Minggu, Mei 08, 2016

Hari yang baik untuk menulis sesuatu perihal Mama

Mama, 
Adakah kau sedang bersenang-senang mengitup buah di taman Tuhan?
Atau tanganmu penuh menggendong anak-anak syurga menyanyi pujian? 
Atau kau lagi berehat di sungai susu mengetuai bidadari syurga?

Atau..

Atau adakah kau diseksa Tuhan atas kejahilan aku ?

***

Banyak sekali Tuhan timpakan aku persoalan, Ma. Tuhan merahsiakan semua ini dari pengetahuanku. Sedikitpun perihal kau rapi Dia simpan. Penghubung kita adalah Tuhan. Hampir 5 tahun kau pergi. Telah banyak yang berubah. Perkakas rumah, kereta, kasut, baju, material-material yang dulu tidak lagi boleh kau dapati hari ini. Kalau Tuhan hantar kau pulang, sila cium pipi kami. Tinggalkan kesan pada pintu rumah.

Kami tunggu, Mama.

Minggu, Mei 01, 2016

Tuhan, tunjukan aku.

Aku memberitahu hati agar jangan gentar terima ujian ini. Apakah Tuhan masih mahu bermain-main dengan hal ini ? Atau permainan ini menjadi sesuatu yang lebih hebat daripada yang sudah-sudah. Aku gementar. Sekiranya ia masih lagi sebuah permainan, aku kuathir aku akan jatuh lebih dalam lagi. Mungkin lebih teruk dari yang sudah-sudah. Hal-hal seperti ini mengganggu letak tidurku. Menghilangkan selera makanku.

Tuhan, tunjukkan aku.