Jumat, Januari 01, 2016

Menulis 2016 tanpa berfikir mengenai tajuk sesuai untuk diletakkan disini.

Membaca tulisan lama memberikan kau kesegaran berjuta-juta lemon perihal hari-hari yang telah kau sejarahkan. Kalau dikumpul tulisan-tulisan lepas, kau akan dapati bahawa aku tidak habis-habis bergelut dengan kertas peperiksaan. Seperti tiada penghujung dan modal lagi untuk menulis hal-hal yang lebih menarik. Aku berharap ini adalah sumpahan terakhir. Aku perlukan rutin yang baru hoi !

Sebetulnya aku hilang kiraan dan tidak pasti berada di tarikh yang mana sehingga lambakan azam dan sembilan gambar terbaik di instagram mula memenuhi garis masa sejak pagi semalam. Kalau ini-lah definisi menjadi dewasa, sibuk dalam dunia sendiri; aku perlu lakukan sesuatu untuk 2016!

Maka doa-doa pun dinaikkan satu-demi-satu. Tuhan, pelihara aku dengan rasa cukup.

(Aku berkumpul dengan teman sekuliah di Surau Fakulti buat menghirup saki baki magis 2015 yang berdikit-dikit menghilang. Hujung bulan dan telah sengkek. Meraikan kepulangan tahun baru dengan mengangkat burger Forever Alone dan Nescafe 4 in 1 ke udara; dihiasi dengan borak-borak kecil.)