Rabu, Desember 24, 2014

srtyih;

Hari telah lewat petang. Hujan masih mahu turun. Aku renung langit. Tuhan, aku tertanya mengenai awan-Mu yang tak habis-habis air dari kantungnya. Datangnya awan-Mu ini dari arah mana, Tuhan?

Air hujan pun mengucup pipiku perlahan, kemudian aku beralah. Mula berjalan.

Membiarkan kaki bawa tempat mahu tuju. Berpusu-pusu manusia mengambil posisi masuk ke gerabak putih. Termasuk aku. Dalam riuhnya rel-rel keretapi berlagi, Sun Tzu berbisik pada aku. "Maii, takpe. Biar kau nampak hitam. Menyeramkan. Tak disukai ramai. Tapi bila kau keluar sebagai kejayaan -- pancarannya seperti kilat yang menyambar."

Tiap satu daripadanya menyeret aku ke lokar baju yang serabut dan berbau. Buntu. Mana suluhan kiblat? Aku tak asing sama seperti robot yang dimanualkan.

Ahh. Tenguk. Aku menrungut lagi.

***

Suatu hari nanti aku akan bina keluarga. Rumah kita cukup sederhana. Perkakas Matahari membuatkan taman kita lebih indah. Buku-buku yang tersusun adalah dari karangan orang ternama. Cukup. Lalu aku pecahkan sunyi cuti hujung minggu kita.

"Sayang, hari ini saya masak spaghetti ya?"

Boleh jadi kau akan mengulang jawab stanza yang sama seperti hari-hari sudah.

"Spaghetti lagi?"

Dan aku akan mengangguk dengan senyuman manis seperti kebiasaan.

Dan mengulang sama.

Maka, persoalan aku "Adakah kau akan bosan mengenai kegemaran aku?"

***

9 komentar:

  1. Balasan
    1. Bolognese ala-ala melayu. Ada cili padi. I love to cook pasta and bake a cake. Kalau balik rumah, abah mesti cakap "Spaghetti lagi?"/ Hee

      Hapus
    2. Nice. What kind of cakes that you bake? I bake cookies but I'm not good at it.

      For pasta, I prefer aglio olio. The simplest, most delicious and easiest to make. No cili padi though. Just a touch of cili flakes. Dekat Bangi, di Bugerbyte I will order aglio olio kurang pedas sebab diorang buat pedas sangat. Harga quite reasonable.

      But if I want to indulge myself, Fresco restaurant that is inside Jaya Grocer serves the best aglio olio in town. Quite expensive.

      Hapus
    3. More to dessert. Baru-baru ni buat chilled oreo cheese. Suka cheese.

      I see. People say, men are actually good in cook/bake. Its possible you are the one of them. Generate side income. Pakai apron. Hold mixer. Cool.

      Jarang makan diluar untuk pasta. Prefer homemade. Keluarga kami ada background culinary arts. Chef rebel. Last makan setahun yang lepas di FullHouse Cafe. Celebrate my friend. Itu pun tak kena dengan selera. Because I'm asian, a truly asia. Hehe.

      The most type of favorite food apa? Western la?

      Hapus
    4. Favorite food is nasi mandy lamb. Kalau pernah makan, mesti tahu selalunya nasi arab disediakan dengan portion yang agak besar. Orang kata macam 'bukit'. But I can finish it all by myself. Nasi lain macam nasi putih atau nasi goreng, I can't even finish it myself even it is only half the portion of Nasi arab.

      After nasi arab, I have several other preferences. Western is one of it. Masakan melayu pun ok. Di rumah, I don't complain much about what is served or prepared. So in general, I like to eat a lot of different things.

      I do enjoy baking and I have a sweet tooth. I love breads, cookies, cakes, icecreams etc. Dan pernah juga beberapa kali terfikir waktu belajar dulu, am I correct to pursue this nuclear science degree? Kalau amik culinary course specializing in pastry rasanya lebih baik. haha.

      Tapi nanti Februari sambung Master of Philosophy (Physics) di UTM. I have a bigger vision that I need to fulfill.

      Hapus
    5. Sounds good. I realize one things during facing hard time to making decision for 'what course'. I should be able to differentiate between career and interest. Extremely risky. But who knows, a future philosopher own pastry cafe kan :)

      Hapus
    6. I'm not going to learn philosophy. This is just a term for the master degree. Sarjana falsafah/M.Phil. seperti Doktor falsafah/PhD. Beza M.Phil. dengan master of science/MSc ialah MPhil hanya fokus pada research. Tak perlu pergi kelas. Dan dapat gaji bulanan dari geran Sv.

      Hapus
    7. Menarik. Selalu orang guna term postgraduate. Maksudnya bawah postgraduate akan ada pecahan kepada M.Phil dan MSc ? Sahaja? Walaupun bukan base science?

      Hapus
    8. Tak. Ada banyak jenis. MEd, MEng, MA, MBA etc banyak. Lihat pada course/fakulti dan bergantung pada universiti. Dekat UKM rasanya takde M.Phil, di fakulti sains walaupun research sepenuhnya akan dianugerahkan MSc bkn M.Phil.

      Hapus