Minggu, Agustus 23, 2015

Hari yang membingungkan

Nampaknya aku akan membuat ritual menulis sesuatu sebelum hari peperiksaan tiba esok. Ya. Nak termuntah juga dengan peperiksaan yang tidak habis-habis ini. Apa lagi peluang yang ada selain duduk dan teruskan membaca. 

Ini gila. 

Ini memang gila.

Kamis, Juli 23, 2015

Menjadi teman paginya sang kopi.

Selamat pagi. Selamat peluk rezeki.

2. Bila kau sendiri-sendiri ni; terasa nak berborak. Dengan seseorang yang kau sendiri tak tahu siapa. Boleh jadi perihal ikan paus terbang atau perihal bunga kekwa yang pemalu. Sesuatu yang tidak realistik - naga itu wujud.

3. Tentu orang yang dekat, satu kepala, dan betul-betul faham kau sahaja boleh terima idea-idea imaginatif ini. Atau paling tidak kau akan dihukum oleh mereka; keanak-anakan/gila/buang masa/takpijak bumi nyata/ dll.

4. Boleh jadi akhir-akhir ini aku terlalu serius dan memilih untuk cakap hal-hal penting dan kerja sahaja. Selebihnya menjadi silent reader. Sehingga hilang teman berborak. Teman berborak yang aku sendiri tak tahu siapa.

5. Jarang sekali aku berdoa di laman sosial. Jadi, mohon, sila munculkan diri, teman-berborak-yang-aku-sendiri-tak-tahu-siapa. 

Aku tunggu. 

erfcs

1. Hari raya yang masih sama seperti tahun yang sudah-sudah; beza(nya) adalah tiada ucapan selamat dari teman karib mahupun gambar istimewa dimuatnaik untuk meriahkan lagi ruang sosial. Telefon pintar lesap seminggu sebelum raya. Mujur. Ya. Mujur sahaja aku pujuk-pujuk diri kekal dalam mood sabar. Kalau mahu aku jujur, dari awal sudah remuk. List journal thesis dan semua berkenaan dengan jadual aku ada dalam tu.

2. Lagu random dari track komplisasi animated art - "Everything I touch it's become a dust" ni nak mengejek aku ke? Aku melahap pau malaysia sebelum melintas masuk dalam kotak gerabak. Peliut keretapi pun bergema. Sumpah. Aku betul-betul lapar. Dalam masa sama, hormat pengguna awam yang lain walaupun berbaki dua tiga jasad. Aku ambil tak endah. Boleh jadi tak ramai pengguna dek cuti raya mereka masih ada.

3. Jadi aku tekunkan diri buka helaian pertama nota kecil-ku. Menulis sesuatu. Buku ini aku beli semasa yang lain sibuk memilih bunga dan langsir untuk rumah kami. Buat catatan. Oh ya, Along juga hadiahkan aku seutas jam. Bilang Along aku sangat perlukan jam di hal sekarang. Jadi nota dan jam adalah pengganti terbaik bagi telefon pintar yang lesap.

4. Stesen terakhir tiba. Aku keluar dari ruang gerabak dengan tertib. Sehingga ini, aku masih tidak pedulikan tentang bilangan pengguna yang turun. Maksud aku, aku masih bersangka yang baik-baik. Naik bas. Tuju ke kolej. Turun. Tuju ke bilik. Bersihkan diri. Bermula dari tergerak hari bertanya teman sebilik perihal tarikh dia berangkat pulang dari tanah Sabah. Kau tahu hahahaha sebenarnya aku masih cuti dan esok tiada kelas. Siot.

5. Sekarang aku tengah mereput.

Saja tulis. Aku rindu nak menulis.

Jumat, Juni 26, 2015

afcw

Menulis sesuatu dengan permulaan yang bagus bukan lagi suatu kemestian buat kita. Bagaimana ia diintepretasikan samada dengan cantuman suku kata atau dibiarkan sengaja juga sudah tidak penting buat kita. Tidak. Kita tidak akan pernah putus asa dengan jalan ini. Sehingga Ramadan pun terbit waktu kita masih bersujud lagi.

