Senin, September 29, 2014

Fasa Sayur Hijau (Kitaran Hidup)

Ada banyak perkara yang dahulunya saya membenci, kemudian perlahan-lahan menggemari(nya). Paling ketara adalah kehadiran sayur hijau yang mula memenuhi ruang pinggan makan. Saya menjadi kaget dan tertanya-tanya; adakah ini hint menyatakan bahwa saya sedang berdikit-dikit menjadi dewasa?

Kerana semasa kecil; definisi sayur bagi saya; hanya dimakan oleh orang dewasa. Saya sanggup mengambil masa yang lama untuk mengasingkan tauge dan daun bawang dari mihun goreng disekitar pinggan. Saya benci nasi goreng sekolah tadika yang penuh dengan lobak dadu, jagung dan kacang hijau.

Hari ini; aktiviti pengasingkan sayur dari makanan adalah perkara leceh dan lembap menyebabkan saya mengambil keputusan terus masuk kedalam mulut. Kerana tujuan utama makan adalah untuk hentikan rasa lapar.

Lama kelamaan dalam sadar saya menggemarinya.

***

Saya mula faham dengan kitaran ini. Jika suatu hari nanti saya menggemari periuk belanga -- mungkin saya tahu saya di fasa yang mana.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar