Rabu, Maret 09, 2016

Cambodia: Mong juga mahu berselfie

Kami duduk-duduk di bangku berhadapan sungai (?) di Night Market, Siem Reap. Nikmati malam terakhir di negera orang sebelum pulang menghadap realiti. Ada jambatan yang menghubungkan antara sungai, lampu dihias membentuk seakan kapal. Di atas jambatan itu, sekumpulan agamawan hindi rancak memukul gendang dan alat desing sambil bernyanyi matra Hare Krishna Hare Rama (Hidup Krishna, Hidup Rama)

Jujur. Aku kurang peduli dengan rakan gaul yang kaget mengejar masa bermain permainan pokemon. Kerana pada waktu itu anak kecil dalam kepalaku mula merangkak mahu keluar dari lubang telinga lalu mengusik-ngusik keenam-enam deriaku. Ahh. Boleh saja kalau pensil dan buku ada di tanganku, puisi Tuhan pasti tercipta!

Ada orang mencari Tuhan melalui alat musik,
Ada orang mencari Tuhan dalam selakan buku biru,
Ada orang mencari Tuhan dengan mengumpul gelang unggu,
Ada juga orang mencari Tuhan menggunakan asap kelabu,
Adakah orang-orang ini telah berjumpa Tuhan yang dicari?
Adakah Tuhan yang orang-orang ini jumpa adalah Tuhan yang sama?
Jika tidak sama; mana satukah yang benar-benar Tuhan?
Bagaimana mereka yakin menyatakan Tuhan mereka benar?
Atau 'kebenaran' itu adalah Tuhan?

Aku namakan perjalanan ini sebagai perjalanan mencari Tuhan sehingga berjumpa seorang Mong budiman (aku lupa nama dia) yang menyeru umat agamanya ke arah keharmonian beragama. Kami saling menyampaikan dan berpesan-pesan. Di akhir diskusi kami berselfie.

Ah, Mong juga mahu berselfie.

September 2015

Tidak ada komentar:

Posting Komentar