Adakah kebodohan kita memapah segala dosa-dosa dimuntahkan oleh tanah menyebabkan mereka yang 'bijaksana' terus menerus berbalah lidah ? Anak sungai merengek meminta ampun agar dipelihara juga seakan tahu melalui hilang jernih warna-nya.

Senin, Juni 22, 2015

Going Solo // Eric Klinenberg

Jadi peperiksaan akhir semester berbaki satu lagi kertas sebelum tamatkan semester empat. Tak sampai seminggu lagi semester pendek pula akan bermula. Nampaknya aku akan seperti sedia meraikan tamat peperiksaan dengan menyelusur dari rak buku ke rak buku. Duduk berjam-jam lama. Selak. Baca. Melompat dalam satu helaian ke helaian kertas lain. Dari satu genre ke satu genre. Dan seperti selalu; apabila penat memaku lutut pada lantai mar mar untuk membaca buku rak bahagian bawah, aku akan berkunjung ke gerai minuman dengan membuat pesanan kopi panas dengan corak buih di atas.

Ntah laa. Ada masa aku lebih selesa sendiri-sendiri.

Aku pernah baca sebuah buku berjudul "Going Solo". Kupusan perihal kehidupan sosial zaman generasi millennium di mana hari ini ramai yang memilih untuk hidup sendiri tanpa pasangan. Bagi aku, singleton ini adalah perkara paling taboo dalam hidup setakat ini. Ya. Pada mulanya aku menganggap perasaan isolated itu kau yang cipta sendiri. Kau yang meletakkan diri di zone tidak boleh diganggu; in other hand, sebenarnya kau sangat sunyi dan kosong. Untuk isi rasa sunyi dan kosong ini; dalam buku tu kata (dan aku bersetuju) bahawa kau akan memilih untuk menjadi volunteer, sign up for art and music class, join public lecture, makan dll.

Membaca tulisan Eric Klinenberg buat aku anxiety. Semua ciri-ciri singleton kena tepat jatuh ke muka. Ini gila. Memang gila. Tak nafikan rakan gaul aku sendiri adalah mereka yang diklasifikasikan sebagai singleton. Life mereka lebih kepada volunteer, buku, arts. Dan kebarangkalian aku boleh ke arah singleton atas pengaruh minor ini sangat besar.

Boleh jadi meletakkan kesalahan mandatori terhadap ekonomi yang menjadi segala bapak punca singleton adalah suatu yang benar. Ekonomi yang jatuh merudum bukan sahaja merusakkan negara dari segi lahiriah, malah ia memakan rohaniah masyarakat yang tidak kuat pegangan agama-nya.

Untuk perspektif agama. Aku tak setuju singleton itu sesuatu yang bagus dipraktikkan kerana; ia akan merusakkan sistem kekeluargaan. Selfish-ness akan wujud dalam dalam diri singleton. Singleton akan mudah marah, unbalance emotion, tekanan, murung dll. Masalah sosial yang tiada berkesudahan juaga akan terus tidak berkesudahan. Yang dinamakan masyarakat perlu hidup dalam kekeluargaan. Bangun. Bersatu.

Buku ini berulang kali mengeluarkan statistik perihal perempuan merupakan gender yang majoriti singleton. Kedudukan perempuan hari ini adalah sama tinggi dengan lelaki. Pandangan aku, kebanyakan dari mereka adalah pemegang sekurang-kurangkan ijazah sarjana muda. Dan penghutang.

Ahh aku tak patut berbincang fasal ni. Haha.

