Sabtu, April 23, 2016

A (i)

Akhir-akhir ini aku banyak luangkan masa bersama A. Setiap jumaat malam, A akan memboncengku pergi ke kedai kopi pacific. Kami akan memesan kopi dan bertafakur membaca buku masing-masing. Adakalanya meleret sehingga lewat malam. Nah, buku juga boleh jadi radas anti-sosial. 

A dan aku tidak banyak berkomunikasi. (Atau aku yang tidak boleh terima idea dia?). Walaupun dia punya relatif dan cara hidup yang sama dengan aku, kami mempunyai perbezaan dari sudut cara memberi pandangan. Aku hormat dan meraikan pandangan dia.

Aku simpan satu rahsia dari pengetahuan A. Helmet kami sering berlaga. Aku lebih selesa dia menganggap bahawa aku tertidur daripada tahu yang sebenarnya aku tunduk untuk membaca buku; membunuh waktu perjalanan pulang ke rumah. Tiga puluh minit menuju matahari terbenam kadang kala menjadi suatu perjalanan yang lama dan membosankan.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar