Sabtu, April 23, 2016

Baucer buku merupakan mukjizat kerajaan

Boleh jadi ini adalah tahun terakhir aku terima baucer buku. Untuk aku, baucer buku merupakan mukjizat kerajaan. Rakyat marhean miskin dan papa mana ada duit nak beli buku harga empat lima puluh dari luar negara. Tapi itulah, rakyat marhean pula tidak terlepas daripada dengan penyakit boros. Silibus ekonomi adalah releven untuk diselitkan dalam sistem pembelajaran sekolah rendah. Mungkin dalam subjek kemahiran hidup. Tahu mana keperluan, mana kehendak. Atau diakhirnya kakulah kedudukan buku-buku di rak tiada pembaca.

Membebel Mai, membebel haha.

Aku baru ambil baucer buku sebenarnya.

A (i)

Akhir-akhir ini aku banyak luangkan masa bersama A. Setiap jumaat malam, A akan memboncengku pergi ke kedai kopi pacific. Kami akan memesan kopi dan bertafakur membaca buku masing-masing. Adakalanya meleret sehingga lewat malam. Nah, buku juga boleh jadi radas anti-sosial. 

A dan aku tidak banyak berkomunikasi. (Atau aku yang tidak boleh terima idea dia?). Walaupun dia punya relatif dan cara hidup yang sama dengan aku, kami mempunyai perbezaan dari sudut cara memberi pandangan. Aku hormat dan meraikan pandangan dia.

Aku simpan satu rahsia dari pengetahuan A. Helmet kami sering berlaga. Aku lebih selesa dia menganggap bahawa aku tertidur daripada tahu yang sebenarnya aku tunduk untuk membaca buku; membunuh waktu perjalanan pulang ke rumah. Tiga puluh minit menuju matahari terbenam kadang kala menjadi suatu perjalanan yang lama dan membosankan.


Minggu, April 17, 2016

Hari ini adalah hari yang baik untuk ego saya; pergi mati

Jatuh dari sarang, seekor helang muda
Dia akan mengeluarkan bulu pelepahnya sendiri !
Oleh itu, sahut persoalanku;
Apakah jalan untuk gugurkan rasa kesakitan ini ?

Doa-doa pun dinyalakan
Lagu perjuangan menjelma dari api, ia adalah:

"Tuhan kudus dan suci,
Basuh kami, bersihkan kami,
Daripada kesakitan dan kepedihan ini."
Dalam rahmat yang tidak terhingga, aku menyanyi.




Hal yang biasa-biasa

1. Kembali menjadi pembaca senyap tulisan alepfgz. Nampaknya beliau telah beransur pulih daripada serangan bakteria malas menulis.

2. Beli tiga buah buku 'Ali Sharia'ti Untuk Pemula' dengan rega RM70. Satu buku untuk aku. Dua buah lagi nak kasi siapa doh ?

3. Oleh kerana el-lino menyerang bumi, aku habiskan tiga jam di Pacific kopi nak aircond punya fasal. Aku kalah pada kopi. Tak sampai secawan pun boleh buat aku rebah.

4. Esok pembentangan laporan dengan penyelia - latihan industri.

5. Ah masuk kelima aku dah mati kutu !