(Pandangan atas ni semua datang dari sudut perspektif aku)


Selasa, Mei 26, 2015

Saya perlu menulis sesuatu mengenai cinta

*Tarik nafas

Saya masih tak percaya peperiksaan akhir akan kunjung tiba awal bulan depan. Maksud saya, tenguklah keadaan saya. Malas segala-galanya. Mengulang baca buku Harry Potter & Bilik Rahsia untuk kali ke-2. Menghabiskan masa di ruangan PTSL yang bukan berkenaan dengan silibus saya. Tidur dengan cerita-cerita Plato. Memaki Soe Hok Gie yang tak luahkan perasaan pada Ira. Ini semua kerana dua minggu lepas skrin komputer riba saya retak; Tuhan beri peluang rehat dari kerja nan menimbun sementara tunggu dibaiki pulih.

Saya mencintai kekurangan pada diri saya dengan begitu dalam sekali. Bagaimana saya melawan uncertainty feeling.  Bagaimana saya mengawal kecuaian (penyakit paling serius setakat ini). Bagaimana saya memujuk diri saya. Tenangkan diri. Bangun semula. Ada satu masa, keadaan saya sangat comot dan tidak kemas. Maksud saya, saya berani berdiri sebagai Maiizatul yang tidak kesah bagaimana ia kelihatan. Ini penting. Membantu saya untuk bercakap dihadapan. Saya orang yang mampu mengawal darah gemuruh dengan baik.

Ini perkara yang hebat.

Saya dah berjaya mencintai diri sendiri.

Sabtu, Mei 23, 2015

Pohon rapuh keluar dari mulut raksasa

Ahh aku rindu zaman menulis. Aku berhenti dari menulis apabila aku kesan sesuatu yang tidak kena pada diri aku. Cara aku mempersoalkan sesuatu. Jadi aku pilih untuk diamkan. Walau persoalan itu terus mengasak lembut. Aku cuba-cuba untuk lari. 

"Apabila seseorang itu settle masalah akidah. Automatik semuanya akan settle."

Somehow dia menghantui aku.

Sabtu, Maret 21, 2015

nrlamrh

Di penghujung ini, saya sadar akan perihal kelumpuhan huruf-huruf magis saya. Menulis bukan lagi makanan saya. Tulisan terakhir pada buku catatan merah pun bertarikh Januari nan lepas. Saya tidak menganggap ini suatu tabu atau apa-apa sahaja yang dikaitan dengan kesialan. Kerana tidak menulis juga adalah suatu nikmat yang perlu diraikan.

***

Dua minggu lepas, saya berkejar ke rumah sakit. Mendapat perkhabaran mengenai teman sekelas  sewaktu di sekolah menengah sedang berjuang melawan bakteria jahat. Soalnya hampir berkurun saya cuba menjauhi rumah sakit. Akhirnya saya memeluk sisi beliau, mengusap lembut dahi yang berkerut seakan menahan sesuatu -- dia kelihatan tenang sekali dalam hal orang yang menahan sakit.

Saya tertanya. Bagaimana seseorang mampu berjuang melawan sakit ? Sedang hal-hal pembuktian disekelilingnya menunjukkan jelas. Tenntu saja kesepian adalah teman terbaik. Seperti Mama nan sepi baring di katil putih menanti kami.

Keesokan hari, khabar membawa daun pun gugur.

***

Hari seterusnya, nama 'Nurul Amirah' muncul dalam ruang aplikasi whatsapp. Sumpah. Saya menjadi kaget dan berdebar. Darah berderau. Sungguh. Tapi saya sadar. Mana mungkin daun nan gugur kembali bercantum semula.

Tidur dengan tenang,
Nurul Amirah 1994-2015

Selasa, Februari 24, 2015

Find your medicine and use it.

Fatimahlisme // 17hb Februari 2015

Buku setebal 5 inchi ditala ke arah aku dari sisi kiri. "Maii, baca ni."

Seraya mata bergerak mengeja abjad mengikut telunjuk jari Fatimah. Lalu aku sambut dengan pecahkan ketawa.

'...Travelling'

'What's strong with travelling?'

'...Travelling is avoiding reality more like.'


Papppp. Menekan kami berdua. Kojol. Haha.

