Kamis, Februari 11, 2016

Unpublished post: Aku senior, kau siapa ?

Langit kelihatan sungguh sugul sekali. Mendungnya bukan selalu. Dengan segerombolan askar awan gebu kelabu yang cuba-cuba mendominasi jumantera jingga, cukup membuat manusia gerun berlari-lari kecil, menutup bahagian kepala, mencari kawasan teduh. Tiba satu masa, awan pun menghempaskan kantung isi-nya dengan kelajuan deras tanpa sedikitpun menghiraukan doa-doa segelintir manusia, supaya "Jangan hujan di sini!".

Hujan terus turun dan mengertak aku supaya berkalih dari tempat berdiri, Aku degil. Aku terus terpacak sendiri. Biarkan-lah. Biar tempias hujan berdikit-dikit menggigit daging hati. Biar hati hilang dimamah air liur bakteria jahat. Apabila sudah hilang, mudahlah. Berlawan dengan aku yang tiada hati.

Aku betul-betul berada di lapangan perang. Cuaca sejuk, samar-samar dan berpasir. Aku sendiri. Tanpa ada satupun kelengkapan perang. Dan di seberang sana ada barisan raksasa dari pihak lawan. Disusun dengan teratur; tentera berpanah. tentera berkuda. tentera berkaki, dan kau namakan sahajalah sendiri jenis tentara yang kau minati. Mengibarkan panji-panji kebesaran. Sambil memerbangkan lolongan suara gerun, cukup untuk menampar aku (tanpa radas) terjelopok, berputar kaki, menahan sakit.

Dan aku sendiri tidak pasti. Untuk apakah peperangan ini?

20141028//02:28

Rabu, Februari 10, 2016

Unfinished day

1. Masih bangun menghadap siling yang sama. Selak kalendar konon nak buat kira-kira berapa hari lagi perlu ditentang, kemudian llukis bulat kecil pada hujung setiap kotak tarikh; sedangkan pada hakikatnya lebih lima puluh lima hari hoi !

2. Bandar kapitalis dan tikus kecil yang baru nak kenal hidup. Tersepit dan lemas. Mujur tidak mati. Secara keseluruhannya aku boleh simpulkan hidup di kota membosankan jika kau seorang perantau. Kau hilang pertimbangan pada hari ke sepuluh sebelas dan mula menangis setiap kali ada peluang. Misalnya sewaktu hujan dan di bawah pancuran air.

3. Nampaknya aku makin kerap menulis di instagram. Jujur aku seorang penulis yang pemalu dan tidak berani mengekspresikan perasaan di ruang publik. Tidak mahu audience kenal aku secara keseluruhan. Menyorok di balik nama.

4. Berharap penuh aku akan bergembira menyambut pagi dan beriang-ria menjawab pesanan untuk hari-pratikal ini. Adakah hari-hari mendatang ini akan lebih membosankan