Kamis, Juli 23, 2015

erfcs

1. Hari raya yang masih sama seperti tahun yang sudah-sudah; beza(nya) adalah tiada ucapan selamat dari teman karib mahupun gambar istimewa dimuatnaik untuk meriahkan lagi ruang sosial. Telefon pintar lesap seminggu sebelum raya. Mujur. Ya. Mujur sahaja aku pujuk-pujuk diri kekal dalam mood sabar. Kalau mahu aku jujur, dari awal sudah remuk. List journal thesis dan semua berkenaan dengan jadual aku ada dalam tu.

2. Lagu random dari track komplisasi animated art - "Everything I touch it's become a dust" ni nak mengejek aku ke? Aku melahap pau malaysia sebelum melintas masuk dalam kotak gerabak. Peliut keretapi pun bergema. Sumpah. Aku betul-betul lapar. Dalam masa sama, hormat pengguna awam yang lain walaupun berbaki dua tiga jasad. Aku ambil tak endah. Boleh jadi tak ramai pengguna dek cuti raya mereka masih ada.

3. Jadi aku tekunkan diri buka helaian pertama nota kecil-ku. Menulis sesuatu. Buku ini aku beli semasa yang lain sibuk memilih bunga dan langsir untuk rumah kami. Buat catatan. Oh ya, Along juga hadiahkan aku seutas jam. Bilang Along aku sangat perlukan jam di hal sekarang. Jadi nota dan jam adalah pengganti terbaik bagi telefon pintar yang lesap.

4. Stesen terakhir tiba. Aku keluar dari ruang gerabak dengan tertib. Sehingga ini, aku masih tidak pedulikan tentang bilangan pengguna yang turun. Maksud aku, aku masih bersangka yang baik-baik. Naik bas. Tuju ke kolej. Turun. Tuju ke bilik. Bersihkan diri. Bermula dari tergerak hari bertanya teman sebilik perihal tarikh dia berangkat pulang dari tanah Sabah. Kau tahu hahahaha sebenarnya aku masih cuti dan esok tiada kelas. Siot.

5. Sekarang aku tengah mereput.

Saja tulis. Aku rindu nak menulis.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar