Minggu, Mei 08, 2016

Hari yang baik untuk menulis sesuatu perihal Mama

Mama, 
Adakah kau sedang bersenang-senang mengitup buah di taman Tuhan?
Atau tanganmu penuh menggendong anak-anak syurga menyanyi pujian? 
Atau kau lagi berehat di sungai susu mengetuai bidadari syurga?

Atau..

Atau adakah kau diseksa Tuhan atas kejahilan aku ?

***

Banyak sekali Tuhan timpakan aku persoalan, Ma. Tuhan merahsiakan semua ini dari pengetahuanku. Sedikitpun perihal kau rapi Dia simpan. Penghubung kita adalah Tuhan. Hampir 5 tahun kau pergi. Telah banyak yang berubah. Perkakas rumah, kereta, kasut, baju, material-material yang dulu tidak lagi boleh kau dapati hari ini. Kalau Tuhan hantar kau pulang, sila cium pipi kami. Tinggalkan kesan pada pintu rumah.

Kami tunggu, Mama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar