kerana Tuhan,
Dan mengekalkan kau jauh dari kesilapan
Memberikan segala kegembiraan yang Tuhan ada.

Apabila aku ingin berbual dengan kau,
Sebaliknya aku berbual dengan Tuhan
Tuhan tahu apa yang akan aku lalui
Dan Tuhan tahu hura-hara yang hidup dalam fikiranku.

Ya, pilihan ini adalah sukar,
Telah banyak doa-doa yang aku alirkan untuk kau
Kerana fikiranku, tidak mampu mengabaikan kau
Jadi aku menceritakan semua perihal kita-kita dengan Tuhan.

-Juni 2016, 26
Selamat Ulang Tahun, Ren.

Minggu, Juni 26, 2016

-

At the lowest point of my life right now.

Please stay.

Selasa, Juni 21, 2016

Old memory eat me, slowly.

"Fight it back, Maii"

"Gosh Maii, I miss that moment"

"If you just tell me the truth, it wont be the same as now, Maii"

"Maii, kenapa kau baru cakap semua benda ini sekarang?"

Manusia never realized masa depa tengah marah, perasaan marah telah menguasai diri depa sepenuhnya sehingga menutup segala peluang-peluang orang yang dihukum memperjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Whatever comes our way, whatever battle we have raging inside us, we always have a choice - Peter Parker

So geng, we had choose our way.

Senin, Juni 20, 2016

I seeking for the answer of 'Why?'

Aku semakin mencintai (betapa misterinya) Tuhan kita.

Mereka pernah bertanya kepada aku perihal persoalan-persoalan 'Kenapa?' yang sering aku wujudkan. 

Bilang mereka, "Kalau tak ada jawapan, jangan wujudkan persoalan - mudah."

Aku mahu mempelajari hal mudah ini dari mereka. Kagum aku dengan kebolehan mereka meletakkan hal-hal remeh ketepi. Tetapi sayangnya aku telah dihidupkan sebagai Maiizatul.

Jadi aku perlu hidup sebagai Maiizatul.

Yang semakin hari perlu-ku akui, kau adalah rezeki terbaik dari Tuhan.

Minggu, Juni 19, 2016

Mama (i)

"Can we just go with the flow ?"

Menulis semasa diri kau sedang gembira sebenarnya bukan mood penulisan yang baik untuk aku. Musik-musik positif dari gegelung speaker lebih mengganggu rentak penulisan aku. Semalam sahaja 4 draf sekali gus gagal dimuat-naik. Dan lagi sekali aku merungut perihal penulisan. Tulis sahajalah, Mai !

Akhir-akhir ini aku sering tertidur awal dan bangun di pertengahan malam; membuat sesi bercakap dengan Tuhan. Perihal dosa-dosaku, perihal impian-impianku, harapan-harapanku. Kami berhubung dengan baik sekali. Selain Tuhan, aku berharap Mama dapat mendengar sekali.

"Esok ibu buat mee kari.

"Itu favorite Kak Lang!"- Ida

Aku kekok sekali dengan sosok bernama ibu, Ibu bukan dari relatif kami. Dia hadir selepas lima tahun mama ditidurkan Tuhan. Mungkin ibu pendiam dan jarang bercakap dengan kami, jadi ibu hanya menang di hati Babah. Tetapi lewat hari ini, nampaknya perhubungan kami sedang menuju ke sesuatu yang baik. Atau ibu beli aku dengan mee kari ? Hehe

Ada suatu hari aku tersasul menyebut ibu sebagai Mama.

"Mee kari ini boleh lawan mee kari mama tak, Kak Lang ?"- Provok Babah.

Aku sengaja lambat-lambat beri komen perihal mee kari ibu. Aku beritahu, rasanya sama macam mee kari mama; kalau kuah sedikit pekat dan ada tahu sponge mesti lagi sedap. Cuma jauh sudut hati aku kata mau menambah,

"Ain't a woman alive that could take my mama's place"

Terima kasih, ibu.

Jumat, Juni 17, 2016

jdftyb

1. Minum coffee pada malam jumaat bukan idea yang baik. Dek kerana gelisah rasa tidak cukup sesuatu, aku ambil keputusan untuk habiskan malam ini dengan Les Miserables dan beberapa helaian muka surat judul Me Before You.

2. Lampu buku; masa tidak mau gunalah baru kau nak tertebeng-tebeng keluar !

3. Ada tiga design tertunggak. Bila kau nak settlekan hoi !

4. Lotte Mullan - Wake up next to you

5. Akhir-akhir ini sering terbaca tulisan kekecewaan Uncle (kami rapat semasa berpersatuan) di laman sosial. "Ego membuatkan kau meletakkan martabat seseorang itu di tempat yang paling rendah," Keluh beliau.

6. "Mai yang ajar saya menjadi ego."

7. Ego membuatkan kau kehilangan orang yang kau sayang. Kau akan menjadi cepat penat dan mengalami tekanan yang kuat dalam kehidupan rutin. Kau akan sering menyalahkan takdir dan mengutuk-ngutuk Tuhanmu. Kau sering kebingungan menanti hari mendatang dengan tulisan-tulisan yang gagal. Aku pernah menjalani kehidupan suwey ini.

6. Perempuan sering merasakan mereka tertindas/dipergunakan oleh laki-laki; apabila sesuatu itu tidak berjalan dengan apa yang dikehendaki. Aku sendiri tidak faham perempuan.

7. ...

Kamis, Juni 16, 2016

poiyfu

Setidak-tidaknya aku perlu sadar, dengan jiwa merintih mencari Tuhan; Dia buka-satu-satu jalan. Tempoh hari adalah durasi masa paling singkat buat keputusan. Samada terus bergerak menikmati program atau terbang ke Turki. Akhirnya aku pilih untuk tidak melarikan diri --

Aku kurang pasti apa Tuhan akan hidang selain perihal kematian. Sehingga datang jiwa-jiwa besar memberi senyuman. Lalu Tuhan pun mengusik-usik hati dengan rasa sesuatu pada dia..

Dari mata dia sahaja aku dah tak mampu berlawan.

Tuhan yang dikenalkan pada aku tidak kejam. Mana mungkin dia simbah aku dengan rasa ini, kemudian berlari berciciran sambil ketawakan aku.

Kan Tuhan?

-Deci

Jumat, Juni 10, 2016

Sajak dari Pulau Perhentian (Khas untuk @WadiPulauPerhentian)

Punca segala api, yang kami beriman,
Menjadi punca segala sesuatu,
Sehingga langit setuju;
 
    Hamparkan hujan,
        Atap berdenting,
             Angin menang kuasa,
                 Bara malu-malu,
                     Air jadi raja,
                         Panas dan kedap udara.

Yang menjadi punca segala sesuatu,
Sehingga langit setuju.

-Pulau Perhentian,2016
Terima kasih, Wadi (Ejen Pulau Perhentian)