Rabu, Januari 21, 2015

Minggu, Januari 11, 2015

21.

Malam telah lewat untuk saya sendiri-sendiri di kerusi merah. Perihal kerja yang tidak habis-habis melutut minta diselesaikan secepat mungkin. Akhirnya saya ketiduran di lantai hingga tidak mengunci bilik. Bila suara lelaki mengetuk-ngetuk pintu kaca mimpi; saya tersedar.

Membentang tikar.

Dan sujud.

Ini sujud pertama saya.

Sujud hamba yang derhaka.

Saya tidak puas berjalan. Tiba masa; Tuhan perlu beri jawapan.

Kamis, Januari 01, 2015

rethbv

Di hujung hari, saya masih memikirkan perihal apa yang perlu dilakukan untuk menyambut kepulangan Januari lagi. Soalnya saya sudah berhenti menulis azam pada buku merah sejak 2014, jadi saya mulakan sahaja dengan duduk-duduk di beranda bilik meraikan Januari dengan tulisan E. B. White. Mengenai tikus luar biasa dan pengembaraannya.

Sengaja saya memilih bacaan yang ringan memandangkan peperiksaan akhir semester berbaki tidak kurang dari 24jam. Lagipun tikus adalah watak kegemaran saya. Saya mengikuti buku-buku tulisan Dr. Spencer Johnsan mengenai cheese, sinonim dengan tikus yang rajin.

Ia, saya akui tikus itu hewan yang kotor dan jahat. Tapi dari satu sudut, adakah saya memakai pakaian seperti manusia; berkelakuan seperti manusia; itu bersih dan baik (tidak jahat) ?

(Saya berharap penuh untuk 2015 agar ia baik-baik untuk saya, keluarga, dan kamu. Ya. Kamu yang sedang membaca.)

Senyum.