Selasa, Mei 26, 2015

Saya perlu menulis sesuatu mengenai cinta

*Tarik nafas

Saya masih tak percaya peperiksaan akhir akan kunjung tiba awal bulan depan. Maksud saya, tenguklah keadaan saya. Malas segala-galanya. Mengulang baca buku Harry Potter & Bilik Rahsia untuk kali ke-2. Menghabiskan masa di ruangan PTSL yang bukan berkenaan dengan silibus saya. Tidur dengan cerita-cerita Plato. Memaki Soe Hok Gie yang tak luahkan perasaan pada Ira. Ini semua kerana dua minggu lepas skrin komputer riba saya retak; Tuhan beri peluang rehat dari kerja nan menimbun sementara tunggu dibaiki pulih.

Saya mencintai kekurangan pada diri saya dengan begitu dalam sekali. Bagaimana saya melawan uncertainty feeling.  Bagaimana saya mengawal kecuaian (penyakit paling serius setakat ini). Bagaimana saya memujuk diri saya. Tenangkan diri. Bangun semula. Ada satu masa, keadaan saya sangat comot dan tidak kemas. Maksud saya, saya berani berdiri sebagai Maiizatul yang tidak kesah bagaimana ia kelihatan. Ini penting. Membantu saya untuk bercakap dihadapan. Saya orang yang mampu mengawal darah gemuruh dengan baik.

Ini perkara yang hebat.

Saya dah berjaya mencintai diri sendiri.

Sabtu, Mei 23, 2015

Pohon rapuh keluar dari mulut raksasa

Ahh aku rindu zaman menulis. Aku berhenti dari menulis apabila aku kesan sesuatu yang tidak kena pada diri aku. Cara aku mempersoalkan sesuatu. Jadi aku pilih untuk diamkan. Walau persoalan itu terus mengasak lembut. Aku cuba-cuba untuk lari. 

"Apabila seseorang itu settle masalah akidah. Automatik semuanya akan settle."

Somehow dia menghantui aku.