Kamis, Februari 11, 2016

Unpublished post: Aku senior, kau siapa ?

Langit kelihatan sungguh sugul sekali. Mendungnya bukan selalu. Dengan segerombolan askar awan gebu kelabu yang cuba-cuba mendominasi jumantera jingga, cukup membuat manusia gerun berlari-lari kecil, menutup bahagian kepala, mencari kawasan teduh. Tiba satu masa, awan pun menghempaskan kantung isi-nya dengan kelajuan deras tanpa sedikitpun menghiraukan doa-doa segelintir manusia, supaya "Jangan hujan di sini!".

Hujan terus turun dan mengertak aku supaya berkalih dari tempat berdiri, Aku degil. Aku terus terpacak sendiri. Biarkan-lah. Biar tempias hujan berdikit-dikit menggigit daging hati. Biar hati hilang dimamah air liur bakteria jahat. Apabila sudah hilang, mudahlah. Berlawan dengan aku yang tiada hati.

Aku betul-betul berada di lapangan perang. Cuaca sejuk, samar-samar dan berpasir. Aku sendiri. Tanpa ada satupun kelengkapan perang. Dan di seberang sana ada barisan raksasa dari pihak lawan. Disusun dengan teratur; tentera berpanah. tentera berkuda. tentera berkaki, dan kau namakan sahajalah sendiri jenis tentara yang kau minati. Mengibarkan panji-panji kebesaran. Sambil memerbangkan lolongan suara gerun, cukup untuk menampar aku (tanpa radas) terjelopok, berputar kaki, menahan sakit.

Dan aku sendiri tidak pasti. Untuk apakah peperangan ini?

20141028//02:28

1 komentar:

  1. Ini mesti cerita zaman jadi junior. Surrealnya gila-gila, seniornya ada yang raksasa.

    BalasHapus