Selasa, Desember 30, 2014

fkfir d.

Akhir-akhir ini saya sukar lelapkan mata. Kadang-kala ia membawa sehingga jauh kepagi. Mujur saya sendiri. Setidaknya musik dari kotak mampu menemani saya dengan volume tinggi. Sengaja saya biarkan kamar jendela terbuka, lalu bersandar disisinya sambil menulis sesuatu atas permukaan buku merah.

"20 dan jiwa saya merintih. Tarik saya dari timbunan persoalan ini. Saya merayu. Saya tak jumpa jalan keluar. Saya merayu."

(kerana saya hanya boleh menulis)

Saya berharap buku ini akan dibaca oleh seseorang (mungkin kau yang sedang membaca ini).

"Tuhan, boleh jadi tiada lagi disember buat saya.
Terima kasih, Tuhan -- Terima Kasih untuk 2014 ini
"

Titik.

Bau asap pun menyeludup masuk dari tingkap bawah, tingkap milik perempuan pencigar. Sengaja saya berdeham kasar memberitahu akan kewujudan saya di situ. Pantas kedengaran laju tingkap ditutup. Saya tersenyum puas.

Selamat Malam, Disember.

Rabu, Desember 24, 2014

srtyih;

Hari telah lewat petang. Hujan masih mahu turun. Aku renung langit. Tuhan, aku tertanya mengenai awan-Mu yang tak habis-habis air dari kantungnya. Datangnya awan-Mu ini dari arah mana, Tuhan?

Air hujan pun mengucup pipiku perlahan, kemudian aku beralah. Mula berjalan.

Membiarkan kaki bawa tempat mahu tuju. Berpusu-pusu manusia mengambil posisi masuk ke gerabak putih. Termasuk aku. Dalam riuhnya rel-rel keretapi berlagi, Sun Tzu berbisik pada aku. "Maii, takpe. Biar kau nampak hitam. Menyeramkan. Tak disukai ramai. Tapi bila kau keluar sebagai kejayaan -- pancarannya seperti kilat yang menyambar."

Tiap satu daripadanya menyeret aku ke lokar baju yang serabut dan berbau. Buntu. Mana suluhan kiblat? Aku tak asing sama seperti robot yang dimanualkan.

Ahh. Tenguk. Aku menrungut lagi.

***

Suatu hari nanti aku akan bina keluarga. Rumah kita cukup sederhana. Perkakas Matahari membuatkan taman kita lebih indah. Buku-buku yang tersusun adalah dari karangan orang ternama. Cukup. Lalu aku pecahkan sunyi cuti hujung minggu kita.

"Sayang, hari ini saya masak spaghetti ya?"

Boleh jadi kau akan mengulang jawab stanza yang sama seperti hari-hari sudah.

"Spaghetti lagi?"

Dan aku akan mengangguk dengan senyuman manis seperti kebiasaan.

Dan mengulang sama.

Maka, persoalan aku "Adakah kau akan bosan mengenai kegemaran aku?"

***

Selasa, Desember 16, 2014

Menjadi Anggun Seperti Mama

Perjalanan terbaik adalah perjalanan pulang mengejar matahari terbenam. Sambil merapatkan jemari lalu dibawa keluar tingkap untuk bercanda dengan angin. Tanpa menghiraukan angin rakus terus menggasak letak jilbab-ku. Aku musykil sejak kali pertama mengenakan jilbab, bagaimana kebanyakkan perempuan termasuk Mama mengekalkan letak jilbab mereka walhal aku melipat bahagian sisi jilbab-ku saja -- gagal. Tarik nafas.


///You are my sunshine, my only sunshine,

You make me happy when skies are gray,


Pacuan empat roda ini terus meluncur laju menuju ke satu arah. Lelaki-yang-di-cintai Mama bernyanyi-nyanyi kecil menumpukan konsentrasi perjalanan. Beruntung sekali lelaki ini memenangi hati Mama. Tanpa magis Mama sudah kelihatan cantik. Apalagi bila seluruh tenaganya di gaul rata dalam adunan doh kueh minum petang kami. Atau anggota matanya mengarah fokus maksimal pada penghujung jarum dan benang sebelum mulai proses camtuman kain pakaian kami.


///You'll never know dear, how much I love you,

Please don't take my sunshine away.


Ya. Kecantikan bukan suatu prioriti buat aku. Aku lebih berminat menjadi anggun. Atau lebih tepat menjadi anggun seperti Mama. Aku mahu mengerah tenaga memasak dengan gembira, membuat pakaian buat keluarga, menjadi perempuan-paling-dicinta (kerana kehebatan keperempuananku) -- seperti Mama.

***


I dreamed I held you in my arms

But when I awoke, dear, I was mistaken
So I hung my head and I cried.


Matahari makin tenggelam. Selerakan warna jingga makin suram. Pada penghujung perjalanan mengejar matahari ini aku berharap penuh akan dihidangkan masakan panas dari air tangan Mama. Kemudian Mama pun menunggu kami di beranda rumah, sambut dengan pakaian baju polos oren bersama kain sarung biru laut kegemarannya.

***

Jumat, Desember 05, 2014

You can't find the words anymore.

"Kau kena belajar melepaskan, Maii."

Aku kira sujud terakhir pada hari itu merupakan sujud paling lama yang aku kendalikan. Tak. Aku tak kusyuk pun. Dan aku masih tak faham apa itu kusyuk. Banyak mana sekali pun method solat kusyuk penuhi ruang catit buku, fikiran aku masih tergantung-gantung di ranting yang sudah kering dan hitam. Lalu pada ranting nan kering dan hitam ini bercambah pucuk-pucuk muda persoalan yang diwujudkan hasil magis imaginasi minda.

Ya. Apalagi yang bergantung pada ranting ini kalau tidak tentang kematian. Yang berdikit-dikit mendekati aku. Namun pada sujud terakhir hari itu (yang ditujukan kepada Dia) bukan lagi perihal kematian aku.

Ia adalah perihal kematian Mama.

Mungkin aku diklafisikasikan dalam golongon neraka. Boleh jadi. Kerana pada sujud terakhir hari itu aku mengulang-fikir satu ayat yang sama.

"Matikan mama. Ambil dia. Aku bersedia.".

Walhal hari sebelumnya apabila difahamkan akan kondisi Mama, aku amat marah sekali dengan takdir. Aku memandang langit dengan perasaan iri hati.

"Campak sesuatu, Tuhan !"

***

Pada sujud terakhir hari itu, aku membetulkan letak dahi yang sudah lenguh menahan beban badan. (Aku sendiri tidak pasti kenapa aku sujud dengan lama persis orang-orang yang solat di fakultiku) Hari-ke-hari aku hanya mengeluh, mengeluh, mengeluh dan terus mengeluh tanpa memahami Tuhan. Tanpa mengambil tahu kenapa perlu sujud lama. Sujud bila perlu, selebihnya berliburan.

"Kau kena belajar melepaskan, Maii."

Seperti aku melepaskan Mama?

Dengan Nama Tuhan,
aku menulis perihal perjalanan.