***

Meraikan kejayaan semester lepas dengan membungkus baju dan menyelusur dari satu ceruk ke satu ceruk. Hampir satu minggu perkiraan hari(nya); minggu sebelum semester baru bermula. Mujur berjalan kaki adalah aktiviti kegemaran; paling tidak rasa penat itu dilunaskan dengan momen penting sepanjang perjalanan berada dipelukan sendiri.

***

Perbualan Emma Morley and Dexter Mayhew tadi menjadi topik sementara menunggu perlepasan pesawat (kami mahir dalam mengkritik buku haha); kemudian kembali fokus berkiblatkan buku masing-masing. Tak lama selepas itu aku sambut dengan senyum lebar.

"Kenapa?"

Aku cuba sembunyi. Malu seyhh. Tapi akhirnya aku terus terang.

"Kita. Dah lamakan kita tak macam ni. Buat apa yang kita suka; tanpa menghiraukan adakah kawan saya selesa dengan aktiviti kegemaran saya. Kan ?"


Kamis, Februari 12, 2015

rymnff

Untuk kesekian kali, aku berdepan lagi dengan rumah agam ini. Kosong. Macam jiwa aku. Lucu adalah aku yang tak tahu Ida dapat masuk asrama penuh. Lalu rutin harian Amirun pun bertukar; tamat sekolah dia akan pulang ke rumah ibu.

Jadi... aku perlu berdepan lagi dengan rumah agam ini. Kosong.

Selesai sujud pagi setiap inchi kaca aku buka seluas-luasnya. Meneruskan tidur ketika Matahari menyelerakkan jingga; hanya untuk orang mati. Oleh kerana aku mau hidup, hari dihabiskan di kamar jahit Mama. Sambil berperang dengan ruang.

***

Soalnya aku baru pulang dari satu perjalanan yang tak disangka-sangka. Pada awalnya tanpa pengetahuan sesiapa. Ia berjalan dengan baik sekali.

"Kenapa sini (rujuk kesemua tempat) ?."- J, teman sekuliahku.

"Hadiah. Untuk Mama di Sana. Sekurang-kurangnya dia tak kecewa; peroleh aku."

***

Apa yang kau faham mengenai hubungan diantara orang mati dan orang hidup ? -Jawapan persoalan ini adalah 'hadiah' untuk Mama.

Rabu, Januari 21, 2015

Minggu, Januari 11, 2015

21.

Malam telah lewat untuk saya sendiri-sendiri di kerusi merah. Perihal kerja yang tidak habis-habis melutut minta diselesaikan secepat mungkin. Akhirnya saya ketiduran di lantai hingga tidak mengunci bilik. Bila suara lelaki mengetuk-ngetuk pintu kaca mimpi; saya tersedar.

Membentang tikar.

Dan sujud.

Ini sujud pertama saya.

Sujud hamba yang derhaka.

Saya tidak puas berjalan. Tiba masa; Tuhan perlu beri jawapan.

Kamis, Januari 01, 2015

rethbv

Di hujung hari, saya masih memikirkan perihal apa yang perlu dilakukan untuk menyambut kepulangan Januari lagi. Soalnya saya sudah berhenti menulis azam pada buku merah sejak 2014, jadi saya mulakan sahaja dengan duduk-duduk di beranda bilik meraikan Januari dengan tulisan E. B. White. Mengenai tikus luar biasa dan pengembaraannya.

Sengaja saya memilih bacaan yang ringan memandangkan peperiksaan akhir semester berbaki tidak kurang dari 24jam. Lagipun tikus adalah watak kegemaran saya. Saya mengikuti buku-buku tulisan Dr. Spencer Johnsan mengenai cheese, sinonim dengan tikus yang rajin.

Ia, saya akui tikus itu hewan yang kotor dan jahat. Tapi dari satu sudut, adakah saya memakai pakaian seperti manusia; berkelakuan seperti manusia; itu bersih dan baik (tidak jahat) ?

(Saya berharap penuh untuk 2015 agar ia baik-baik untuk saya, keluarga, dan kamu. Ya. Kamu yang sedang membaca.)

Senyum.